Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
17.07.21 JPM adakan Majlis Kesyukuran sempena Hari Keputeraan
dm_170721.jpg

Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan jabatan-jabatan di bawahnya petang tadi mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-75 bagi Tahun 2021, bertempat di Masjid Ash-Shaliheen, Kompleks Bangunan JPM, di sini.

Hadir pada majlis tersebut, Menteri di JPM, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud.

Turut hadir pada majlis tersebut, Jemputan-jemputan Khas; Setiausaha-setiausaha Tetap; Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap; Ketua-ketua Jabatan serta pegawai dan kakitangan JPM dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yaa Siin beramai-ramai yang dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid Ash-Shaliheen, Awang Haji Md. Izzat Izzuddin bin Begawan Pehin Khatib Datu Paduka Haji Emran.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan bacaan Doa Kesyukuran dan diakhiri dengan Sembahyang Fardu Asar Berjemaah.

Majlis tersebut diadakan adalah sebagai menzahirkan tanda kesyukuran di atas kepimpinan bijaksana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan seterusnya merafakkan doa ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala semoga baginda dilanjutkan usia, sihat walafiat dan kekal karar memerintah Negara Brunei Darussalam berlandaskan iman dan panduan daripada Allah Subhanahu Wata’ala jua.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto

Attachments