Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews

  
Body
  
  

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman berkenan berangkat menyaksikan Kejohanan Renang Brunei Ke-26 bagi Kumpulan Umur di Kompleks Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.
 
Berangkat sama, anakanda-anakanda Duli Yang Teramat Mulia, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim; Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Muhammad Aiman.
 
Hadir sama, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Awang Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.
 
Pada hari terakhir kejohanan, YTM Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim, perenang Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB) Hammerheads menyertai Kategori Lelaki 50 Meter Kuak Lentang dan berjaya mendapat tempat ketiga sekaligus memperbaharui rekod peribadi YTM dengan catatan masa 48.55 saat.
 
Sementara itu, YTM Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah, perenang ISB Hammerheads juga sekali lagi berjaya mencipta rekod dalam Kategori Perempuan 50 Meter Kuak Lentang dengan catatan masa terpantas YTM, 59.63 saat dan telah dinobatkan sebagai Terbaik Perempuan Bagi Kumpulan Umur 7 Tahun.
 
Pada acara kejohanan tersebut juga, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah berkenan menyempurnakan penyampaian pingat kepada YTM Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah.
 
Sementara itu, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berkenan berangkat menyaksikan kejohanan tersebut yang berlangsung pada sebelah pagi.
 
Antara yang menyertai kejohanan tersebut ialah paduka anakanda DYTM, YTM Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim.
 
Berangkat sama menyaksikan kejohanan berkenaan, YTM Pengiran Muda Muhammad Aiman.
 
Pada kejohanan di sebelah pagi, YTM Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim yang mewakili ISB Hammerheads menyertai Kategori Lelaki 100 Meter Kuak Dada dan berjaya menjuarai kategori berkenaan sekaligus berjaya memecahkan rekod peribadi YTM dengan catatan masa 2 minit 00.23 saat.
 
Kejohanan disertai oleh 235 perenang terdiri daripada 102 perenang perempuan dan 133 perenang lelaki dari beberapa buah kelab renang tempatan dan luar, termasuk Brunei Speed Swimming Club; Dolphin Swimming Club; ISB Hammerheads; Jerudong Swimming Club; Panaga Stingrays; Royal Brunei Recreational Club; Aqua Flippers Philippines; Gymkhana Club Miri; Miri Amateur Swimming Association; Kelab Rekreasi Petroliam, Miri; Power Aquatic Swimming Club, Kuching; The British School in Colombo, Sri Lanka dan Victoria Swimming Club, Labuan.
 
Sebanyak 1,339 penyertaan individu dan 33 penyertaan pasukan 'relay' diterima untuk bersaing dalam 17 acara renang dan tiga acara 'relay'.
 
Kejohanan anjuran Persatuan Renang Amatur Brunei (BASA) dengan sokongan Jabatan Belia dan Sukan (JBS) merupakan platform kelayakan bagi BASA untuk memilih perenang-perenang untuk Kejohanan Asia Tenggara Kumpulan Umur (SEAAG) Ke-43 yang akan diadakan di Filipina pada 6 hingga 8 Julai dan Sukan Sekolah ASEAN Ke-10 di Malaysia bermula 19 hingga 27 Julai.
 
Melalui Kejohanan Renang Brunei Ke-26 bagi Kumpulan Umur itu, BASA mengharapkan untuk melihat rekod-rekod kebangsaan baharu dari kumpulan-kumpulan dan peringkat umur baharu.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto
Senior Minister News
  
Tujuh negara akan memulakan misi merebut Piala Hassanal Bolkiah Kejohanan Bola Sepak Bagi Belia ASEAN 2018 (HBT 2018) bermula malam tadi sejurus Upacara Pembukaan Rasmi HBT 2018 di Stadium Negara Hassanal Bolkiah yang penuh meriah dengan kehadiran ribuan rakyat dan penduduk yang sama-sama memberikan sokongan.

Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam merasmikan kejohanan menyerikan lagi majlis, yang pastinya akan menjadi ristaan manis HBT tahun ini.

Berangkat sama ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Wakeel; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah.

Juga berangkat ialah anakanda DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah.

Keberangkatan Kebawah DYMM berserta kerabat diraja dijunjung oleh Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Presiden Persatuan Bola Sepak Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (NFABD), selaku Penasihat Jawatankuasa Tertinggi HBT 2018; Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin dan Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Haji Abu Bakar.

Turut menjunjung keberangkatan ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Timbalan Menteri Pendidikan, Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Sejurus keberangkatan tiba, Lagu Kebangsaan dimainkan dan Kebawah DYMM seterusnya berkenan merasmikan HBT 2018.

Baginda kemudiannya disembahkenalkan kepada pengurus-pengurus pasukan, jurulatih dan ketua-ketua pasukan dan seterusnya menyempurnakan pengurniaan cenderamata kepada pengurus-pengurus pasukan.

Kebawah DYMM juga berkenan menerima pesambah daripada Ahli Jawatankuasa HBT 2018 yang disembahkan oleh Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Majlis Perasmian HBT 2018 turut diserikan dengan persembahan Human LED oleh seramai 2,500 peserta gabungan penuntut-penuntut dari sebelas buah sekolah menengah serta pegawai dan kakitangan kerajaan.

Pembukaan tirai perlawanan menyaksikan pertemuan Pasukan Negara Brunei Darussalam dengan Pasukan Timor-Leste.

HBT 2018 merupakan anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dengan kerjasama NFABD, dan pada tahun ini ianya disertai oleh tujuh buah negara iaitu Kemboja, Laos, Myanmar, Singapura, Thailand, Timor-Leste dan Negara Brunei Darussalam selaku tuan rumah.

Kejohanan yang bermula malam ini dijangka berakhir pada 5 Mei depan dengan menyandarkan dua buah 'venue' perlawanan, iaitu Stadium Negara Hassanal Bolkiah dan Padang dan Balapan, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah.

Negara Brunei Darussalam telah berjaya menganjurkan kejohanan yang berprestij ini sejak tahun 2002, diikuti pada tahun 2005, 2007, 2012, dan 2014 di mana Negara Brunei Darussalam pernah menjuarai kejohanan ini pada tahun 2012 dan pada tahun 2014 telah dijuarai oleh Myanmar.

Kejohanan bertujuan untuk mendokong titah Kebawah DYMM untuk melibatkan pasukan terbaik di rantau ASEAN, untuk bersaing dalam liga bola sepak ASEAN atau Asia Tenggara di samping memberikan pendedahan dan kebolehan dalam kesukanan ASEAN kepada dunia.

Selain itu, dengan memberi peluang bagi pemain muda untuk bersaing di luar negara, rangkaian atau 'networking' di kalangan peserta-peserta ini akan dapat dibentuk dan seterusnya mewujudkan pemahaman budaya yang berbeza dalam masyarakat ASEAN.

Dengan pengendalian kejohanan ini, akan memberikan peluang kepada peminat bola sepak tanah air menyaksikan perlawanan-perlawanan yang berkualiti melalui aksi pemain-pemain muda yang berpotensi besar dalam sukan bola sepak.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto
His Majesty News
  
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam hari ini berangkat meninggalkan United Kingdom setelah selesai menghadiri Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) yang telah berlangsung selama tiga hari mulai 18 hingga 20 April 2018.

