Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
07.08.17 ASEAN mesti terus membina perpaduan serantau



Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah, dalam Menyambut Hari ASEAN pada tahun ini, kita memperingati keputusan yang dibuat 50 tahun yang lalu dalam mengukuhkan ikatan perpaduan dan kerjasama serantau dengan menubuhkan Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara sebagai tindakan bersama untuk menggalakkan kerjasama serantau.

Selama bertahun-tahun, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam secara peribadi menyaksikan sumbangan penting ASEAN terhadap keamanan, kemajuan dan kemakmuran di rantau kita, yang mana ASEAN telah menjadi platform untuk kerjasama dan interaksi antara kerajaan dan rakyat di rantau ini serta rantau kita dengan melibatkan diri dengan dunia yang lebih luas.

Dalam titah perutusan sempena Hari ASEAN 2017, Kebawah Duli Yang Maha Mulia seterusnya menjelaskan, pada tahun 1967, orang ramai telah membayangkan evolusi ASEAN dari persatuan negara ke komuniti. ASEAN, pada hari ini sinonim dengan Asia Tenggara dan saling berkaitan dengan rantau kita sekarang serta janji masa depan.

Seperti yang kita lihat pada masa akan datang, baginda percaya bahawa penting bagi ASEAN untuk memenuhi matlamatnya untuk menjadi komuniti berorientasikan rakyat dan berpusatkan masyarakat dan membawa faedah ketara kepada mereka. Untuk membantu mencapai matlamat ini, kita mesti terus membina perpaduan serantau dan berusaha mewujudkan komuniti yang bersatu padu, bersepadu dan bertanggungjawab.

Dalam dunia yang semakin saling bergantung, juga penting bagi ASEAN untuk terus menjadi rakan yang boleh dipercayai dengan memperkukuhkan kerjasama dengan banyak jiran dan rakan kongsi kita.

Dalam hal ini, kami mengucapkan tahniah kepada Filipina kerana mempengerusikan ASEAN sepanjang tahun yang penting ini, dan menyatakan sokongan kami kepada tema ‘Perkongsian Untuk Perubahan, Melibatkan Dunia’ (Partnering for Change, Engaging the World).

Baginda berharap kepada semua penduduk di ASEAN akan bergembira dengan Hari ASEAN dan baginda mengucapkan tahniah kepada awda semua sempena Ulang Tahun Ke-50 Persatuan kita.

Sumber berita Pelita Brunei

Attachments