Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
12.09.17 Berangkat ke Beijing bagi Keberangkatan Negara



Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam  berkenan berangkat ke Beijing, Republik Rakyat China bagi Keberangkatan Negara.

Berangkat mengiringi Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Mateen.

Sebelum berangkat meninggalkan hotel persemayaman Baginda di Nanning, Doa Selamat dibacakan oleh, Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

Sebelum berangkat menaiki Pesawat Diraja, Kebawah DYMM disembahkan dengan persembahan kebudayaan daripada para penuntut tempatan.

Berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Nanning Wuxu bagi menyembahkan selamat berangkat ke hadapan majlis Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Vice Chairman of Guangxi Zhuang Autonomous Region People's Political Consultative Conference, Puan Yang Terutama Mo Changying; dan Naib Datuk Bandar Beihai, Tuan Yang Terutama Huang Jiang.

Turut hadir bagi menyembahkan selamat berangkat ke hadapan majlis Kebawah DYMM ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof dan Timbalan Menteri Kewangan (Pelaburan),Dato Seri Paduka Dr. Awang Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto

Attachments