Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
31.05.17 Berangkat ke Majlis Doa Kesyukuran HUT ABDB Ke-56


Tanggal 31 Mei merupakan detik penting bagi penubuhan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan kini menjangkau usianya ke-56 tahun dengan suasana yang penuh berkah yang secara kebetulan jatuh dalam bulan Ramadan Al-Mubarak pada tahun ini.

Berangkat ke Majlis Kesyukuran berlangsung di Surau Ad-Difa', Kementerian Pertahanan di sini ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Jeneral Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Jeneral ABDB.

Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia dijunjung oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Laksamana Pertama (Bersara) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit dan Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah.

Turut hadir, Setiausaha Tetap di Kementerian Pertahanan, Kapten (Bersara) Abd. Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, TLDB, Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera, Timbalan Setiausaha-Setiausaha Tetap dan Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Pertahanan dan ABDB.

Majlis diimarahkan dengan bacaan ayat suci Al-Quran oleh 18831 Kpl (U) Musa bin Haji Sahat yang merupakan johan qari Tilawah Al-Quran tiga tahun berturut-turut sempena Sambutan Hari Ulang Tahun ABDB Ke-53, 54 dan 55.

Sementara Sembahyang Fardu Zuhur diimamkan oleh Zulfadhli bin Haji Awang, manakala bacaan Surah Yaa Siin, Tahlil dan Doa Kesyukuran pula dipimpin oleh Awang Shuib bin Abdullah.

Sebelum berangkat meninggalkan majlis, Duli Yang Teramat Mulia seterusnya berkenan menerima junjung ziarah daripada para jemaah yang hadir, diikuti dengan menandatangani lembaran keberangkatan serta sesi bergambar ramai.

Tema Sambutan HUT ABDB Ke-56 kali ini ialah 'Bersama Menjayakan Wawasan Negara'.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto
Attachments