YANG BERHORMAT PEHIN ORANG KAYA LAILA SETIA BAKTI DIRAJA DATO LAILA UTAMA HAJI AWANG ISA
BIN PEHIN DATU PERDANA MANTERI DATO LAILA UTAMA HAJI AWANG IBRAHIM


PENASIHAT KHAS KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA DAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI


Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Isa bin Pehin Datu Perdana Manteri Dato Laila Utama Haji Ibrahim telah dikurniakan lantikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sebagai Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 30 Januari 2018.

Dilahirkan di Negara Brunei Darussalam pada tahun 1935, Yang Berhormat Pehin telah berkahwin dengan Yang Dimuliakan Seri Laila Pengiring Diraja Datin Seri Utama Dayang Hajah Rosnah binti Abdullah, dan dianugerahkan lima orang anak iaitu dua orang anak lelaki dan tiga orang anak perempuan.


Kelayakan dan Pelantikan

  • Julai 1961 :  Ijazah Kepujian (Undang-Undang), University of Southampton, England
  • Februari 1962 : Barrister-at-Law, Middle Temple, London
  • Mac 1962 : Mula berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penolong Peguam dan Timbalan Pendakwa Raya di Jabatan Undang-undang
  • April – Disember 1962 : Penempatan di  Jabatan Peguam Negara di Kuala Lumpur sebagai Timbalan Pendakwa Raya, Persekutuan Tanah Melayu
  • Februari 1963 : Setiausaha kepada delegasi Brunei pada rundingan menyertai Malaysia
  • September 1965 : Dilantik sebagai Penolong Peguam Negara
  • Januari 1968 : Dilantik sebagai Timbalan Peguam Negara; juga memangku jawatan Peguam Negara ketika ketiadaan Peguam Negara
  • Oktober 1970 : Dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar
  • Oktober 1971 : Dilantik sebagai Penasihat Umum Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam
  • Oktober 1986 - 24 Mei 2005 : Dilantik sebagai Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri
  • Julai 1995 : Dianugerahkan Honorary Degree of Doctor of Laws (LLD.) oleh University of Southampton, England
  • Februari 2011 – Februari 2015 : Dilantik sebagai Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara


Bintang-bintang Kebesaran dan Pingat-Pingat Kebesaran

  • Darjah Kerabat Laila Utama Yang Amat Dihormati – (D.K.)
  • Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia, Darjah Pertama – (S.P.M.B.)
  • Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Bahagia, Darjah Kedua – (D.S.N.B.)
  • Pingat Hassanal Bolkiah Sultan, Darjah Pertama - (P.H.B.S.)
  • Pingat Bakti Laila Ikhlas (P.B.L.I.)
  • Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.)
  • Pingat Kerja Lama (P.K.L.)