tsut_tuty.png

DAYANG HAJAH TUTIATY BINTI HAJI ABDUL WAHAB

TIMBALAN SETIAUSAHA TETAP


PENGURUSAN, KOPERASI DAN PERINDUSTRIAN

Dayang Hajah Tutiaty binti Haji Abdul Wahab telah dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Tetap (IT, E-Kerajaan dan Industri) di Jabatan Perdana Menteri pada 3 Mac 2017. Beliau sebelum ini merupakan Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan, Brunei Darussalam sejak Mac 2014.

Sejak menyertai perkhidmatan Kerajaan pada tahun 1995, beliau telah memegang pelbagai jawatan di Kementerian Kewangan, bertanggungjawab merumus Pelan Pembangunan Negara Brunei Darussalam, di Jabatan Perdana Menteri dan di Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama di bawah Seksyen Promosi dan Pelancongan.

Dayang Hajah Tutiaty binti Haji Abdul Wahab mempunyai ijazah Sarjana Muda Sastera dalam Dasar Awam dan Pengurusan dari Universiti Brunei Darussalam dan telah dianugerahkan tiga anugerah (
P.I.K.B, P.S.B dan S.M.B) pada tahun 2007, 2011 dan 2016. Beliau telah berkahwin dan dikurniakan dengan  4 orang anak.