AWANG ABDUL MUTALIB BIN PEHIN ORANG KAYA SERI SETIA DATO PADUKA HAJI MOHD YUSOF

SETIAUSAHA TETAP

MEDIA DAN KABINET​​​

Awang Abdul Mutalib mula dilantik sebagai Setiausaha Tetap di Bahagian Media dan Kabinet, Jabatan Perdana Menteri pada 12 November 2015. Sebelum itu, beliau pernah memegang jawatan sebagai Setiausaha Tetap, Kementerian Perhubungan, Negara Brunei Darussalam (April 2013 – November 2015); Timbalan Setiausaha Tetap di Jabatan Perdana Menteri; dan Kementerian Perhubungan (2008 – 2013); dan Pemangku Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa bagi Industri Teknologi Info-Komunikasi Brunei Darussalam (AITI) (2007). 

Awang Abdul Mutalib mempunyai kelulusan tertinggi Master of International Business (Economics & Commerce) daripada University of Melbourne, Australia (2003). Beliau juga mempunyai kelulusan BA (Hons.) Management Studies daripada Universiti Brunei Darussalam (1995). 

Beliau juga merupakan Ahli kepada Australian Institute of Management (AIMM, Aus.) mulai tahun 2003 sehingga sekarang. Awang Abdul Mutalib juga pernah mengikuti beberapa kursus pendek dibawah fellowship seperti ‘Leaders in Governance Program’ di Civil Service College, Singapore (Ogos 2013); Executive Program on ‘Economic Growth’ di Harvard Kennedy School of Government, U.S.A (Februari 2013); dan ‘21st Century Partnership Invitation Leadership Program’ di Jepun (Januari 2011). 

Sepanjang kerjaya di dalam perkhidmatan awam, beliau telah dikurniakan anugerah ‘Seri Mahkota Brunei’ (SMB) pada tahun 2011 dan menerima ‘Pingat Indah Kerja Baik’ (PIKB) pada tahun 2007. 

Awang Abdul Mutalib dan isteri beliau, Dayang Noor Ashikin binti Pehin Dato Haji Mohammad Tahir, telah dikurniakan tujuh orang anak. Beliau gemar membaca, mendengar muzik, bersenam di gimnasium, brisk walking dan bersiar-siar/beriadah bersama keluarga.