Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
18.02.21 Hari Puja Usia DPMM diraikan
dpmm180221.jpg

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman berkenan berangkat ke Majlis Santap Petang sempena Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Ke-47 Tahun yang dianjurkan oleh Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB).

Berangkat sama pada majlis yang berlangsung di Dewan Bankuet, Kompleks Ibu Pejabat Polis, Gadong ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi'atul 'Adawiyyah binti Pengiran Haji Bolkiah.

Turut berangkat, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna binti Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri juga selaku Komandan Polis Wanita dan Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar.

Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri berserta kerabat diraja dijunjung oleh Pesuruhjaya Polis PPDB, Dato Paduka Seri Awang Haji Mohammad Irwan bin Haji Hambali serta Pengiran Datin dan Timbalan Pesuruhjaya Polis PPDB, Pengiran Dato Seri Pahlawan Haji Mohammad Jefri bin Pengiran Haji Abdul Hamid dan Datin.

Pada majlis berkenaan, Duli Yang Teramat Mulia berkenan untuk menandatangani Lembaran Kenangan Keberangkatan dan disusuli dengan sesi bergambar ramai. Sambutan Hari Puja Usia DYTM turut dimeriahkan dengan Majlis Memotong Kek yang diiringi dengan nyanyian Puja Usia yang disampaikan oleh pasukan koir terdiri daripada pegawai-pegawai PPDB.

DYTM seterusnya berkenan menerima pesambah yang disembahkan oleh Pesuruhjaya Polis PPDB. DYTM serta kerabat diraja kemudiannya dijunjung ke pentas bankuet bagi Majlis Santap. Sebelum berangkat meninggalkan majlis, DYTM seterusnya disembahkenalkan dengan para Pegawai-pegawai Peralihan Inspektor Skuad 1 dan 2 yang telah dinaikkan pangkat daripada anggota pangkat rendah serta Pegawai-pegawai Inspektor Percubaan.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Menteri di JPM, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud; Menteri di JPM dan Menteri Kewangan dan Ekonomi ll, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah dan Setiausaha Tetap (Keselamatan, Penguatkuasaan dan Undang-Undang) di JPM, Leftenan Kolonel (B) Pengiran Haji Muhamad Sazali bin Pengiran Haji Yakob.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto

Attachments