Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksEkonomi dan Kewangan

LATAR BELAKANG

Bahagian ini sebelumnya dikenali sebagai Bahagian Perancangan dan Perkembangan Ekonomi dan Kewangan, dan berperanan untuk memantau isu-isu berkaitan dengan perancangan dan kemajuan ekonomi dan kewangan bagi Negara Brunei Darussalam.

Pada tahun 2012, nama bahagian bertukar kepada Bahagian Antarabangsa, Perancangan dan Perkembangan Ekonomi dan Kewangan (PE) iaitu gabungan daripada Bahagian Perancangan dan Perkembangan Ekonomi dan Kewangan; bersama Bahagian Antarabangsa daripada Bahagian Antarabangsa, Media dan Kabinet.

Pada tahun 2015, dengan Rombakan Keahlian Menteri-Menteri Kabinet, fungsi Bahagian Antarabangsa telah diambil-alih oleh Kementerian Hal-Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan. Bahagian ini kini dikenali sebagai Bahagian Ekonomi dan Kewangan (EK) yang berperanan untuk memantau dan menyelaras inisiatif-inisiatif pembangunan ekonomi bagi mencapai Wawasan Brunei 2035 berjalan dengan lancar dan berkesan.




VISI

Ekonomi yang Dinamik, Mampan dan Berpelbagai menjelang Tahun 2035


MISI

Untuk Memudahcara Pembangunan Ekonomi Negara Brunei Darussalam


FUNGSI DAN PERANAN





CARTA ORGANISASI