Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksSetiausaha-Tetap-Keselamatan-dan-Penguatkuasaan


DATO PADUKA HAJI SUFIAN BIN HAJI SABTU

SETIAUSAHA TETAP

KESELAMATAN, PENGUATKUASAAN DAN UNDANG-UNDANG


Dato Paduka Haji Sufian telah memulakan kerjaya beliau sebagai Pegawai Staf di Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (JKDN) pada tahun 1994. Beliau pernah memegang beberapa jawatan utama di JKDN, termasuk sebagai Timbalan Pengarah (Operasi). Dato Paduka Haji Sufian juga pernah dilantik sebagai Timbalan Pengarah Biro Mencegah Rasuah (BMR) pada tahun 2017.

Pada 25 Julai 2020, Dato Paduka Haji Sufian telah dilantik dan dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Keselamatan Dalam Negeri.

Seterusnya pada 31 Julai 2021, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan untuk melantik Dato Paduka Haji Sufian sebagai Setiausaha Tetap (Keselamatan, Penguatkuasaan dan Undang-Undang), Jabatan Perdana Menteri, di samping menjadi Pengarah Keselamatan Dalam Negeri. Dalam kapasiti ini, beliau juga telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Anti-Pemerdagangan Orang dan Ketua Sekretariat bagi Jawatankuasa Keselamatan Negara.

Pada 15 Julai 2021, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan untuk mengurniakan Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Darjah Kedua (D.P.M.B.) kepada Dato Paduka Haji Sufian.

Beliau telah memperolehi ijazah sarjana muda dari Universiti Brunei Darussalam dan ijazah sarjana dari University of Keele, United Kingdom. Di samping itu, Dato Paduka Haji Sufian juga pernah menghadiri kursus di Lee Kuan Yew School of Public Policy, National University of Singapore, semasa menyertai Program Pembangunan Eksekutif bagi Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan (EDPSGO).

Dato Paduka Haji Sufian telah mendirikan rumah tangga dengan Datin Suriati bin Haji Abang dan dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata.