1: Apakah Peranan Tabung Amanah Pekerja (TAP)?

2: Apakah dia Visi, Misi dan Objektif TAP?

3: Bagaimanakah struktur Organisasi TAP

4: Berapakah KADAR DIVIDEN yang telah diperolehi di dalam simpanan di Tabung Amanah Pekerja?

5: Siapa yang dianggap MAJIKAN?

6: Siapa yang dianggap PEKERJA?

7:Apakah tanggungjawab seorang majikan?

8: Bagaimanakah cara untuk membuat pembayaran caruman bulanan?

9: Berapakah kadar caruman yang perlu dibayar setiap bulan?

10: Apakah yang patut saya buat jika gaji saya dipotong untuk caruman walaupun saya bukan seorang ahli TAP?

11: Bilakah tarikh terakhir bagi pembayaran caruman dan penghantaran Borang TAP02?

12: Siapakah yang layak  untuk mendaftar?

13:Apakah yang perlu saya lakukan jika saya berpindah tempat kerja?

14:Bolehkah saya menjadi ahli sekiranya saya sudah berumur 55 tahun keatas?

15: Bilakah Tabung Amanah Pekerja mengeluarkan penyata akaun?

16: Skim-Skim Pengeluaran yang terdapat di TAP?

17: Apakah yang dimaksudkan dengan Skim Pengeluaran Persaraan 55 Tahun (TAP 55)

18: Apakah borang yang perlu diisikan?

19: Apakah yang dimaksudkan dengan Skim Pengeluaran Pra-Persaraan 50 (TAP50)

20: Apakah borang yang perlu diisikan?

21: Siapakah yang berkelayakkan untuk membuat Pengeluaran Pembinaan dan Pembelian Rumah I (TAP 24)

22: Apakah borang yang perlu diisikan?

23: Siapakah yang berkelayakkan untuk membuat Pengeluaran Pembinaan dan Pembelian Rumah II (TAP 24)

24: Apakah borang yang perlu diisikan?

25: Apakah yang dimaksudkan dengan Skim Pengeluaran bagi Hilang Keupayaan (TAP 20)

26: Apakah borang yang perlu diisikan?

27: Apakah yang dimaksudkan dengan Skim Pengeluaran BerHijrah Ke Negara Lain (TAP 26)

28: Apakah borang yang perlu diisikan?

29: Apakah yang dimaksudkan dengan Skim Pengeluaran Hak Waris (TAP 22)

30: Apakah borang yang perlu diisikan?

31: Bagaimanakah cara saya memohon skim-skim di atas?

32: Berapa lamakah tempoh penyelesaian bagi skim-skim pengeluaran dan lain-lain perkhidmatan yang diberikan oleh Tabung Amanah Pekerja?




MATLAMAT, TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB TABUNG AMANAH PEKERJA


1: Apakah Peranan Tabung Amanah Pekerja (TAP)?

Jawapan:
Lembaga Tabung Amanah Pekerja (TAP) adalah organisasi keselamatan sosial yang beroperasi melalui skim TABUNG atau KUMPULAN WANG di Negara Brunei Darussalam yang telah ditubuhkan pada tahun 1992, dan mula beroperasi pada 1 Januari 1993 melalui Bab 2, Perintah (Tabung Amanah Pekerja), 1992 bagi menjamin keselamatan sosial para pekerja yang terdiri daripada rakyat dan Penduduk Tetap Negara Brunei Darussalam yang berumur di bawah 55 tahun.
Sebelum 1 Januari 1994, TAP hanya diperkenalkan kepada kakitangan Kerajaan sahaja, tetapi selepas tarikh itu, skim ini juga telah diperkenalkan kepada kakitangan Syarikat-Syarikat swasta.  Bagi menambahkan pengetahuan Pegawai-Pegawai dan kakitangan Kerajaan serta ahli-ahli dan majikan-majikan Syarikat-syarikat Swasta mengenai faedah yang akan diperolehi dari TAP, TAP mengadakan kursus setiap bulan berkenaan dengan Skim-skim TAP.
Pada April 2001, Lembaga TAP telah rasmi menjadi ahli ASEAN Social Security Association (ASSA) di Kuala Lumpur.



