Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
25.11.17 Kebawah DYMM berkenan menerima mengadap

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap Prosecutor General of the Supreme People's Procuratorate Republik Rakyat China, Tuan Yang Terutama Profesor Cao Jianming, yang sedang berada dalam lawatan kerja selama tiga hari bermula dari 24 hingga 26 November 2017.


Mengiringi Tuan Yang Terutama Profesor Cao Jianming ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Rakyat China ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Yang Jian dan Director General of the International Cooperation Bureau of the Supreme People's Procuratorate of China, Mr. Guo Xiangwang.


Turut hadir pada Majlis Mengadap tersebut ialah Peguam Negara, Yang Berhormat Datin Seri Paduka Hajah Hayati binti Pehin Orang Kaya Shahbandar Dato Seri Paduka Haji Mohd. Salleh; Setiausaha Tetap di Jabatan Perdana Menteri, Datin Dayang Hajah Elinda binti Haji CA Mohammad; Pemangku Peguamcara Negara, Awang Haji Abdullah Soefri bin Pehin Orang Kaya Saiful Muluk Dato Seri Paduka Haji Awang Abidin dan Penolong Peguamcara Negara, Dayang Hajah Nor Hashimah binti Haji Mohd. Taib.


Pada Majlis Mengadap tersebut, kedua belah pihak mengakui hubungan lama dan kerjasama erat undang-undang melalui mekanisme yang sedia ada termasuk China - ASEAN Prosecutor General Conference (CAPGC).


Majlis Mengadap tersebut berlangsung di Istana Nurul Iman.



Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto

Attachments