Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
13.06.17 Kebawah DYMM berkenan hantar perutusan tahniah

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar perutusan tahniah kepada Puan Yang Terutama The Rt. Hon. Theresa May, MP, berikutan dengan pelantikannya semula sebagai Perdana Menteri United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland baru-baru ini.

Di dalam titah perutusan tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berharap untuk bekerja bersama dengan Puan Yang Terutama dalam memperkukuhkan kerjasama yang amat bernilai dan persahabatan akrab yang telah sekian lama terjalin di antara kedua-dua buah negara dan rakyat masing-masing.

Pada mengakhiri titah perutusan berkenaan, baginda menyampaikan salam muhibah kepada Puan Yang Terutama.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto
Attachments