Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
04.07.18 Persahabatan Brunei - Amerika Syarikat bertambah kukuh

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Presiden Amerika Syarikat, Tuan Yang Terutama, Donald J. Trump, serta kerajaan dan rakyat Amerika Syarikat bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan negara tersebut.


Di dalam titah perutusan berkenaan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia menzahirkan penghargaan di atas persahabatan yang sekian lama terjalin yang dinikmati oleh kedua-dua buah negara dan rakyat masing-masing.


Kebawah DYMM  seterusnya berasa gembira jalinan di antara kedua-dua buah negara terus bertambah kukuh sepertimana yang diperlihatkan melalui Dialog yang diadakan di Washington D.C baru-baru ini pada bulan Jun, 2018 di antara pegawai-pegawai kanan kedua-dua buah negara.


Baginda seterusnya yakin bahawa perbincangan yang berfaedah itu akan membawa kepada banyak peluang kepada kedua-dua negara untuk bekerjasama sebagai rakan kongsi dua hala dan serantau.


Buat mengakhiri perutusan tersebut, baginda menyampaikan salam muhibah kepada Presiden Amerika Syarikat, Tuan Yang Terutama, Donald J. Trump dan keluarganya serta rakyat Amerika Syarikat sempena menyambut perayaan tersebut.



Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto Radio Television Brunei

Attachments