Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
12.09.17 Keberangkatan tiba di Beijing, Republik Rakyat China



Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam selamat berangkat tiba di Beijing, Republik Rakyat China bagi Keberangkatan Negara.

Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing Capital dijunjung oleh Penolong Menteri Hal Ehwal Luar Negeri, Republik Rakyat China, Tuan Yang Terutama Chen Xiaodong.

Turut sama menjunjung keberangkatan tiba Kebawah DYMM ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Republik Rakyat China, Puan Yang Terutama Datin Paduka Magdalene Teo Chee Siong.

Sejurus keberangkatan tiba, Kebawah DYMM disembahkan dengan sejambak bunga.

Kebawah DYMM seterusnya berangkat melintasi Kawalan Statik yang dianggotai oleh tentera People’s Liberation Army dan kemudiannya dijunjung menaiki kenderaan khas menuju ke sebuah hotel terkemuka di Beijing, tempat persemayaman baginda di sepanjang Keberangkatan Negara.

Hubungan diplomatik antara Negara Brunei Darussalam dan China mula terjalin sejak 30 September 1991.

Kedua-dua buah negara telah menikmati kerjasama yang semakin meluas dalam pelbagai bidang seperti perdagangan dan pelaburan, tenaga, pertanian, pertahanan, ICT, budaya, perkhidmatan udara, pelancongan, kesihatan dan pendidikan.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto

Attachments