Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
12.06.17 Perutusan tahniah kepada Presiden Republik Filipina

​

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik Filipina, Tuan Yang Terutama Rodrigo Roa Duterte, kerajaan dan rakyat Republik Filipina sempena Ulang Tahun Hari Kemerdekaan Republik Filipina Yang Ke-119.

Dalam titah perutusan tersebut, Kebawah DYMM amat menghargai persahabatan yang sekian lama wujud di antara Negara Brunei Darussalam dengan Republik Filipina dan berasa gembira dengan kemajuan baik yang telah dicapai dalam bidang pertukaran di antara rakyat kedua-dua buah negara dan peningkatan aktiviti dua hala di dalam bidang perdagangan dan pelaburan.

Baginda seterusnya berharap akan dapat meneruskan kerja bersama Tuan Yang Terutama bagi meningkatkan hubungan dua hala dan juga sebagai rakan kongsi yang rapat dalam ASEAN dan BIMP-EAGA.

Pada mengakhiri titah perutusan tersebut, Kebawah DYMM menyampaikan salam kepada Tuan Yang Terutama dan juga bagi kemajuan serta kemakmuran rakyat dan Republik Filipina yang berterusan.


Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto

Attachments