YANG MULIA AWANG MOHAMMED RIZA BIN DATO PADUKA HAJI MOHAMMED YUNOS

SETIAUSAHA TETAP

MEDIA DAN KABINET

Mohd Riza Dato Paduka Haji Mohd Yunos telah dilantik sebagai Setiausaha Tetap, Media dan Kabinet di Jabatan Perdana Menteri pada bulan Ogos 2016.

Sebelum perlantikan tersebut, beliau telah memegang jawatan sebagai Timbalan Setiausaha Tetap di Bahagian Korporat dan Pentadbiran Awam di Jabatan Perdana Menteri (Nov 2015 – Ogos 2016); Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Perhubungan (Jun 2014 – Nov 2015); dan Timbalan Setiausaha Tetap (Pembangunan Industri dan Keusahawanan) di Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama (Sep 2010 – Jun 2014).

Beliau pernah berkhidmat sebagai Pengarah di Jabatan Pengangkutan Darat dan juga dalam Perkhidmatan Pentadbiran Brunei. Beliau memulakan kerjayanya sebagai Jurutera Telekom pada tahun 1990.

Beliau telah menerima Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Elektronik daripada Brighton Polytechnic, United Kingdom pada tahun 1989. Pada tahun 1990, beliau telah memperolehi Ijazah Sarjana Sains dalam bidang Elektronik Moden dari Universiti Nottingham, United Kingdom; dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Brunei Darussalam pada tahun 2005.