Sebelum berangkat meninggalkan tempat persemayaman baginda, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto
His Majesty News
  
Yang Berhormat Dato Seri Paduka Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, hari ini menerima tiga kunjungan muhibbah secara berasingan daripada Tuan Yang Terutama Mehmet Suat Akgun, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Turki ke Negara Brunei Darussalam; Puan Yang Terutama Yang Jian, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Rakyat China ke Negara Brunei Darussalam; dan Tuan Yang Terutama Cho Won-myung, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Korea ke Negara Brunei Darussalam.

Semasa kunjungan muhibbah pertama, Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Tuan Yang Terutama Mehmet Suat Akgun telah berbincang mengenai kerjasama dua hala dan bertukar-tukar pandangan mengenai pelbagai isu termasuk dalam bidang keselamatan, teknologi dan perekonomian.

Sementara itu dalam dua kunjungan muhibbah yang lain, Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah berbincang secara berasingan bersama Puan Yang Terutama Yang Jian; dan Tuan Yang Terutama Cho Won-myung mengenai kerjasama dua hala dan bertukar-tukar pandangan mengenai pelbagai isu termasuk dalam bidang keselamatan, teknologi, pembangunan dan perekonomian.

Negara Brunei Darussalam telah menjalinkan hubungan dua hala dengan Republik Turki dan Republik Korea masing-masing pada tahun 1984, manakala hubungan dua hala antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Rakyat China telah dijalin pada tahun 1991.

Perjumpaan-perjumpaan tersebut berlangsung di Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Bangunan Jabatan Perdana Menteri.
Other News
  




Yang Berhormat Dato Seri Paduka Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, hari ini menerima kunjungan muhibbah daripada Encik David Holliday, Ketua Pegawai Eksekutif, Telekom Brunei Berhad (TelBru).

Perjumpaan tersebut berlangsung di Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Bangunan Jabatan Perdana Menteri.

Other News
  



Yang Berhormat Dato Seri Paduka Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, petang ini menerima dua kunjungan muhibbah secara berasingan daripada Tuan Yang Terutama Motohiko Kato, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Jepun ke Negara Brunei Darussalam; dan Tuan Yang Terutama Lim Hong Huai, Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam. 

Semasa kunjungan muhibbah pertama, Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Tuan Yang Terutama Duta Besar Istimewa dan Mutlak Jepun ke Negara Brunei Darussalam telah berbincang mengenai kerjasama dua hala dan bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu semasa termasuk dalam bidang keselamatan, perekonomian, pendidikan, perhubungan dan sukan. 

Sementara itu pada kunjungan muhibbah berasingan, Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Tuan Yang Terutama Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam juga telah berbincang mengenai kerjasama dua hala dalam bidang perekonomian, pelaburan, isu berkaitan perkhidmatan awam dan juga peluang-peluang latihan bagi pegawai-pegawai perkhidmatan awam. 

Hadir sama semasa kunjungan muhibbah daripada Tuan Yang Terutama Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam tersebut ialah ang Mulia Datin Dayang Hajah Elinda binti Haji C.A. Mohammad, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Negara Brunei Darussalam telah menubuhkan hubungan dua hala dengan Jepun dan Republik Singapura masing-masing pada tahun 1984. Kedua-dua perjumpaan tersebut berlangsung di Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Bangunan Jabatan Perdana Menteri.
Other News
  

Yang Berhormat Dato Seri Paduka Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, petang ini menerima kunjungan muhibbah daripada Puan Yang Terutama Caterina Ventura, Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Negara Brunei Darussalam.

Semasa kunjungan muhibbah tersebut, Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Puan Yang Terutama Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Negara Brunei Darussalam berbincang mengenai kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk keselamatan, teknologi, perekonomian dan pendidikan. Negara Brunei Darussalam dan Canada telah menubuhkan hubungan dua hala sejak tahun 1984.

Hadir sama semasa kunjungan muhibbah tersebut ialah Leftenan Kolonel (Bersara) Pengiran Haji Muhammad Sazali bin Pengiran Haji Yakob, Setiausaha Tetap di Jabatan Perdana Menteri dan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri.

Perjumpaan tersebut berlangsung di Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Bangunan Jabatan Perdana Menteri.

Other News
  

Setiap manusia itu semestinya mempunyai matlamat kehidupan di dalam mencapai kesempurnaan hidup di bumi Allah ini dan matlamat itu tidak akan tercapai tanpa adanya keazaman untuk berjaya.

Keazaman ini adalah makna daripada pengertian niat yang mempengaruhi segala tindakan-tindakan yang dilakukan, sama ada untuk mencapai kesenangan di dunia mahupun di akhirat maka niat itu memainkan peranan penting untuk menghasilkan sistem pelaksanaan yang teratur.

Perkara tersebut merupakan antara perincian yang dikongsikan pada Tazkirah Subuh bertajuk 'Kekuatan Nawaitu' yang disampaikan oleh Pengarah Pusat Perhubungan Awam dan Antarabangsa, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Awang Haji Sammali bin Haji Adam di Masjid Omar 'Ali Saifuddien, di sini.

Tambah Awang Haji Sammali lagi, hala tuju ke arah kesempurnaan matlamat kehidupan itu tidak akan berjaya, tanpa adanya restu daripada Allah melalui niat yang ikhlas dan keberhasilan sesuatu bidang atau tugasan yang dilakukan dengan keikhlasan akan menzahirkan rasa keterbukaan, tidak terkongkong, malah akan terus menambahbaikkan dalam segala tindak-tanduk yang diusahakan.

Jelas beliau, inilah bukti bahawa nawaitu kita perlu kuat untuk mencapai kesempurnaan hidup.

Juga hadir bersama para jemaah masjid bagi menjayakan program tersebut ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud; Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar; Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof serta Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap KHEU, Awang Roslan bin Haji Taja'ah dan Awang Haji Mohd. Serudin bin Haji Timbang.

Turut sama menyerikan program ini ialah Pejabat Timbalan Menteri, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Bahagian Bangunan dan Pemeliharaan, Bahagian Perhubungan Awam, Jabatan Hal Ehwal Syariah, Bahagian Pendakwaan Syar'ie dan Bahagian Penguatkuasa Ugama, KHEU.

Kehadiran jemaah memakmurkan rumah Allah diharapkan akan dapat menghidupkan amalan sunnah Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan dapat menimbulkan rasa persamaan di antara umat Islam dalam melaksanakan sembahyang berjemaah dan amal ibadat bersama-sama.

Program Masjidku Makmur, Negara Berkat merupakan sebuah program dalam sama-sama mengalu-alukan jemaah bagi memakmurkan masjid dan seterusnya secara istiqamah (berterusan) mendirikan Sembahyang Fardu Subuh secara berjemaah pada awal waktu di masjid.

 

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto

Other News
  

Kemenangan pada perlawanan awal pasukan Brunei DPMM FC dalam Liga Perdana Singapura 2018 pertama kali beraksi pada edisi kali ini, diharap menjadi suatu petanda baik demi untuk mengulangi kejuaraan yang diciptanya pada tahun 2015 lalu.

Beraksi di gelanggang sendiri, Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas menjadi saksi pasukan Brunei DPMM FC menumpaskan pendahulu liga setakat ini, Home United FC dengan jaringan 4 - 2.

Berangkat memberikan sokongan padu ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Juga berangkat, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah.

