Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
06.02.19 DYTM berkenan menerima mengadap

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, pagi tadi berkenan menerima mengadap Ketua-Ketua Perwakilan Negara Brunei Darussalam yang baru dilantik dan Ketua-Ketua Perwakilan Asing yang baharu ke Negara Brunei Darussalam secara berasingan.


Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah mula-mula berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Negara Qatar, Tuan Yang Terutama Awang Mohamed Bahrin bin Dato Paduka Haji Abu Bakar dan Wakil Tetap Negara Brunei Darussalam ke Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) di Jakarta, Republik Indonesia, Puan Yang Terutama Dayang Hajah Kasmalati binti Dato Seri Laila Jasa Haji Mohamad Kassim.


TYT Awang Mohamed Bahrin sebelum ini berkhidmat sebagai Pemangku Pengarah Pertubuhan-Pertubuhan Antarabangsa di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri.


Manakala, PYT Dayang Hajah Kasmalati sebelum ini berkhidmat sebagai Pemangku Pengarah Pentadbiran di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri.


Ketua-Ketua Perwakilan Negara Brunei Darussalam yang baru dilantik tersebut telah menerima Surat-Surat Watikah Pelantikan daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 4 Februari 2019.


Duli Yang Teramat Mulia seterusnya berkenan menerima mengadap secara berasingan Ketua-Ketua Perwakilan Asing yang baharu ke Negara Brunei Darussalam.


DYTM mula-mula berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Kuwait ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Salah Mubarak Musleh Al-Mutairi. TYT Salah Mubarak Musleh Al-Mutairi sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Duta Besar Negara Kuwait yang tidak menetap ke Republik Paraguay.


Kemudian, DYTM  berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Rakyat China ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Yu Hong.  PYT Yu Hong sebelum ini berkhidmat sebagai Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Rakyat China ke Republik Demokratik Persekutuan Nepal.


Seterusnya DYTM berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kingdom of Thailand ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Wanthanee Viputwongsakul. PYT Wanthanee Viputwongsakul sebelum ini bertugas sebagai Minister di Kedutaan Diraja Thai di Hanoi, Republik Sosialis Viet Nam.


Ketua-Ketua Perwakilan Asing yang baharu ke Negara Brunei Darussalam tersebut telah menyembahkan Surat-Surat Tauliah Pelantikan ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 4 Februari 2019.


Majlis-majlis Mengadap tersebut telah berlangsung di Qashr Al-Meezan.



Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFot
Attachments