Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
31.01.19 Kebawah DYMM berkenan menerima mengadap Naib Ketua Turus Pertahanan United Kingdom

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) petang ini berkenan menerima mengadap Naib Ketua Turus Pertahanan United Kingdom, Jeneral Sir Gordon Messenger, KCB, DSO, OBE, ADC.


Menyertai bersama Jeneral Sir Gordon Messenger ialah Pesuruhjaya Tinggi British ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Richard Lindsay dan Penasihat Pertahanan British ke Negara Brunei Darussalam, Kolonel Mike Page.


Turut hadir ialah Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof dan Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud.


Jeneral Sir Gordon Messenger berada di Negara Brunei Darussalam pada 29 Januari hingga 1 Februari 2019 dalam rangka lawatan ke rantau ini selepas menyertai IISS Fullerton Forum: The Shangri-La Dialogue Sherpa Meeting yang diadakan di Republik Singapura.


Negara Brunei Darussalam dan United Kingdom mempunyai hubungan pertahanan yang sangat baik dan sudah lama terjalin, yang mana merangkumi pelbagai interaksi termasuk pertukaran lawatan, mesyuarat pertahanan dan ketenteraan, eksesais ketenteraan, latihan, dan kursus. Interaksi tersebut telah meningkatkan interoperabiliti dan juga memperkuat hubungan persahabatan kedua-dua angkatan tentera. Pada 10 September 2018, Kapal Perang British HMS ALBION telah menjalankan Latihan Setiakawan III bersama ABDB. Latihan telah melibatkan anggota-anggota Tentera Darat Diraja Brunei dan aset-aset Tentera Laut Diraja Brunei dan Tentera Udara Diraja Brunei.



Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto

Attachments