Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
22.06.20 Kebawah DYMM berkenan menerima mengadap


BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 22 Jun. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap secara berasingan Ketua-ketua Perwakilan Asing yang akan menamatkan perkhidmatan.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia mula-mula berkenan menerima mengadap Pesuruhjaya Tinggi British ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Richard Lindsay. Tuan Yang Terutama telah menyembahkan Surat Tauliah Pelantikan ke hadapan majlis Kebawah DYMM pada 10 Ogos 2017.

Turut hadir ialah Timbalan Pesuruhjaya Tinggi British ke Negara Brunei Darussalam, Ms. Natalie Gowers-Barnes dan Penasihat Pertahanan United Kingdom ke Negara Brunei Darussalam, Group Captain Graeme Davis.

Baginda seterusnya berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Persekutuan Jerman ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Peter Hermann Wolff. Tuan Yang Terutama telah menyembahkan Surat Tauliah Pelantikan ke hadapan majlis Kebawah DYMM juga pada 10 Ogos 2017.

Baginda kemudiannya berkenan menerima mengadap Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Nicola Rosenblum. Puan Yang Terutama telah menyembahkan Surat Tauliah Pelantikan ke hadapan majlis Kebawah DYMM pada 25 Oktober 2016.

Menyertai bersama PYT ialah Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Negara Brunei Darussalam, Puan Chintana Vongsapeuth.

Majlis Mengadap tersebut berlangsung di Istana Nurul Iman.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto


Attachments