Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
18.01.18 Loji Mini beri kemudahan pembelajaran IBTE

Bagi keselesaan dan kemudahan pembelajaran yang autentik, Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) mengadakan Majlis Pelancaran Rasmi Loji Mini bertempat di IBTE Kampus Jefri Bolkiah, Kuala Belait, di sini.

Hadir selaku tetamu kehormat merasmikan ialah Setiausaha Tetap (Tenaga Manusia dan SHENA), Jabatan Perdana Menteri (JPM), Awang Haji Kamaludin bin Haji Bungsu.

Beliau dalam ucapannya antara lain menjelaskan, projek tersebut bermula pada bulan Jun 2015 lalu di bawah Rangka Kerja Kecekapan Industri Tenaga (EICF) yang diadakan dengan kerjasama di antara IBTE, Jabatan Tenaga dan Perindustrian, JPM (EIDPMO) dengan syarikat-syarikat pembekal serta perkhidmatan dalam industri minyak dan gas. 

Menurutnya, EICF yang pertama kali dilancarkan pada bulan Julai 2013 itu dengan tujuan untuk membantu mengurangkan bahkan menghapuskan masalah ketidakpadanan kemahiran dengan penjajaran kursus mengikut keperluan industri.

"Loji Mini tersebut adalah untuk menjadikan pelajar lebih kompeten dan boleh bekerja dengan majikan dalam Industri Tenaga, ini juga selaras dengan Wawasan Negara 2035," tambah beliau lagi.

Majlis juga diteruskan dengan penyampaian sijil kepada para penaja yang disempurnakan oleh tetamu kehormat dan kemudian diikuti dengan lawatan ke Loji Mini IBTE.

Turut hadir ialah Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap dari Kementerian Pendidikan dan EIDPMO; Ketua Pegawai Eksekutif IBTE, Dr. Chin Wei Keh; Pegawai-pegawai Kanan dari Kementerian Pendidikan dan EIDPMO serta wakil dari syarikat pengendali serta perkhidmatan dalam industri minyak dan gas. Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Christian Ramage.


Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto


Attachments