Kekecewaan kekalahan semasa menentang Sabah FA baru-baru ini, pasukan Brunei DPMM FC mula bangkit apabila berjaya membolos gawang lawan menerusi pemain import dari Ukraine, Volodymyr Pryiomov pada minit ke-13.

Gol pertama tersebut seterusnya menjadi suntikan semangat kepada pemain pasukan Brunei DPMM FC, selang dua minit kemudian, sumbatan satu gol lagi berjaya dihasilkan apabila Abdul Aziz Tamit memanfaatkan peluang yang diberi hasil daripada lontaran sepakan sudut dan jaringan itu kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Babak kedua perlawanan dimulakan begitu baik apabila tendangan percuma dari Volodymyr sekali lagi mencapai sasaran gol pada minit 54, berikutan pemain import dari Iran, Mojtaba Mollasaraei sengaja dijatuhkan oleh pemain pasukan pelawat itu.

Brunei DPMM FC terus menyumbatkan gol keempatnya melalui sepakan Mojtaba Mollasaraei pada minit ke-71, namun demikian Home United FC akhirnya berjaya menyumbat satu gol tunggal mereka tiga minit selepas itu.

Pada saat masa genting akhir perlawanan, Shahril Ishak berjaya menyumbat gol kedua bagi Home United FC.

Perlawanan Brunei DPMM FC seterusnya akan menentang Albirex Niigata (S) di laman lawan pada Sabtu, 14 April.

 

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto

Senior Minister News
  


Yang Berhormat Dato Seri Paduka Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada Tuan Yang Terutama Richard Stephen Lindsay, Pesuruhjaya Tinggi British ke Negara Brunei Darussalam. 

Pada kunjungan hormat tersebut, Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Tuan Yang Terutama Pesuruhjaya Tinggi British ke Negara Brunei Darussalam telah berbincang mengenai kerjasama dua hala di antara Negara Brunei Darussalam dan United Kingdom termasuk dalam bidang keselamatan. 

Hadir semasa perjumpaan tersebut ialah Leftenan Kolonel (Bersara) Pengiran Haji Muhammad Sazali bin Pengiran Haji Yakob, Setiausaha Tetap di Jabatan Perdana Menteri dan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri. 

Perjumpaan tersebut berlangsung di Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Bangunan Jabatan Perdana Menteri.
Other News
  

Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Perdana Menteri dengan ini memaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan bagi Pengetua Ahli Kimia Ubat, Kementerian Kesihatan, Dayang Hajah Rosni binti Haji Jair dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Perkhidmatan Farmasi di Kementerian Kesihatan mulai 13 Mac 2018.


Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto Radio Television Brunei
His Majesty News
  
Seramai 382 pegawai dan  kakitangan yang bersara pada Oktober 2015 hingga Disember 2017 termasuk para pegawai dan kakitangan Jabatan Tenaga dan Perindustrian diraikan pada Majlis Penyampaian Sijil Persaraan Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Jabatan-Jabatan di bawahnya di Dewan Bankuet, Bangunan JPM, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan penyampaian sijil dan cenderahati kepada para pesara ialah Menteri di JPM, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud.

Turut hadir ialah Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, Dato Paduka Seri Awang Haji Mohd. Jammy bin Haji Muhd. Shah Al-Islam.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Pengiran Haji Mohd. Hafizzuddin bin Pengiran Haji Bakar.

Setiausaha Tetap di JPM, Awang Mohamed Riza bin Dato Paduka Haji Mohammed Yunos dalam ucapannya selaku pengerusi majlis antara lain menyatakan bahawa majlis itu adalah salah satu tanda penghargaan  kepada para pesara yang telah lama mencurahkan jasa bakti dan tenaga ke arah pemberian perkhidmatan kerajaan  yang efisien termasuklah mendukung inisiatif mencapai hasrat Wawasan Brunei 2035.

Tambahnya, kerajaan amatlah memerlukan sokongan padu daripada rakyat dan penduduk dalam memperkukuhkan lagi kestabilan sosio-ekonomi negara ini.

Ini katanya selaras dengan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-14 Majlis Mesyuarat Negara pada tahun ini yang mana baginda menekankan kepentingan untuk menggembleng tenaga bagi  pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Majlis tersebut adalah sebagai tanda penghargaan kepada pegawai-pegawai dan kakitangan yang telah menyumbangkan masa dan tenaga selama menjalankan tugas dalam perkhidmatan awam, khususnya di JPM dan jabatan-jabatan di bawahnya selaras dengan tema majlis itu 'Jasa Bakti Biskita Dikenang'.

Acara itu diakhiri dengan Doa Selamat yang dibacakan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Pengiran Haji Mohd. Hafizzuddin.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, ketua-ketua jabatan, serta pegawai-pegawai dan kakitangan di JPM dan jabatan-jabatan di bawahnya.


Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto
Other News
  


Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik Arab Mesir, Tuan Yang Terutama Abdel Fattah Al-Sisi berikutan pelantikannya semula sebagai Presiden Republik Arab Mesir.

Dalam titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik Arab Mesir, TYT Abdel Fattah Al-Sisi, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berharap TYT akan terus mendapat banyak kejayaan dalam penggalnya yang baharu dan seterusnya akan dapat terus bekerja bersama dengan TYT bagi mengukuhkan hubungan dua-hala dan kerjasama di dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Gerakan Negara-negara Berkecuali (NAM).

Pada mengakhiri titah perutusan tersebut, Kebawah DYMM berdoa Kehadrat Allah Subhanahu Wata'ala semoga TYT akan sentiasa berada di dalam kesihatan dan kegembiraan yang berpanjangan, serta rakyat Republik Arab Mesir akan sentiasa menikmati keamanan dan kemakmuran berterusan.


Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto Radio Television Brunei
His Majesty News
  

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal olkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar perutusan takziah kepada Presiden Persekutuan Rusia, Tuan Yang Terutama Vladimir Putin, kerajaan dan rakyat Persekutuan Rusia berikutan dengan tragedi kebakaran di sebuah pasaraya yang berlaku di Bandaraya Kemerovo, Rusia.

Dalam titah perutusan Kebawah Duli Yang Maha Mulia berasa sedih mengetahui tentang kehilangan nyawa dan kecederaan berikutan dengan tragedi berkenaan.

Baginda dan Kerajaan serta rakyat Negara Brunei Darussalam seterusnya menyampaikan ucapan takziah yang mendalam kepada Kerajaan dan rakyat Persekutuan Rusia, terutama sekali kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi itu.

Pada mengakhiri perutusan tersebut, baginda menzahirkan perasaan simpati yang amat mendalam.


Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto Radio Television Brunei
His Majesty News
  

Menunaikan Sembahyang Fardu Subuh Berjemaah adalah seumpama mereka yang bangun beribadah sepanjang malam.

Dalam sembahyang fardu lima kali sehari semalam hanya dalam Sembahyang Fardu Subuh terdapat di dalamnya bacaan doa yang dinamakan Doa Qunut. Isi kandungan Doa Qunut tersebut merupakan permohonan kepada Allah Subhanahu Wata'ala yang amat komprehensif merangkumi keperluan manusia sepanjang hari.

