Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
19.07.21 DPMM FC kekalkan rekod tanpa kalah

dpmm_190721.jpg

Pasukan DPMM FC terus mengekalkan rekod tanpa kalah setelah menewaskan pasukan Indera SC dengan jaringan 2 - 0, pada siri perlawanan Liga Super Brunei 2021, yang berlangsung di Jerudong Park Mini Stadium, di sini.

Berkenan berangkat menyaksikan perlawanan tersebut, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman.

Berangkat sama menyaksikan perlawanan, paduka-paduka adinda Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik; dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen.

Turut berangkat, anakanda-anakanda DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah serta kerabat diraja yang lain.

Pada separuh masa pertama perlawanan, Andrei Varankou berjaya membuka tirai jaringan dengan menggegarkan pintu gawang Indera SC melalui sepakan penalti yang disempurnakan dengan baik pada minit ke-13 untuk mendahului 1 - 0.

Indera SC dalam pada itu terus berusaha untuk sekurang-kurangnya menyamakan kedudukan dan terus memberikan saingan yang sengit pada perlawanan tersebut, walaupun kubu pertahanan mereka diasak bertali arus oleh DPMM FC.

Namun, nasib belum menyebelahi Indera SC apabila kedudukan 1 – 0 kekal hingga wisel separuh masa pertama dibunyikan.

Memasuki separuh masa kedua perlawanan, asakan demi asakan yang dibuat oleh DPMM FC akhirnya membuahkan hasil apabila Hanif Farhan berjaya menjaringkan gol kedua buat DPMM FC pada minit ke-59.

Kedudukan 2 - 0 berkenaan kekal hingga wisel ditiupkan oleh pengadil perlawanan dan memberikan kemenangan mutlak buat DPMM FC dan membolehkan DPMM FC membawa pulang tiga mata penuh dari perlawanan tersebut.

Sementara itu, pada perlawanan Liga Super Brunei 2021 yang berlangsung berasingan menyaksikan Setia Perdana tewas kepada Panchor Murai FC dengan jaringan 1 - 2; Kota Ranger FC menang ke atas KB FC dengan jaringan 5 - 0; Bakes FC menewaskan Jerudong FC, 2 - 1; MS PPDB menang tipis ke atas IKLS-MB5 FC, 1 - 0; dan Rimba Star FC tewas kepada Wijaya FC dengan jaringan 1 - 7. Manakala BSRC FC dan MS ABDB terikat seri dengan jaringan 1 - 1.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto

Attachments