Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
14.04.20 Perpaduan ASEAN perlu, hadapi COVID-19



Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini berkenan menyertai Persidangan-persidangan Video bagi Sidang Kemuncak Khas ASEAN; dan Sidang Kemuncak Khas ASEAN Plus Three mengenai wabak COVID-19 bersama dengan para pemimpin ASEAN dan Negara-negara Rakan Dialog Republik Rakyat China, Jepun dan Republik Korea.

Kedua-dua Persidangan Video Khas ini berlangsung di Baitul Mesyuarah, Istana Nurul Iman.

Sidang Kemuncak Khas ASEAN yang berlangsung pada sebelah pagi dimulakan dengan ucapan pembukaan daripada Perdana Menteri Republik Sosialis Viet Nam, Tuan Yang Terutama Nguyen Xuan Phuc selaku Pengerusi ASEAN bagi tahun 2020.

Pada Sidang Kemuncak Khas ini, Kebawah Duli Yang Maha Mulia bertitah bahawa perpaduan ASEAN kini lebih diperlukan dalam menghadapi cabaran baharu yang dibawa oleh COVID-19 dan saling melengkapi usaha masing-masing, serta berkongsi maklumat, pengalaman dan langkah yang diambil adalah penting untuk memperkukuhkan lagi kerjasama ASEAN dalam mengawal penularan pandemik di rantau ini.

Juga tidak kurang pentingnya, titah baginda, ialah pengurusan maklumat awam untuk mengelakkan panik dan mengatasi berita palsu.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto


Attachments