Perkara tersebut merupakan antara perincian yang dikongsikan pada Tazkirah Subuh bertajuk 'Berkat di awal pagi' yang disampaikan oleh Da'ie Bertauliah, Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB), Pengiran Abdul Basit bin Pengiran Haji Zaini di Masjid Omar 'Ali Saifuddien, di sini.

Ustaz Pengiran Abdul Basit seterusnya menambah, hidayah Allah akan diberikan kepada mereka yang dikehendaki-Nya dan beruntunglah mereka yang diberikan peluang dapat bersujud pada awal pagi serta menadahkan tangan melakukan Doa Qunut dalam Sembahyang Subuhnya.

Beliau seterusnya mengongsikan antara keistimewaan Doa Qunut tersebut iaitu memohon kepada Allah pada awal pagi bagi keberkatan dalam kehidupan iaitu berkat dalam umur kehidupan, keberkatan rezeki, keturunan iaitu anak-anak yang soleh.

Hadir bersama-sama jemaah masjid bagi menjayakan program tersebut ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud; Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar; Setiausaha Tetap KHEU, Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof dan Timbalan Setiausaha Tetap KHEU, Awang Roslan bin Haji Taja'ah.

Turut sama menyerikan program ini ialah Pejabat Menteri, Jabatan Pentadbiran, MUIB, Pusat Da'wah Islamiah, Jabatan Urusan Haji dan Bahagian Antarabangsa dan MABIMS, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Kehadiran jemaah memakmurkan rumah Allah diharapkan akan dapat menghidupkan amalan sunnah Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan dapat menimbulkan rasa persamaan di antara umat Islam dalam melaksanakan sembahyang berjemaah dan amal ibadat bersama-sama.

Program Masjidku Makmur, Negara Berkat merupakan sebuah program bagi sama-sama mengalu-alukan jemaah bagi memakmurkan masjid dan seterusnya secara istiqamah (berterusan) mendirikan Sembahyang Fardu Subuh Berjemaah pada awal waktu di masjid.


Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto
Other News
  


Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei berkenan berangkat ke Majlis Tamat Latihan paduka anakanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Kapten Pengiran Muda 'Abdul Mateen yang berlangsung di RAF Shawbury, United Kingdom.

Turut berangkat mengiringi Kebawah DYMM ialah paduka-paduka anakanda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji 'Abdul Azim; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah; dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah.

Keberangkatan tiba baginda di RAF Shawbury dijunjung oleh Sir Algernon Heber Percy, Lord Liuetenant of Shropshire; Air Marshal Sean Reynolds, Deputy Commander Capability and Air Member for Personnel & Capability; Air Vice-Marshal Warren James, Air Officer Commanding 22 Group; Air Commodore David Bentley, Director of Flying Training; dan Group Captain R S Norris, Station Commander RAF Shawbury.

Sejurus keberangkatan tiba, baginda dijunjung ke lobi Mes Pegawai RAF Shawbury untuk menandatangani buku pelawat dan seterusnya baginda dijunjung berangkat ke Library Room bagi Majlis Santap Ringan yang disusuli dengan sembah taklimat mengenai aturcara Majlis Tamat Latihan oleh Captain R S Norris, Station Commander RAF Shawbury.

Baginda seterusnya berkenan beredar ke Hangar 2 bagi Majlis Pengurniaan Sijil dan Lencana RAF Wing.

Majlis tersebut dimulakan dengan baginda menerima Tabik Hormat daripada Perbarisan Kawalan Kehormatan dan Rombongan Panji-Panji.

Baginda kemudiannya dijunjung untuk memeriksa perbarisan Kawalan Kehormatan dan Rombongan Panji-Panji dan seterusnya diikuti oleh sembah alu-aluan yang disampaikan oleh Group Captain R S Norris, Station Commander RAF Shawbury.

Majlis diteruskan dengan bacaan Doa terhadap lencana RAF Wing yang akan dianugerahkan.

Baginda seterusnya berkenan mengurniakan Lencana dan Sijil RAF Wing kepada Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Kapten Pengiran Muda 'Abdul Mateen.

Baginda juga berkenan mengurniakan Sijil dan Lencana RAF Wing kepada para peserta kursus yang terdiri daripada enam orang di dalam kategori Single Engine Rotary Wing yang termasuk Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Kapten Pengiran Muda 'Abdul Mateen; 2 orang bagi Joint Aircrewman; 8 orang bagi Multi Engine Rotary Wing Siri 167; dan 11 orang bagi Multi Engine Rotary Wing Siri 169.

Majlis diteruskan dengan Sembah Ucapan daripada Air Vice-Marshal Warren James, Air Officer Commanding 22 Group.

Baginda seterusnya dijunjung menyaksikan pameran pesawat model helikopter terkini yang akan digunakan bagi siri kursus berikutnya dan menyaksikan acara terbang lalu.

Sebelum berangkat meninggalkan majlis,baginda berkenan bergambar ramai bersama Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Kapten Pengiran Muda 'Abdul Mateen dan para peserta kursus.

Pada sebelah tengah hari, baginda kemudiannya dijunjung berangkat ke Dining Hall Mes Pegawai RAF Shawbury bagi menghadiri Majlis Santap Tengah Hari.

Sebelum itu, para peserta kursus serta keluarga berpeluang untuk beramah mesra Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Ante Room, Mes Pegawai RAF Shawbury.

Majlis dimulakan dengan sembah alu-aluan daripada Wing Commander Holly Steel, Pegawai Pemerintah Defence Helicopter Flying School.

Di Majlis berkenaan, para pegawai dan hadirin telah menyembahkan ucapan selamat Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Queen Elizabeth II, Queen of the United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland; dan Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, diikuti dengan Lagu Kebangsaan United Kingdom dan Negara Brunei Darussalam.

Sejurus itu, baginda berkenan mengurniakan anugerah kepada peserta-peserta kursus terbaik.

Baginda selaku Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, juga berkenan mengurniakan plak Kementerian Pertahanan kepada Group Captain R S Norris, Station Commander RAF Shawbury.

Majlis diakhiri dengan Sembah Ucapan daripada Air Marshal Sean Reynolds, Deputy Commander Capability and Air Member for Personnel & Capability.


Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto

His Majesty News
  


Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Kali Kedua Kejohanan Bola Sepak  Piala Hassanal Bolkiah bagi Belia ASEAN 2018 (HBT 2018) di Bilik Persidangan, Stadium Negara Hassanal Bolkiah (SNHB).

Berangkat ke mesyuarat berkenaan ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Presiden Persatuan Bola Sepak Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (NFABD) selaku Penasihat Jawatankuasa Tertinggi HBT 2018.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Awang Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Hadir sama, Pemangku Menteri Pendidikan selaku Timbalan Pengerusi Bersama, Yang Mulia Datin Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd. Salleh dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Datin Dayang Hajah Elinda binti C.A Mohamed serta ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi.

Di dalam sembah alu-aluan, Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan menyembahkan bahawa kejohanan HBT 2018 akan diadakan dalam 26 hari lagi di mana pihak-pihak yang terlibat telah berusaha dengan sesungguhnya dan status persiapan secara keseluruhannya adalah berjalan dengan lancar.

Yang Berhormat menyembahkan, sejak Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi yang pertama, antara langkah persiapan yang telah pun diambil termasuk usaha menaik taraf 'scoreboard' dan 'floodlight' yang sedang giat dijalankan.

