Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
09.09.20 Berkenan menerima mengadap
hm_090920.jpg

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap Ahli Majlis Negara dan Menteri Pertahanan Republik Rakyat China, Tuan Yang Terutama Jeneral Wei Fenghe.

Menyertai bersama Tuan Yang Terutama Jeneral Wei Fenghe ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Rakyat China di Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Yu Hong; Deputy Commander of the Southern Theater Command, Leftenan Jeneral (Air Force) Jia Zhigang; Deputy Chief of the Office for International Military Cooperation of Central Military Commission (OIMC), Mejar Jeneral Song Yanchao; Director General of Research Bureau of General Office of Central Military Commission, Mejar Jeneral Liu Yantong dan Staff of Asian Affairs Bureau, OIMC, Kolonel Jiang Bin.

Turut hadir ialah Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof ; Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd. Yusof dan Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat.

Kerjasama pertahanan dan ketenteraan di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Rakyat China telah dimeteraikan melalui penandatanganan Memorandum Persefahaman Mengenai Pertukaran Ketenteraan (Military Exchanges) pada 12 September 2003 dan diperkukuhkan lagi melalui penandatanganan Memorandum Persefahaman Mengenai Memperkukuh Kerjasama Pertahanan pada 13 September 2017 sewaktu Keberangkatan Negara Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke Republik Rakyat China.

Kedua-dua belah pihak juga mempunyai hubungan pertahanan yang mesra, di mana Negara Brunei Darussalam baru-baru ini telah menerima dana sumbangan berbentuk peralatan perubatan dari Republik Rakyat China dalam usaha untuk memerangi wabak COVID-19 pada bulan Mei 2020.

Hubungan pertahanan dua hala ini juga merangkumi pelbagai interaksi termasuk pertukaran lawatan, lawatan muhibah kapal tentera, latihan dan kursus serta saling bekerjasama di peringkat pelbagai hala di bawah rangka kerja ASEAN Defence Ministers' Meeting-Plus (ADMM-Plus).

Majlis Mengadap berlangsung di Istana Nurul Iman. 

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto

Attachments