Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
05.10.20 Bercemar duli tinjau perkembangan JIPK, Jabatan Buruh

hm_0510201.jpg

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat mengadakan Lawatan Tidak Berjadual ke Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) dan Jabatan Buruh, di sini.

Semasa keberangkatan lawatan berkenaan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan meninjau dengan lebih dekat beberapa bahagian dan unit di bawah kedua-dua jabatan berkenaan.

Mula-mula, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan berangkat mengadakan lawatan ke JIPK.

Keberangkatan Kebawah DYMM dijunjung oleh Setiausaha Tetap (Keselamatan, Kesejahteraan dan Undang-Undang), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Awang Md. Amir Hairil bin Haji Mahmud dan Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap, KHEDN, Awang Haji Azmi bin Haji Hafneh.

Dalam lawatan tersebut, antara bahagian-bahagian yang dilawati baginda ialah Bahagian Kad Pengenalan Pintar; Bahagian Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat; dan Bahagian Visa, Pas Lawatan dan Diplomatik.

Baginda seterusnya berangkat mengadakan lawatan ke Bahagian Pas Pekerja Asing dan Bahagian Permit Masuk dan turut menjadi tumpuan baginda ialah Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang.

Dari JIPK, baginda meneruskan keberangkatan lawatan ke Jabatan Buruh.

Menjunjung keberangkatan baginda ke jabatan tersebut ialah Pemangku Pesuruhjaya Buruh, Awang Muhammad Saufi bin Awang Haji Ibrahim.

Antara bahagian yang dilawati baginda ialah Bahagian Piawaian Perburuhan dan Agensi Pekerjaan.

Baginda meneruskan keberangkatan dengan melawat Bahagian Keselamatan dan Kesihatan Tempat Kerja dan Bahagian Pekerja Asing.

Turut menjadi perhatian lawatan baginda ialah di Bahagian Teknologi Maklumat, Bahagian Pendakwaan dan Perundangan, dan juga Bahagian Pentadbiran dan Kewangan.

Sebelum mengakhiri lawatan, baginda berkenan mengurniakan titah.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto


Attachments