"Walaupun tempoh masa ke arah kejohanan ini semakin singkat, insyaaAllah abis Hamba Duli Tuanku akan meningkatkan lagi usaha dalam menjalankan tugas-tugas persiapan dengan lebih sempurna. Dengan berpandukan Sabda Nasihat Duli Tuanku, adalah penting bagi abis Hamba Duli Tuanku untuk sama-sama memberikan  sokongan padu dan komitmen dalam pengendalian dan perlaksanaan kejohanan HBT 2018 yang berpestij tinggi ini, selaras dengan hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam," sembah Yang Berhormat.

Mesyuarat turut membincangkan laporan mengenai perkembangan terkini daripada Jawatankuasa-Jawatankuasa Kerja HBT 2018.

HBT 2018 anjuran KKBS dengan kerjasama NFABD itu akan bermula pada 23 April nanti.

Tujuh buah negara akan menyertai kejohanan tersebut, iaitu Kemboja, Laos PDR, Myanmar, Singapura, Thailand, Timor Leste dan Negara Brunei Darussalam.

Indonesia, Malaysia, Filipina dan Viet Nam tidak dapat menyertai kejohanan pada tahun ini disebabkan oleh komitmen seperti penyertaan di dalam liga kebangsaan.

Majlis Pembukaan Rasmi HBT 2018 akan diadakan pada 23 April nanti di SNHB di mana perlawanan pertama adalah antara pasukan Negara Brunei Darussalam dan Timor Leste.

Perlawanan akhir dan Majlis Pengurniaan Hadiah HBT 2018 pula akan diadakan pada 5 Mei juga di SNHB.

Orang ramai adalah dialu-alukan hadir dan memberi sokongan bagi sama-sama memeriahkan kejohanan berkenaan.


Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto
Other News
  


Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Tuan Yang Terutama U Win Myint, berikutan dengan pelantikannya sebagai Presiden Republik Kesatuan Myanmar.

Dalam titah perutusan kepada Presiden Republik Kesatuan Myanmar, Tuan Yang Terutama U Win Myint, Kebawah Duli Yang Maha Mulia menyatakan bahawa Negara Brunei Darussalam dan Republik Kesatuan Myanmar menikmati hubungan persahabatan yang akrab dan berasa amat gembira bahawa kedua-dua negara akan menyambut ulang tahun ke-25 penubuhan diplomatik pada bulan September tahun ini. Baginda seterusnya berharap memperbaharui peluang pada mengukuhkan persahabatan peribadi dan hubungan yang telah sekian lama terjalin yang dinikmati selama ini oleh rakyat kedua-dua buah negara.

Pada mengakhiri titah perutsuan tersebut, baginda berharap TYT beroleh kejayaan dalam menyandang jawatannya yang baharu dan akan dapat berjumpa dengan TYT di masa akan datang.


Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto
His Majesty News
  

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah-titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik Islam Pakistan, Tuan Yang Terutama Mamnoon Hussain dan Perdana Menteri Republik Islam Pakistan, Tuan Yang Terutama Shahid Khaqan Abbasi serta kerajaan dan rakyat Republik Islam Pakistan sempena menyambut Pakistan Day.

Dalam titah perutusan Kebawah Duli Yang Maha Mulia kepada Presiden Republik Islam Pakistan, TYT Mamnoon Hussain, baginda merakamkan penghargaan di atas hubungan sekian lama wujud yang bernilai di antara kedua-dua buah negara dan berharap akan terus berpeluang memperkukuhkan hubungan persahabatan dan kerjasama ini di tahun-tahun mendatang.

Sementara dalam titah perutusan yang sama kepada Perdana Menteri Republik Islam Pakistan, TYT Shahid Khaqan Abbasi, baginda sangat menghargai hubungan persahabatan yang dinikmati oleh kedua-dua buah negara dan berharap akan terus bekerjasama dengan TYT bagi memperkukuhkan hubungan dua hala dan sebagai rakan kongsi dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Gerakan Negara-Negara Berkecuali (Non-Aligned Movement).

Pada mengakhiri kedua-dua titah perutusan baginda itu, baginda menyampaikan salam muhibah kepada Presiden Republik Islam Pakistan, TYT Mamnoon Hussain dan Perdana Menteri Republik Islam Pakistan, TYT Shahid Khaqan Abbasi.


Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto
His Majesty News
  


Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap Ketua Setiausaha Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri (KHELN) Kesultanan Oman, Tuan Yang Terutama Sayyid Badr bin Hamad bin Hamood Al Busaidi yang mengadakan lawatan ke negara ini selama dua hari.

Majlis Mengadap tersebut berlangsung di Istana Nurul Iman.

Semasa Majlis Mengadap tersebut, Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan TYT Sayyid Badr bin Hamad bin Hamood Al Busaidi telah berbincang mengenai isu-isu dua hala di antara Negara Brunei Darussalam dan Kesultanan Oman, serta bertukar-tukar pandangan tentang hal ehwal serantau dan antarabangsa.

Menyertai bersama Tuan Yang Terutama Sayyid Badr bin Hamad bin Hamood Al Busaidi semasa Majlis Mengadap tersebut ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kesultanan Oman ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Sheikh Ahmed bin Hashil Al Maskari.

Juga hadir, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua), Yang Berhormat Dato Seri Paduka Awang Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd. Yusof.


Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto
His Majesty News
  


Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Di-Raja Dato Laila Utama Haji Awang Isa bin Pehin Datu Perdana Manteri Dato Laila Utama Haji Awang Ibrahim menekankan bahawa peranan yang dimainkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat dalam Majlis Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-14 Majlis Mesyuarat Negara (MMN) adalah sesuai dengan harapan yang telah dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, supaya Majlis akan dapat bersidang dengan ahli-ahli semua dapat mengemukakan buah fikiran serta seterusnya mencadangkan perkara-perkara yang dapat membawa perubahan-perubahan besar kepada negara.

Kenyataan tersebut diucapkan oleh Yang Berhormat Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Pada Majlis Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-14 Majlis Mesyuarat Negara (MMN) di Bangunan Dewan Majlis, Jalan Dewan Majlis di sini, ketika mengusulkan Majlis Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-14 MMN ditangguhkan.

Yang Berhormat dalam pada itu melahirkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua, atas kebijaksanaan dan kesabaran dalam memimpin dan memandu permesyuaratan dengan kemas dalam suasana yang harmoni, transparent dan muhibah.

"Ucapan terima kasih juga kaola tujukan kepada Yang Dimuliakan Jurutulis dan Yang Mulia Timbalan Jurutulis, yang cekap setiap hari menyusun perkara-perkara yang dimesyuaratkan dan juga kepada seluruh pegawai dan kakitangan yang bekerja keras bagi menjayakan dan buat semua Ahli Yang Berhormat kerana telah menyokong dan meluluskan pembentangan Belanjawan Bagi Tahun Kewangan 2018/2019 yang membawa tema, "Perbelanjaan Produktif dan Berinovasi Bagi Memelihara Kemakmuran Negara", kata Yang Berhormat.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Di-Raja Dato Laila Utama Haji Awang Isa menghargai peranan seramai 13 orang Ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan sekitar 40 isu berkaitan dengan Jabatan Perdana Menteri yang telah menyumbangkan buah fikiran yang ikhlas daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang sememangnya sangat-sangat diperlukan bagi membantu kerajaan amnya dan Jabatan Perdana Menteri khususnya, untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan.

