Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
10.09.20 Berkenan kurniakan Watikah, terima Surat Tauliah Pelantikan
01.jpg

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, petang tadi berkenan mengurniakan Surat Watikah Pelantikan kepada Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam yang baharu dan menerima Surat-surat Tauliah Pelantikan daripada Ketua-ketua Perwakilan ke Negara Brunei Darussalam yang baru dilantik.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mula-mula berkenan mengurniakan Surat Watikah Pelantikan kepada Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Dato Paduka Haji Sidek bin Ali.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia seterusnya berkenan menerima Surat-surat Tauliah Pelantikan daripada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Persekutuan Jerman ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Gerda Winkler; Pesuruhjaya Tinggi British ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama John Virgoe; dan Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Tiffany Anne McDonald.

Selepas Majlis Mengurniakan Surat Watikah Pelantikan dan Majlis Menyembahkan Surat-surat Tauliah Pelantikan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima mengadap Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Republik Singapura. Baginda juga menerima mengadap Ketua-ketua Perwakilan Asing ke Negara Brunei Darussalam yang baharu secara berasingan.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia mula-mula berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Persekutuan Jerman ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Gerda Winkler. Turut hadir ialah Timbalan Duta Besar Republik Persekutuan Jerman di Negara Brunei Darussalam, Mr. Thomas Heilmaier.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia seterusnya berkenan menerima mengadap Pesuruhjaya Tinggi British ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama John Virgoe. Menyertai bersama Tuan Yang Terutama ialah Timbalan Pesuruhjaya Tinggi British ke Negara Brunei Darussalam, Ms. Natalie Gowers-Barnes.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia kemudiannya berkenan menerima mengadap Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Tiffany Anne McDonald. Turut hadir ialah Assistant Defence Adviser,Suruhanjaya Tinggi Australia di Negara Brunei Darussalam, Leftenan Kolonel Daniel Hauser.

Turut hadir pada Majlis tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd. Yusof; Setiausaha Sulit dan Laila Rahsia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Shahbandar Dato Seri Setia Haji Awang Mohd. Nawawi bin Allahyarham Pehin Orang Kaya Shahbandar Haji Awang Mohd. Taha; Grand Chamberlain, Yang Amat Mulia Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana Pengiran Haji Alauddin bin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Haji Abu Bakar; dan Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Dato Paduka Awang Haji Mohd. Nor bin Haji Jeludin.

Majlis-majlis tersebut berlangsung di Istana Nurul Iman.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto


Attachments