Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
11.10.21 Berkenan kurniakan Surat Watikah Pelantikan, menerima Surat Tauliah Pelantikan

hm_111021.jpg

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, petang tadi berkenan mengurniakan Surat-surat Watikah Pelantikan kepada Ketua-ketua Perwakilan Negara Brunei Darussalam yang baru dilantik dan menerima Surat-surat Tauliah Pelantikan daripada Ketua-ketua Perwakilan Asing ke Negara Brunei Darussalam yang baharu. 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mula-mula berkenan mengurniakan Surat-surat Watikah Pelantikan kepada Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Brigedier Jeneral (B) Dato Paduka Awang Haji Mahmud bin Haji Saidin @ Haji Md. Saidin; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Republik Islam Iran, Tuan Yang Terutama Awang Haji Ismail bin Haji Abdul Manap; dan Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Republik Islam Pakistan, Tuan Yang Terutama Pengiran Abdul Samad bin Pengiran Haji Metassan. 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia seterusnya berkenan menerima Surat-surat Tauliah Pelantikan daripada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Turki ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Hamit Ersoy; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Korea ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Kim Soung-eun; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Demokratik Timor-Leste ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Abel Guterres; dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Dato’ Raja Reza bin Raja Zaib Shah.

Selepas majlis-majlis tersebut, Kebawah DYMM berkenan menerima mengadap Ketua-ketua Perwakilan Negara Brunei Darussalam yang baru dilantik dan Ketua-ketua Perwakilan Asing ke Negara Brunei Darussalam yang baharu. 

Turut hadir pada majlis-majlis tersebut, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd. Yusof; Setiausaha Sulit dan Laila Rahsia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Shahbandar Dato Seri Setia Haji Awang Mohd. Nawawi bin Allahyarham Pehin Orang Kaya Shahbandar Haji Awang Mohd. Taha; dan Grand Chamberlain, Yang Amat Mulia Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana Pengiran Haji Alauddin bin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Haji Abu Bakar. 

Majlis-majlis mengadap tersebut berlangsung di Istana Nurul Iman. 

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto


Attachments