Saranan dan maklum balas Ahli-Ahli Yang Berhormat, menurut Yang Berhormat Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan dijadikan sebagai nilai tambah dan input dengan sebarang penelitian dasar dan strategi yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan khususnya di Jabatan Perdana Menteri berasaskan keutamaan dan keperluan. Begitu juga buat Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan soalan-soalan dan membuat kenyataan-kenyataan yang penuh dengan kebijaksanaan dan relevan mengenai perkara-perkara yang berfaedah kepada rakyat dan negara.

Yang Berhormat Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri juga menyuarakan rasa kagum dengan performance Ahli-Ahli Yang Berhormat Yang Dilantik termasuk Yang Berhormat Ahli-Ahli Wanita dalam melontarkan soalan-soalan dan kenyataan-kenyataan mereka itu yang mana menurut Yang Berhormat nyatalah menunjukkan usaha mereka yang gigih pada mengemukakan maklumat-maklumat, fakta-fakta dan statistik yang telah mereka research dengan teliti.

Cara Ahli-Ahli Yang Berhormat menyarankan soalan-soalan itu kata Yang Berhormat sesuai dengan titah nasihat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, supaya semua Ahli akan terlibat memberikan pendapat atau pandangan tanpa takut takut atau ragu-ragu demi kebaikan bersama dan negara.

"Kaola juga tidak lupa mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan kaola yakni Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah menjawab soalan-soalan yang dikemukakan serta memberikan kenyataan yang begitu terperinci dan jelas mengenai jabatan-jabatan dan agensi-agensi di bawah kementerian masing-masing.

Kaola dan rakan sejawatan kaola di Jabatan Perdana Menteri khususnya akan sentiasa bersedia untuk mendengar lebih banyak cadangan dan saranan bernilai tambah yang menjurus kepada cara-cara meningkatkan produktiviti kerajaan dan menjana pertumbuhan ekonomi termasuk inisiatif-inisiatif bagi memakmurkan lagi hasil-mahsul negara," ujar Yang Berhormat.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Di-Raja Dato Laila Utama Haji Awang Isa berharap Ahli-Ahli Yang Berhormat akan dapat meneruskan permuzakarahan di luar Dewan bagi membincangkan dan mencadangkan perkara yang dapat membawa perubahan besar seperti yang dihasratkan dalam titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Semua pihak tekan Yang Berhormat hendaklah dengan sewajarnya sentiasa mengambil ingatan dan memahami situasi yang sedang dihadapi oleh negara.

"Hendaklah secara terus menerus bersatu padu dan bekerjasama dalam mendukung kepimpinan raja yang kita kasihi, raja yang sangat mengambil berat dan mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan rakyat dan penduduk di negara ini dengan pendekatan whole of nation yang boleh diterjemahkan sebagai Negara Brunei Darussalam dan segala isi di dalamnya.

Selaku rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam sama ada sebagai individu, anggota masyarakat, kakitangan perkhidmatan awam, pekerja swasta dan lain-lainya hendaklah menyahut seruan kerajaan untuk membangun negara sesuai dengan peranan dan kemampuan kita masing-masing, jelas Yang Berhormat.

Yang Berhormat juga berharap agar segala perancangan kerajaan akan sentiasa mendapat sokongan dan dukungan dari semua peringkat dan segala usaha akan membuahkan hasil seperti mana juga yang sama-sama dihasratkan.

Yang Berhormat seterusnya menyatakan bahawa Jabatan Perdana Menteri akan sentiasa mengalu-alukan Ahli-Ahli Yang Berhormat untuk datang berbincang pada menyuarakan dan mengemukakan pandangan serta cadangan bagi kebaikan kerajaan dan negara yang dicintai.


Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto 
Other News
  

Kebawah  Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar perutusan tahniah kepada Presiden Persekutuan Rusia, Tuan Yang Terutama Vladimir Putin berkaitan dengan kemenangannya dalam pilihan raya presiden baru-baru ini.

Di dalam titah perutusan tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia menyampaikan ucapan tahniah kepada Tuan Yang Terutama Vladimir Putin diatas kemenangannya itu dan berharap semoga TYT akan terus mencapai kejayaan dalam penggal barunya dan seterusnya memperkukuhkan lagi hubungan yang amat bernilai serta perhubungan dalam pelbagai bidang yang menpunyai kepentingan bersama baik di peringkat dua hala mahupun antarabangsa.

Bagi mengakhiri ucapan tahniah tersebut, baginda menyampaikan salam muhibah kepada TYT Vladimir Putin.


Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto
His Majesty News
  

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzadin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Premier of the State Council Republik Rakyat China, Tuan Yang Terutama Li Keqiang berikutan dengan pelantikan semula Tuan Yang Terutama sebagai Premier of the State Council Republik Rakyat China.

Dalam titah perutusan tahniah yang sama kepada Premier of the State Council Republik Rakyat China, Tuan Yang Terutama Li Keqiang, Kebawah Duli Yang Maha mulia merakamkan penghargaan yang amat mendalam, dalamana Negara Brunei Darussalam dan Republik Rakyat China terus menikmati hubungan dua-hala yang akrab melalui kerjasama di dalam pelbagai sektor.

Hubungan sedemikian dapat dilihat melalui aktiviti ekonomi yang pesat dan hubungan di kalangan rakyat kedua-dua buah negara.

Sebagai rakan yang bernilai dan juga rakan kongsi di dalam ASEAN, Brunei Darussalam berharap untuk terus memperkembangkan hubungan kerjasama strategik berkenaan demi kepentingan kedua-dua buah negara dan rakyat masing-masing.

Pada mengakhiri titah perutusan tersebut, baginda menyampaikan salam muhibah kepada Premier of the State Council Republik Rakyat China, Tuan Yang Terutama Li Keqiang semoga Tuan Yang Terutama sentiasa beroleh kejayaan dan berada dalam kesihatan yang berpanjangan.


Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto
His Majesty News
  

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik Rakyat China, Tuan Yang Terutama Xi Jinping berikutan dengan pelantikan semula Tuan Yang Terutama sebagai Presiden Republik Rakyat China.

Dalam titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik Rakyat China, TYT Xi Jinping, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan  dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam percaya di bawah kepimpinan TYT, Republik Rakyat China akan mencapai kemajuan besar terutamanya dalam pembangunan ekonomi yang pesat dan mantap bagi visi China untuk menjadi sebuah negara sosialis moden yang akan mewujudkan masyarakat yang lebih harmoni dan makmur.

Di peringkat antarabangsa pula, Republik Rakyat China juga telah menyumbang kepada keamanan, kemakmuran dan pembangunan dunia dan berharap ianya berjaya untuk menjadi sebuah kuasa utama yang strategik dan bertanggungjawab.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia seterusnya menyatakan, bahawa Republik Rakyat China adalah merupakan rakan penting yang mana perhubungan di antara kedua-dua buah negara adalah bersandarkan kepada jalinan muhibah dan saling hormat-menghormati di semua peringkat masyarakat.

Hubungan kerjasama strategik sejak sekian lama juga telah diperkukuhkan lagi dengan hubungan dua-hala yang merangkumi pelbagai bidang.

