Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
13.03.18 Berkenan terima Surat Tauliah Pelantikan 23 Ketua Perwakilan Asing


Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima Surat-Surat Tauliah Pelantikan daripada 23 orang Ketua Perwakilan Negara Asing ke Negara Brunei Darussalam yang tidak menetap.

Pada majlis yang berlangsung di Istana Nurul Iman, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mula-mula berkenan menerima Surat Tauliah Pelantikan daripada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Cuba, Puan Yang Terutama Ibete Fernandez Hernandez.

Selepas itu, baginda berkenan menerima Surat-Surat Tauliah Pelantikan daripada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kerajaan Denmark, Puan Yang Terutama Dorte Bech Vizard; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kerajaan Maghribi, Tuan Yang Terutama Mohamed Reda Benkhaldoun; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Bosnia dan Herzegovina, Tuan Yang Terutama Emir Hadzikadunic; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Argentina, Tuan Yang Terutama Manuel Jose Balaguer Salas dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negeri-Negeri Mexico Bersatu, Tuan Yang Terutama Nathan Wolf Lustbader.

Baginda seterusnya berkenan menerima Surat-Surat Tauliah Pelantikan daripada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Hungary, Tuan Yang Terutama Dr. Istvan Szerdahelyi; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Itali, Tuan Yang Terutama Raffaele Langella; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Portugal, Tuan Yang Terutama Rui Fernando Sucena do Carmo; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kerajaan Belgium, Tuan Yang Terutama Andy Detaille; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Peru, Tuan Yang Terutama Guido Felipe Loayza Devescovi dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Emiriah Arab Bersatu, Tuan Yang Terutama Khalid Ghanim Mohammad AlGhaith.

Kemudiannya baginda berkenan menerima Surat-Surat Tauliah Pelantikan daripada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Austria, Tuan Yang Terutama Dr. Michael Postl; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kerajaan Netherlands, Puan Yang Terutama Grietje Vonno-Landman; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Arab Mesir, Tuan Yang Terutama Gamal Abdel Rahim Mohamed Metwally; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kerajaan Norway, Puan Yang Terutama Gunn Jorid Roset dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Uruguay, Puan Yang Terutama Elsa Nury Bauzan Benzano.

Diikuti oleh Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Sudan, Tuan Yang Terutama Hamza Omer Hassan Ahmed; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Ecuador, Tuan Yang Terutama Fabian Enrique Valdivieso Eguigurent; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Georgia, Tuan Yang Terutama Nikoloz Apkhazava; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Gambia, Puan Yang Terutama Ramzia Diab Ghanim; Pesuruhjaya Tinggi Republik Uganda, Puan Yang Terutama Dorothy Samali Hyuha dan Pesuruhjaya Tinggi Republik Persekutuan Nigeria, Tuan Yang Terutama Nurudeen Muhammed.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kemudian berkenan menerima mengadap Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Tinggi dan Duta-Duta Besar Istimewa dan Mutlak negara asing yang tidak menetap yang baru menyembahkan Surat-Surat Tauliah Pelantikan.

Juga hadir pada Majlis Mengadap tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua), Yang Berhormat Dato Seri Paduka Awang Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd. Yusof.


Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto

Attachments