2: Apakah dia Visi, Misi dan Objektif TAP?

Jawapan:
VISI
“MENJAMIN KESELAMATAN SOSIAL AHLI DI ALAM PERSARAAN”

MISI

“MENGOPTIMAKAN BANTUAN KEWANGAN DI HARI PERSARAAN”

OBJEKTIF TAP


  • Mempastikan majikan membayar caruman pekerjanya selaras dengan Akta TAP.
  • Mempastikan ahli-ahli mendapat pulangan simpanan yang berpatutan.
  • Menentukan ahli-ahli berkelayakan memperolehi semula semua simpanan mereka dengan mudah dan cepat.
  • Memberikan perkhidmatan yang cekap, berkesan, pemedulian dan berbudi bahasa kepada majikan-majikan dan ahli-ahli.
  • Mempastikan segala urusan perakaunan dibuat dengan betul.



3: Bagaimanakah struktur Organisasi TAP?

Jawapan:
STRUKTUR ORGANISASI TAP

(Rujuk Lampiran A)

Bagi mengetahui keterangan lanjut sila layari laman web Tabung Amanah Pekerja di www.tap.gov.bn Atau hubungi ibupejabat TAP dan mana-mana cawangan TAP.




KADAR DIVIDEN


4: Berapakah KADAR DIVIDEN yang telah diperolehi di dalam simpanan di Tabung Amanah Pekerja?

Jawapan:
Kadar Dividen yang diperolehi adalah seperti berikut :-

tap_div

Kadar-kadar pulangan TAP akan diumumkan setiap tahun bagi memaklumkan ahli pengkreditan pada kadar tersebut kedalam akaun ahli.


ELEMEN-ELEMEN YANG PENTING BAGI MEMASTIKAN OPERASI TAP DAPAT BERJALAN DENGAN LANCAR


5: Siapa yang dianggap MAJIKAN?

Jawapan:
Sesiapa yang menggaji seseorang dibawah satu kontrak perkhidmatan secara   bertulis atau lisan. Mereka termasuk:

  • Mana-mana orang, syarikat, pertubuhan sekumpulan orang samada berdaftarkan ataupun tidak.
  • Tuan punya kapal-kapal.
  • Mana-mana pengurus, ejen atau orang yang bertanggungjawab bagi pembayaran gaji.
  • Mana-mana kedutaan asing.



6: Siapa yang dianggap PEKERJA?

Jawapan:
Pekerja yang terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Penduduk Tetap Negara Brunei Darussalam yang berumur dibawah 55 tahun termasuk:

  • Pekerja percubaan
  • Pengarah, Pemilik, dan Pengurus yang bergaji atau mengambil gaji
  • Pekerja sementara atau lepasan sekolah
  • Pekerja ahli keluarga yang bergaji
  • Pekerja kontrak atau secara komisyen



7:Apakah tanggungjawab seorang majikan?

Jawapan:
Pihak majikan hendaklah:

1.    Mendaftarkan syarikatnya dengan mengisikan Borang TAP01 bagi membuka akaun pembayaran caruman sesegera yang boleh.
2.    Mendaftarkan pekerja-pekerja baru dengan mengisikan Borang TAP03.
3.    Mendaftarkan pekerja-pekerja baru yang pernah bekerja di tempat lain sebelum ini dengan mengisikan Borang TAP03P.



PEMBAYARAN CARUMAN BULANAN


8: Bagaimanakah cara untuk membuat pembayaran caruman bulanan?

Jawapan:
Anda bolehlah menggunakan borang TAP02 bagi tujuan membuat pembayaran caruman bulanan dengan menyatakan maklumat yang lengkap.



9: Berapakah kadar caruman yang perlu dibayar setiap bulan?

Jawapan:
Kadar caruman bulanan ialah 10% (5% dipotong daripada gaji awda, dan 5% ditambah oleh majikan awda).

