
Kebawah
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien
Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei
Darussalam berkenan mengurniakan Surat-surat Watikah Pelantikan kepada
Ketua-ketua Perwakilan Negara Brunei Darussalam yang baru dilantik dan
menerima Surat-surat Tauliah Pelantikan daripada Ketua-ketua Perwakilan
Asing yang baharu ke Negara Brunei Darussalam.
Kebawah
DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei
Darussalam mula-mula berkenan mengurniakan Surat-surat Watikah
Pelantikan kepada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei
Darussalam ke Negara Qatar, Tuan Yang Terutama Awang Mohamed Bahrin bin
Dato Paduka Haji Abu Bakar; dan Wakil Tetap Negara Brunei Darussalam ke
Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) di Jakarta, Republik
Indonesia, Puan Yang Terutama Dayang Hajah Kasmalati binti Dato Seri
Laila Jasa Haji Mohamad Kassim.
Kebawah
DYMM seterusnya berkenan menerima Surat-surat Tauliah Pelantikan
daripada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Kuwait ke Negara Brunei
Darussalam, Tuan Yang Terutama Salah Mubarak Musleh Al-Mutairi; Duta
Besar Istimewa dan Mutlak Republik Rakyat China ke Negara Brunei
Darussalam, Puan Yang Terutama Yu Hong; dan Duta Besar Istimewa dan
Mutlak Kingdom of Thailand ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang
Terutama Wanthanee Viputwongsakul.
Selepas
majlis-majlis tersebut, Kebawah DYMM berkenan menerima mengadap
Ketua-ketua Perwakilan Negara Brunei Darussalam yang baru dilantik.
Duta
Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Negara Qatar, TYT
Awang Mohamed Bahrin bin Dato Paduka Haji Abu Bakar sebelum ini
berkhidmat sebagai Pemangku Pengarah Pertubuhan-pertubuhan Antarabangsa
di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri.
Wakil
Tetap Negara Brunei Darussalam ke ASEAN, PYT Dayang Hajah Kasmalati
binti Dato Seri Laila Jasa Haji Mohamad Kassim sebelum ini telah
berkhidmat sebagai Pemangku Pengarah Pentadbiran di Kementerian Hal
Ehwal Luar Negeri.
Kebawah DYMM
seterusnya berkenan menerima mengadap secara berasingan Ketua-ketua
Perwakilan Asing yang baharu ke Negara Brunei Darussalam.
Kebawah
DYMM mula-mula berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan
Mutlak Negara Kuwait ke Negara Brunei Darussalam, TYT Salah Mubarak
Musleh Al-Mutairi.
TYT sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Duta Besar Negara Kuwait yang tidak menetap ke Republik Paraguay.
Kemudian,
Kebawah DYMM berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak
Republik Rakyat China ke Negara Brunei Darussalam, PYT Yu Hong.
PYT
sebelum ini berkhidmat sebagai Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik
Rakyat China ke Republik Demokratik Persekutuan Nepal.
Seterusnya
Kebawah DYMM berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak
Kingdom of Thailand ke Negara Brunei Darussalam, PYT Wanthanee
Viputwongsakul.
PYT sebelum ini bertugas sebagai Minister di Kedutaan Diraja Thai di Hanoi, Republik Sosialis Viet Nam.
Juga
hadir di majlis-majlis mengadap tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Luar
Negeri II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Erywan bin Pehin
Datu Pekerma Jaya Haji Mohd. Yusof; dan Setiausaha Tetap, Kementerian
Hal Ehwal Luar Negeri, Dato Paduka Awang Haji Mohd Nor bin Haji Jeludin.
Majlis-majlis tersebut berlangsung di Istana Nurul Iman.
Sumber berita Pelita BruneiSumber foto InfoFoto