Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
22.04.21 JPM teruskan Majlis Bertadarus raih keberkatan Ramadan
dm_220421.jpg

Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan jabatan-jabatan di bawahnya, hari ini, meneruskan Majlis Bertadarus sempena Bulan Ramadan bagi Tahun 1442 Hijrah / 2021 Masihi, bertempat di Masjid Kampung Belimbing, Subok. 

Majlis tersebut dikelolakan bersama oleh Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat dan Pejabat Peguam Negara. 

Hadir pada majlis tersebut selaku tetamu kehormat, Menteri di JPM, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud. 

Turut hadir, Peguam Negara, Yang Berhormat Awang Haji Ahmad bin Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Di-Raja Dato Laila Utama Haji Awang Isa; Setiausaha-setiausaha Tetap; Timbalan Setiausaha Tetap; Ketua-ketua Jabatan; Pegawai-pegawai juga Kakitangan JPM dan jabatan-jabatan di bawahnya. 

Majlis dimulakan dengan pemberian sumbangan wakaf berupa dua buah 'dispersion speaker' dan sebuah komputer riba, disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri di JPM kepada Imam Masjid Kampung Belimbing, Subok, Pengiran Mohammad Akhbar @ Pengiran Mohammad Idrus bin Pengiran Haji Mohd. Sabri. 

Majlis diteruskan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diketuai oleh Yang Berhormat Menteri di JPM, seterusnya bacaan Al-Quran Surah Al-Mulk hingga Surah Al-Musalat oleh Pegawai-pegawai di JPM. 

Majlis disudahi dengan Sembahyang Fardu Asar Berjemaah. 

Acara ini akan diteruskan dengan Majlis Khatam Al-Quran, yang akan diadakan pada Sabtu, 11 Ramadan 1442 Hijrah bersamaan 24 April 2021, bertempat di Masjid Ash-Shaliheen.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto

Attachments