Majikan awda hendaklah mendaftarkan awda pada mula awda melapor untuk bekerja dan memastikan caruman awda dibayar dalam tempoh yang ditetapkan setiap bulan.



10: Apakah yang patut saya buat jika gaji saya dipotong untuk caruman walaupun saya bukan seorang ahli TAP?

Jawapan:
Gaji seorang pekerja yang bukan ahli TAP tidak boleh dipotong untuk caruman TAP.  Akan tetapi, jika ini berlaku, pekerja itu boleh memohon untuk pembayaran balik caruman dengan mengisikan borang TAP12.



11: Bilakah tarikh terakhir bagi pembayaran caruman dan penghantaran Borang TAP02?

Jawapan:
Tarikh terakhir bagi penghantaran Borang TAP02 dan pembayaran caruman ialah pada 15 haribulan pada bulan hadapannya.

Mana-mana majikan yang terlambat membayar caruman akan dikenakan denda.



PENDAFTARAN AHLI TAP


12: Siapakah yang layak  untuk mendaftar?

Jawapan:
Pekerja yang layak untuk mendaftar hendaklah terdiri daripada:

  • Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia ataupun Penduduk Tetap Negara Brunei Darussalam
  • Berumur kurang daripada 55 tahun
  • Pekerja yang tidak berpencen (Kerajaan ataupun Swasta)
  • Bergaji lebih daripada $80.00 setiap bulan



13:Apakah yang perlu saya lakukan jika saya berpindah tempat kerja?

Jawapan:

Jika awda berpindah tempat kerja atau jika ada perubahan pada maklumat awda, awda hendaklah mengisikan borang TAP03P (Borang Pindah Maklumat Ahli) ataupun memaklumkan TAP secara bersurat.



14:Bolehkah saya menjadi ahli sekiranya saya sudah berumur 55 tahun keatas?

Jawapan:
Ya, awda boleh memilih untuk menjadi Ahli TAP sekiranya awda masih bekerja ataupun telah mendapat pekerjaan baru.  Awda hendaklah mengisikan borang TAP04 (Borang Maklumat Peribadi Ahli Atau Pencarum Selepas Umur 55 Tahun)



PENYATA AKAUN AHLI TAP


15: Bilakah Tabung Amanah Pekerja mengeluarkan penyata akaun?

Jawapan:
TAP ada mengeluarkan penyata akaun ahli iaitu satu (1) kali dalam setahun.  Akan tetapi, ahli juga boleh mendapatkan penyata mereka dengan mencetak dari mesin e-info TAP ini pada bila-bila masa sahaja.



16: Skim-Skim Pengeluaran yang terdapat di TAP?

Jawapan:
TAP mempunyai 7 Skim-skim pengeluaran iaitu:-
1)    Persaraan 55 tahun (TAP55)
2)    Pra-Persaraan 50 tahun (TAP50)
3)    Pembinaan atau Pembelian Rumah I & II (TAP24)
4)    Hilang Keupayaan (TAP20)
5)    Hak Waris (TAP22)
6)    BerHijrah ke Negara Lain (TAP26)



17: Apakah yang dimaksudkan dengan Skim Pengeluaran Persaraan 55 Tahun (TAP 55)?

Jawapan:
Skim Pengeluaran Persaraan 55 Tahun (TAP55) membolehkan Ahli mengeluarkan kesemua simpanan apabila ahli mencapai usia 55 tahun.



18: Apakah borang yang perlu diisikan?

Jawapan:
Salinan Buku Bank (jika pembayaran dibuat melalui bank) dengan  menyatakan Nama Akaun dan Nombor Akaun.Borang yang perlu diisikan ialah Borang TAP55 dengan menyertakan dokumen yang diperlukan iaitu:
  • Salinan Kad pengenalan
  • Salinan Surat Bersara
  • Salinan Buku Bank (jika pembayaran dibuat melalui bank) dengan  menyatakan Nama Akaun dan Nombor Akaun



19: Apakah yang dimaksudkan dengan Skim Pengeluaran Pra-Persaraan 50 (TAP50)?

