Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
17.09.19 Pertukaran lawatan kukuhkan hubungan Brunei - Kemboja



Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud  menerima kunjungan daripada Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri Kerajaan Kemboja, Yang Berhormat Oknha Datuk Dr Othsman Hassan.

Semasa kunjungan tersebut, Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Negara Brunei Darussalam dan Yang Berhormat Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri Kerajaan Kemboja telah bertukar-tukar pandangan dan berkongsi pengalaman dalam perkara yang mempunyai kepentingan bersama.

Perbincangan di antara kedua-dua menteri tersebut bertujuan untuk meningkatkan kerjasama dua hala di antara Negara Brunei Darussalam dan Kerajaan Kemboja.

Turut hadir mengiringi Yang Berhormat Oknha Datuk Dr Othsman Hassan ialah Ahli-ahli Parlimen Kemboja, Tuan Yang Terutama Dr. Sos Mousine; Puan Yang Terutama Man Navy; Tuan Yang Terutama Rofy Othsman; Secretary of State, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Kerjasama Antarabangsa, Tuan Yang Terutama Sman Manan; Secretary of State, Kementerian Pendidikan, Belia dan Sukan, Tuan Yang Terutama Nos Sles; Secretary of State, Kementerian Perdagangan, Tuan Yang Terutama Sann Saran serta Setiausaha-setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap dan Pegawai-pegawai Kanan di Jabatan Perdana Menteri negara ini.

Kunjungan tersebut berlangsung di bangunan Jabatan Perdana Menteri.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto


Attachments