Negara Brunei Darussalam juga menghargai sokongan Republik Rakyat China dalam meningkatkan rangkaian 'people-to-people' dan pemindahan pengetahuan.

Pada mengakhiri titah perutusan tersebut, baginda menyampaikan salam muhibah kepada Presiden Republik Rakyat China, TYT Xi Jinping dan semoga TYT sentiasa beroleh kejayaan dan berada dalam kesihatan yang berpanjangan.


Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto
His Majesty News
  


Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Timbalan Sultan selaku Penaung Diraja dan Pengerusi Lembaga Pengarah Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD) berkenan berangkat ke Majlis Peletakan Batu Asas Bangunan AMBD bertempat di Jalan Menteri Besar, Kampung Melabau, Mukim Kianggeh.

Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Yang Berhormat Dato Seri Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud selaku Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah AMBD serta Pengarah Urusan AMBD, Awang Yusof bin Haji Abd. Rahman.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat dipimpin oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Awang Haji Salim bin Haji Besar.

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong selaku Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah AMBD dalam sembah alu-aluannya menyembahkan setinggi-tinggi menjunjung kasih di atas keberangkatan DYTM ke majlis tersebut  dan seterusnya berkenan untuk menyempurnakan Peletakan Batu Asas Bangunan Ibu Pejabat AMBD.

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri menyembahkan bahawa majlis tersebut merupakan satu perkembangan yang amat signifikan dan bermakna bagi negara, khasnya AMBD, kerana ianya merupakan satu titik permulaan bagi pembinaan sebuah bangunan kekal khusus bagi menempatkan ibu pejabat AMBD, di peringkat fasa pertama dan beberapa buah bangunan lain yang akan melengkapkan prasarana kompleks AMBD di fasa seterusnya.

''Ini merupakan projek prasarana terbesar yang pernah diungkayahkan oleh AMBD sejak penubuhannya pada 1 Januari 2011,'' sembah Yang Berhormat Pehin.

Menyentuh mengenai reka bentuk AMBD sembah Yang Berhormat, ianya adalah berkonsepkan moden klasik yang mempunyai ciri-ciri yang mencerminkan imej dan identiti sebuah bank pusat bertaraf antarabangsa yang berperanan penting dalam pembangunan sektor kewangan yang progresif dan inklusif.

Reka bentuknya juga jelas Yang Berhormat, menggambarkan kekukuhan identiti Islam dan mengekalkan ketamadunan warisan bangsa, dengan motif melambangkan kedaulatan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah negara Melayu Islam Beraja, yang mana pembentukan semua elemen ini adalah dihasratkan untuk menjadikan bangunan ini bersifat ikonik dan dinamik, serta menjadi salah satu mercu tanda negara pada masa kini dan akan datang.

Yang Berhormat seterusnya menyembahkan bahawa bangunan yang direka bentuk oleh firma arkitek OWMP International itu, boleh menempatkan kira-kira seramai 300 orang dan akan menyediakan kemudahan-kemudahan kondusif antara lainnya surau, dewan teater, bilik-bilik persidangan, pusat aduan awam dan pusat penyelidikan pengetahuan.

Pembinaan bangunan ini jelas Yang Berhormat, akan dibuat melalui pengeluaran sukuk yang berlandaskan pembiayaan prasarana (infrastructure financing) dan patuh syariah, yang mana ini adalah inisiatif signifikan bagi mengembangmajukan pasaran kewangan di negara kita, khususnya kewangan Islam.

Yang Berhormat dalam sembah alu-aluannya juga melahirkan harapan bahawa pengeluaran sukuk ini akan dapat menjadi pemangkin kepada pengeluaran-pengeluaran sukuk yang lebih inovatif, bagi projek domestik di masa akan datang.

DYTM kemudiannya dijunjung bagi menyempurnakan Upacara Peletakan Batu Asas Bangunan AMBD, seterusnya berkenan menandatangani Plak Kenangan Peletakan Batu Asas bagi Bangunan AMBD dan menerima pesambah.

DYTM seterusnya berkenan bagi menyaksikan pameran mengenai pembinaan bangunan AMBD dan kemudian berkenan bergambar ramai bersama Ahli-Ahli Lembaga Pengarah AMBD.

Projek Bangunan AMBD ini merupakan sebuah projek yang akan menempatkan bangunan utama AMBD, galeri mata wang dan dewan serbaguna. Pada masa ini ibu pejabat AMBD ditempatkan di Bangunan Kementerian Kewangan, Commonwealth Drive.

Kompleks bangunan seluas kira-kira 22 ribu meter persegi ini akan dibina di atas tanah berkeluasan 16 ekar di Jalan Menteri Besar, Kampung Melabau. Kerja-kerja tanah bagi tapak bangunan tersebut telah bermula pada bulan November 2017 dan pembinaan bangunan utama dijangka siap pada sekitar awal tahun 2020.

Juga hadir, Pemangku Menteri Kewangan II, Yang Mulia Dato Paduka Awang Ahmaddin bin Haji Abd. Rahman serta Setiausaha-Setiausaha Tetap dan Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap kerajaan.


Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto

Senior Minister News
  

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Timbalan Sultan selaku Penaung Diraja dan Pengerusi Lembaga Pengarah Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD) berkenan berangkat ke Majlis Peletakan Batu Asas Bangunan AMBD bertempat di Jalan Menteri Besar, Kampung Melabau, Mukim Kianggeh.

Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Yang Berhormat Dato Seri Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud selaku Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah AMBD serta Pengarah Urusan AMBD, Awang Yusof bin Haji Abd. Rahman.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat dipimpin oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Awang Haji Salim bin Haji Besar.

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong selaku Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah AMBD dalam sembah alu-aluannya menyembahkan setinggi-tinggi menjunjung kasih di atas keberangkatan DYTM ke majlis tersebut  dan seterusnya berkenan untuk menyempurnakan Peletakan Batu Asas Bangunan Ibu Pejabat AMBD.

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri menyembahkan bahawa majlis tersebut merupakan satu perkembangan yang amat signifikan dan bermakna bagi negara, khasnya AMBD, kerana ianya merupakan satu titik permulaan bagi pembinaan sebuah bangunan kekal khusus bagi menempatkan ibu pejabat AMBD, di peringkat fasa pertama dan beberapa buah bangunan lain yang akan melengkapkan prasarana kompleks AMBD di fasa seterusnya.

''Ini merupakan projek prasarana terbesar yang pernah diungkayahkan oleh AMBD sejak penubuhannya pada 1 Januari 2011,'' sembah Yang Berhormat Pehin.

Menyentuh mengenai reka bentuk AMBD sembah Yang Berhormat, ianya adalah berkonsepkan moden klasik yang mempunyai ciri-ciri yang mencerminkan imej dan identiti sebuah bank pusat bertaraf antarabangsa yang berperanan penting dalam pembangunan sektor kewangan yang progresif dan inklusif.

Reka bentuknya juga jelas Yang Berhormat, menggambarkan kekukuhan identiti Islam dan mengekalkan ketamadunan warisan bangsa, dengan motif melambangkan kedaulatan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah negara Melayu Islam Beraja, yang mana pembentukan semua elemen ini adalah dihasratkan untuk menjadikan bangunan ini bersifat ikonik dan dinamik, serta menjadi salah satu mercu tanda negara pada masa kini dan akan datang.

Yang Berhormat seterusnya menyembahkan bahawa bangunan yang direka bentuk oleh firma arkitek OWMP International itu, boleh menempatkan kira-kira seramai 300 orang dan akan menyediakan kemudahan-kemudahan kondusif antara lainnya surau, dewan teater, bilik-bilik persidangan, pusat aduan awam dan pusat penyelidikan pengetahuan.

Pembinaan bangunan ini jelas Yang Berhormat, akan dibuat melalui pengeluaran sukuk yang berlandaskan pembiayaan prasarana (infrastructure financing) dan patuh syariah, yang mana ini adalah inisiatif signifikan bagi mengembangmajukan pasaran kewangan di negara kita, khususnya kewangan Islam.

Yang Berhormat dalam sembah alu-aluannya juga melahirkan harapan bahawa pengeluaran sukuk ini akan dapat menjadi pemangkin kepada pengeluaran-pengeluaran sukuk yang lebih inovatif, bagi projek domestik di masa akan datang.

DYTM kemudiannya dijunjung bagi menyempurnakan Upacara Peletakan Batu Asas Bangunan AMBD, seterusnya berkenan menandatangani Plak Kenangan Peletakan Batu Asas bagi Bangunan AMBD dan menerima pesambah.

DYTM seterusnya berkenan bagi menyaksikan pameran mengenai pembinaan bangunan AMBD dan kemudian berkenan bergambar ramai bersama Ahli-Ahli Lembaga Pengarah AMBD.

Projek Bangunan AMBD ini merupakan sebuah projek yang akan menempatkan bangunan utama AMBD, galeri mata wang dan dewan serbaguna. Pada masa ini ibu pejabat AMBD ditempatkan di Bangunan Kementerian Kewangan, Commonwealth Drive.

Kompleks bangunan seluas kira-kira 22 ribu meter persegi ini akan dibina di atas tanah berkeluasan 16 ekar di Jalan Menteri Besar, Kampung Melabau. Kerja-kerja tanah bagi tapak bangunan tersebut telah bermula pada bulan November 2017 dan pembinaan bangunan utama dijangka siap pada sekitar awal tahun 2020.

Juga hadir, Pemangku Menteri Kewangan II, Yang Mulia Dato Paduka Awang Ahmaddin bin Haji Abd. Rahman serta Setiausaha-Setiausaha Tetap dan Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap kerajaan.

 

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto

Senior Minister News
  

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam selamat berangkat tiba di Sydney, Australia bagi menghadiri Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia 2018 yang akan diadakan pada 17 dan 18 Mac 2018.

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Lapangan Terbang Sydney Kingsford Smith dialu-alukan oleh Official Secretary of the Governor-General of the Commonwealth of Australia, Tuan Mark Fraser LVO OAM selaku wakil Gabernor Jeneral;  Assistant Minister for Immigration, The Honourable James McGrath MP selaku wakil The Honourable Perdana Menteri Australia;  Minister for Innovation and Better Regulation, The Honourable Matt Kean MP selaku wakil Premier New South Wales dan  Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Nicola Rosenblum.

Juga hadir bagi menjunjung keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua), Yang Berhormat Dato Seri Paduka Awang Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd. Yusof dan Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Australia, Tuan Yang Terutama Awang Haji Zakaria bin Haji Ahmad.

Kebawah DYMM seterusnya menaiki kenderaan khas menuju ke sebuah hotel ternama di Sydney tempat persemayaman baginda di sepanjang keberangkatan ke Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia 2018.

 

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto

His Majesty News
  

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Sydney, Australia bagi menghadiri Sidang Kemuncak Khas ASEAN - Australia 2018.

Sebelum berangkat dari Istana Nurul Iman, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

Berangkat di Hangar Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia di Rimba bagi menyembahkan selamat berangkat ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; DYTM Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik; DYTM Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Wakeel; DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah; DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah; DYTM Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan serta kerabat diraja yang lain.

Berangkat sama dan hadir di Hangar Penerbangan Kebawah DYMM bagi menyembahkan selamat berangkat ke hadapan majlis Kebawah DYMM ialah Yang Amat Mulia Pengiran-pengiran Cheteria; Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara; Menteri-menteri Kabinet; Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Di-Raja; Timbalan-timbalan Menteri; Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei dan Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

 

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto

His Majesty News
  


Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam, hari ini, berkenan berangkat ke Majlis Ramah Mesra Perayaan Tahun Baharu Tionghua 2018 yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

Turut berangkat ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik.

Berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam.

Keberangkatan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berserta kerabat diraja yang lain dijunjung oleh Penasihat Kehormat Majlis, Yang Dimuliakan Pehin Kapitan Lela Diraja Dato Paduka Goh King Chin, Pengerusi Majlis Ramah Mesra Perayaan Tahun Baharu Tionghua 2018, Masyarakat Tionghua, Yang Berhormat Awang Ong Tiong Oh dan Ahli-ahli Jawatankuasa Tadbir Tertinggi majlis yang lain.

Sejurus keberangkatan, Kebawah DYMM dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri serta kerabat diraja lain kemudiannya dijunjung untuk bergambar ramai sebelum berangkat ke Dewan Plenari bagi Majlis Ramah Mesra.

Di majlis tersebut Kebawah DYMM berkenan menerima pesambah dan diteruskan dengan Majlis Ramah Mesra dan persembahan-persembahan tarian oleh pelajar-pelajar Sekolah Menengah Chung Hwa, Bandar Seri Begawan diikuti dengan persembahan nyanyian dan pantun.

Terdahulu, majlis dimulakan dengan Lagu Kebangsaan.

Sebelum berangkat meninggalkan majlis, Kebawah DYMM dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri serta kerabat diraja lain berkenan beramah mesra dan menerima junjung ziarah daripada mereka yang hadir.


Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto
His Majesty News
  


Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah berkenan menerima mengadap Joint Commander Armed Forces in French Polynesia and Commander of the French Polynesian and Pacific Maritime Zones, Laksamana Muda Denis Bertrand di Istana Nurul Iman.

Hadir pada majlis tersebut ialah Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof; Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Mejar Jeneral Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Perancis ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Christian Ramage.

Hubungan pertahanan dan ketenteraan antara kedua-dua negara telah meningkat dengan ketara apabila Memorandum Persefahaman mengenai Kerjasama Dalam Bidang-Bidang Pertahanan dan Kelengkapan Pertahanan telah ditandatangani pada 25 Februari 1999.

Baru-baru ini, satu Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pertahanan Bersama (JKPB) yang ke-12 antara pegawai-pegawai kanan di kedua-dua negara telah diadakan pada 6 Mac 2018.

Mesyuarat berkenaan antara lain telah membincangkan inisiatif-inisiatif bagi memajukan kerjasama pertahanan dua hala. Persahabatan di antara kedua-dua negara telah menyerlah dengan lawatan muhibah Kapal Tentera Laut Perancis VENDÉMIAIRE ke Brunei Darussalam pada 7 hingga 9 Mac 2018 baru-baru ini.

Lawatan pengenalan rasmi satu hari Laksamana Muda Denis Bertrand bertujuan untuk meneruskan usaha pengukuhan kerjasama pertahanan dan ketenteraan di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Perancis.


Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto
His Majesty News
1 - 30Next