Jawapan:
Skim pengeluaran Pra-Persaraan 50 (TAP50) membolehkan Ahli mengeluarkan satu per empat (1/4) daripada kesemua simpanan mereka di TAP apabila mencapai usia 50 tahun.



20: Apakah borang yang perlu diisikan?

Jawapan:
Borang yang perlu diisi ialah Borang TAP50 dengan menyertakan dokumen seperti:-
  • Salinan Kad pengenalan
  • Salinan Surat Bersara



21: Siapakah yang berkelayakkan untuk membuat Pengeluaran Pembinaan dan Pembelian Rumah I (TAP 24)?

Jawapan:
Jika seseorang ahli sudah memiliki rumah dan mempunyai simpanan TAP sebanyak $40,000 atau lebih, ataupun telah mendaftar dengan TAP selama 10 tahun, ahli itu boleh mengeluarkan 20% daripada harga pembinaan rumah yang sudah dimiliki asalkan ianya tidak melebihi 45% daripada simpanannya di TAP.



22: Apakah borang yang perlu diisikan?

Jawapan:
Borang yang perlu diisi ialah Borang TAP24 dengan menyertakan dokumen seperti:-    
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan Geran Tanah
  • Perjanjian pembinaan rumah atau Surat Akuan Sumpah mengenai pembinaan rumah jika tiada perjanjian pembinaan
  • Surat Kelulusan pinjaman perumahan atau resit belian bahan pembinaan jika pembinaan dibiayai secara tunai
  • Bukti bayaran berperingkat atau laporan penilaian peringkat pembinaan yang dikeluarkan oleh pemberi pinjaman atau sijil kelayakan menduduki rumah
  • Surat penyerahan perumahan perpindahan
  • Salinan Pelan Rumah yang lengkap
  • Pengesahan nilai harga rumah
Dan jika memohon pengeluaran untuk dibayar melalui Bank, Salinan Buku Bank yang menyatakan Nama Akaun dan Nombor Akaun hendaklah disertakan.



23: Siapakah yang berkelayakkan untuk membuat Pengeluaran Pembinaan dan Pembelian Rumah II (TAP 24)

Jawapan:
Ahli yang belum mempunyai rumah sendiri bolehlah mengeluarkan 15% daripada harga pembelian rumah yang akan dimiliki itu jika ianya bernilai $150,000 dan keatas, ataupun 10% bagi rumah yang bernilai $150,000 kebawah dengan syarat ahli mempunyai simpanan TAP sebanyak $40,000 atau lebih, ataupun telah mendaftar dengan TAP selama 10 tahun.



24: Apakah borang yang perlu diisikan?

Jawapan:
Borang yang perlu diisi ialah Borang TAP24 dengan menyertakan dokumen seperti:-
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan Geran Tanah
  • Perjanjian pembelian atau pembinaan rumah
  • Pengesahan daripada pembina rumah atau mana-mana orang yang diluluskan oleh TAP bahawa pembinaan akan dimulakan
  • Pengesahan daripada Institusi Kewangan / Bank yang menyatakan pinjaman akan diberikan dengan syarat adanya surat pengesahan pengeluaran
  • Salinan Pelan Rumah yang lengkap dan telah diluluskan
  • Pengesahan nilai harga rumah
Dan jika memohon pengeluaran untuk dibayar melalui Bank, Salinan Buku Bank yang menyatakan Nama Akaun dan Nombor Akaun hendaklah disertakan.



25: Apakah yang dimaksudkan dengan Skim Pengeluaran bagi Hilang Keupayaan (TAP 20)

Jawapan:
Skim ini membolehkan Ahli membuat pengeluaran kesemua simpanan mereka di TAP apabila disahkan hilang keupayaan dari segi jasmani atau mental untuk terus bekerja oleh lembaga perubatan.



26: Apakah borang yang perlu diisikan?

Jawapan:
Borang yang perlu diisi ialah Borang TAP20 dengan menyertakan dokumen seperti:-
  • Salinan Kad Pengenalan
  • salinan Surat Menamatkan Perkhidmatan
  • Laporan Perubatan Asal,
dan jika memohon pengeluaran untuk dibayar melalui Bank, Salinan Buku Bank yang menyatakan Nama Akaun dan Nombor Akaun hendaklah disertakan.



