Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
06.01.18 619 Pelatih kohort pertama PPK mula bekerja

Seramai 619 pelatih dari kohort pertama lulus mengikuti pelbagai program di Pusat Pembangunan Kapasiti (PPK) pada bulan Disember 2017.

PPK kohort pertama dijalankan dalam dua kumpulan, iaitu Kumpulan 'A' terdiri daripada 308 pelatih yang melapor bekerja pada 2 Januari 2018 lalu, sementara 311 pelatih dari Kumpulan 'B' pula melapor hari ini.

Kedua-dua kumpulan pelatih berkenaan akan mula bekerja di bawah projek Hengyi di Pulau Muara Besar (PMB) dengan usaha sama syarikat-syarikat tempatan.

Hadir bersama pada pelepasan para pelatih di Feri Terminal Serasa ialah Pemangku Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Mohd. Roselan bin Haji Mohd. Daud.

Objektif PPK adalah untuk mengurangkan kadar pengangguran di negara ini dan membina negara dengan tenaga kerja yang cekap, di samping menambah kemahiran pencari kerja tempatan berdasarkan program latihan yang ditawarkan dengan keperluan industri selama tempoh dua hingga enam bulan.

Standard kurikulum adalah 20 peratus teori dan 80 peratus lagi latihan praktikal yang disampaikan oleh tenaga pengajar industri berpengalaman dari organisasi latihan berdaftar (RTOs).

Program yang ditawarkan semasa kohort pertama, yang bermula dari bulan September hingga awal Disember 2017 lalu ialah mason atau tukang plester, tukang kayu, perencah (scaffolder), pekerja keluli, penanda / pelekap penanda, pelukis blaster, pemandu kenderaan berat dan penebat.

Selain mempelajari asas-asas dalam bidang kesihatan, keselamatan dan alam sekitar (HSE) para pelatih juga diberikan pendedahan dalam ceramah motivasi serta keusahawanan oleh pakar-pakar dalam Melayu Islam Beraja (MIB) juga mata pelajaran agama.

PPK akan menawarkan lebih banyak kursus lagi bagi memenuhi keperluan tenaga kerja industri lain pada masa akan datang dan program baharu yang ditawarkan seperti mekanikal 'fitter', mekanik elektrik dan instrumen pada Januari 2018 ini selain program lain seperti pengendali kilang penapisan; pengeluaran dan jahit.

Pengambilan kedua PPK bermula pada 8 Januari dengan jumlah 852 pelatih mendaftar dan penambahbaikan berterusan terus dimasukkan dalam pengambilan kedua ini berdasarkan pembelajaran dan maklum balas dari pengambilan pertama.


Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto

Attachments