27: Apakah yang dimaksudkan dengan Skim Pengeluaran BerHijrah Ke Negara Lain (TAP 26)?

Jawapan:
Skim ini membolehkan ahli mengeluarkan kesemua simpanan mereka di TAP apabila mereka meninggalkan Negara Brunei Darussalam dan tidak berniat untuk pulang semula ke Negara ini.



28: Apakah borang yang perlu diisikan?

Jawapan:
Borang yang perlu diisi ialah Borang TAP26 dengan menyertakan dokumen seperti:
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Surat Pengesahan Penyerahan Kerakyatan dari Jabatan Imigresen Brunei Darussalam
  • Visa / Surat Pengesahan Kerakyataan atau Penduduk Tetap daripada sesebuah Negara asing
  • Tiket Perjalanan Sehala mencatatkan tarikh perjalanan dan salinan / surat pengesahan daripada agensi pelancongan
  • Bukti Perletakan Jawatan iaitu Surat Berhenti Kerja
  • Surat Akuan Sumpah menyatakan nama majikan terakhir dan tarikh awda berhenti kerja

Jika memohon pengeluaran dimasukkan ke dalam akaun bank, Salinan Buku Bank yang menyatakan Nama Akaun dan Nombor Akaun hendaklah disertakan.



29: Apakah yang dimaksudkan dengan Skim Pengeluaran Hak Waris (TAP 22)?

Jawapan:
Skim ini membolehkan Waris membuat pengeluaran daripada kesemua simpanan Ahli yang telah meninggal dunia.



30: Apakah borang yang perlu diisikan?

Jawapan:
Borang yang perlu diisi ialah Borang TAP22 dengan menyertakan dokumen seperti:
  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon
  • Salinan Sijil Perakuan Kematian atau asal yang disahkan oleh Pegawai TAP atau Surat Pentadbir Pusaka oleh Mahkamah Waris.
  • Jika memohon pengeluaran untuk dibayar melalui Bank, Salinan Buku Bank yang menyatakan Nama Akaun dan Nombor Akaun hendaklah disertakan.



31: Bagaimanakah cara saya memohon skim-skim di atas?

Jawapan:
Awda boleh mendapatkan borang pengeluaran skim yang tertentu dari mana-mana pejabat TAP.  Awda hendaklah membawa bersama semua dokumen tertentu seperti yang disenaraikan. Untuk keterangan lebih lanjut, sila datang ke mana-mana cawangan kami.



32: Berapa lamakah tempoh penyelesaian bagi skim-skim pengeluaran dan lain-lain perkhidmatan yang diberikan oleh Tabung Amanah Pekerja?

Jawapan:
Tekad Pemedulian Orang Ramai Tabung Amanah Pekerja (Lampiran B)

LAMPIRAN B

TEKAD PEMEDULIAN ORANG RAMAI (TPOR)

Jenis Perkhidmatan Tempoh
Pendaftaran Ahli Persendirian 1 Hari Bekerja
Pendaftaran Majikan 1 Hari Bekerja

Pengeluaran Caruman bagi Skim-Skim
berikut (bab17, Akta TAP Penggal 167) :


- Persaraan 55 Tahun
- Pra-Persaraan 50 Tahun
- 55 Tahun Keatas
- Hilang Keupayaan
- Hak Waris
- BerHijrah Ke Negara Lain
- Pembinaan atau Pembelian Rumah I & II





3 Hari Bekerja




3-7 Hari Bekerja

Pertanyaan mengenai dengan Akaun Ahli Serta Merta

Permohonan mendapat penyata (selain daripada
penyata tahunan)

Serta Merta
Maklumbalas kepada persuratan Majikan 5 Hari Bekerja
Tindakan penelitian aduan-aduan terhadap Majikan
Serta Merta

* Mengambilkira semua dokumen yang diperlukan disertakan dengan lengkap