1: Apakah jenis/kategori syarikat yang dikenakan Cukai Pendapatan?

2: Berapakah kadar peratus cukai pendapatan yang dikenakan?

3: Saya menjalankan perniagaan secara rakan kongsi. Apakah saya dikenakan membayar cukai pendapatan?

4: Bagaimanakah untuk mendapatkan Borang Maklumat Syarikat ?

5: Alamat syarikat saya telah berubah.Apakah saya perlu memaklumkan kepada Bahagian Hasil?

6: Syarikat saya telah mengubah penutup tahun kewangan syarikat berniaga.Apakah syarikat saya perlu memaklumkan kepada Bahagian Hasil?


7: Bilakah Borang Penyata Cukai Pendapatan (IT.1) dikeluarkan?

8: Syarikat saya belum menerima Borang Penyata Cukai Pendapatan. Bagaimanakah saya mendapatkan borang yang baru?

9: Berapa lamakah tempoh diberikan bagi mengembalikan Borang Penyata Cukai Pendapatan?

10: Akaun syarikat saya belum selesai disediakan, diaudit dan ditandatangani oleh Pengarah syarikat. Apakah syarikat saya boleh memohon pelanjutan tempoh bagi penghantaran Borang Penyata Cukai Pendapatan?

11: Apakah syarikat akan dikenakan sebarang denda jika gagal untuk mengembalikan Borang Penyata Cukai Pendapatan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan?


12: Apakah dokumen yang perlu dihantar ke Pemungut Cukai Pendapatan semasa pengembalian Borang Penyata Cukai Pendapatan?

13: Adakah syarikat yang tidak aktif/tidak giat beroperasi perlu menghantar Borang Penyata Cukai Pendapatan?

14: Berapa lamakah tempoh diberikan bagi membuat pembayaran ke atas Notis Taksiran yang telah dikeluarkan?

15: Apakah syarikat dibolehkan untuk membuat bantahan ke atas Notis Taksiran?

16: Apakah yang akan terjadi jika syarikat saya gagal membalas pertanyaan daripada pihak Pemungut Cukai Pendapatan?

17: Dimanakah pembayaran cukai dapat dibuat?

18: Apakah dokumen yang perlu dibawa semasa membuat pembayaran?

19: Apakah kaedah-kaedah pembayaran lain yang dapat dibuat?

20: Apa yang akan terjadi jika syarikat saya lambat dalam membuat pembayaran?

21: Apakah syarikat boleh dikenakan sebarang denda tambahan jika masih gagal membayar denda 5% beserta cukai tertunggak?

22: Mengapakah syarikat saya dikenakan denda kerana tidak menjelaskan pembayaran sedangkan saya telah membuat bantahan ke atas Notis Taksiran?


23: Bagaimanakah jika syarikat saya tidak mampu untuk membuat pembayaran disebabkan oleh masalah kewangan?

24: Apakah syarat-syarat bagi permohonan bayaran balik Cukai Pendapatan?

25: Apakah yang perlu dibuat oleh pihak Syarikat atau Ejen Cukai Syarikat setelah kebenaran diberikan ke atas permohonan bayaran balik cukai?

26: Apakah yang dimaksudkan dengan Cukai Bertangguh?

27: Apa dia Duti Setem?

28: Apa dia contoh jenis-jenis instrumen atau dokumen yang dikenakan Duti Setem?

29: Apakah dokumen/instrumen perlu dibawa ke Pejabat Bahagian Hasil bagi proses pengiraan bayaran Duti Setem?

30: Berapakah bayaran yang dikenakan ke atas pengiraan bayaran Duti Setem?

31: Dimanakah pembayaran Duti Setem boleh dibuat?

32: Apakah denda yang dikenakan jika instrumen atau dokumen lambat dihadapkan untuk dicop Duti Setem?
Bagi instrumen yang dibuat/dikeluarkan/ditandatangani  di Negara Brunei, (Bab 39 Akta Setem (Penggal 34)


33: Bagaimanakah untuk memohon mendapatkan Lesen Juruaudit?

34: Apakah syarat-syarat kelayakan untuk mendapatkan Lesen Juruaudit Yang Dibenarkan?

35: Berapakah bayaran yuran Lesen Juruaudit?

36: Berapa lamakah tempoh kuatkuasa lesen yang diberikan?

37: Berapa lamakah pemohon baru akan mendapatkan jawapan permohonan bagi mendapatkan Lesen Juruaudit Yang Dibenarkan?


38: Apakah tindakan-tindakan selanjutnya yang perlu dibuat oleh pemohon yang berjaya mendapatkan Lesen Juruaudit Yang Dibenarkan?

39:Adakah permohonan yang tidak diluluskan akan dimaklumkan kepada pemohon berkenaan?

40: Apakah syarat-syarat untuk membaharui Lesen Juruaudit?




KATEGORI/JENIS SYARIKAT YANG DIKENAKAN CUKAI PENDAPATAN



1: Apakah jenis/kategori syarikat yang dikenakan Cukai Pendapatan?

Jawapan:
Cukai Pendapatan adalah dikenakan kepada semua syarikat yang berdaftar dengan tanggungan berhad yang meraih keuntungan mengikut Akta Cukai Pendapatan (Penggal 35: dan syarikat yang menghasilkan minyak dan gas mengikut Akta Cukai Pendapatan (Petroleum: (Penggal 119:



2: Berapakah kadar peratus cukai pendapatan yang dikenakan?

Jawapan:
Kadar peratus cukai yang dikenakan ialah 30% dan bagi syarikat yang menghasilkan minyak dan gas ialah sebanyak 55% dari keuntungan yang diraih.



3: Saya menjalankan perniagaan secara rakan kongsi. Apakah saya dikenakan membayar cukai pendapatan?

Jawapan:
Tidak. Pada masa ini Cukai pendapatan hanya dikenakan kepada syarikat yang berdaftar dengan tanggungan berhad.



PERMOHONAN UNTUK MENDAPATKAN BORANG MAKLUMAT SYARIKAT




4: Bagaimanakah untuk mendapatkan Borang Maklumat Syarikat ?

Jawapan:
Borang maklumat syarikat bolehlah didapati di kaunter pejabat Bahagian Hasil pada waktu pejabat dibuka.



5: Alamat syarikat saya telah berubah.Apakah saya perlu memaklumkan kepada Bahagian Hasil?

Jawapan:
Ya, sebarang perubahan alamat persuratan hendaklah dimaklumkan ke Bahagian Hasil secara bersurat.



6: Syarikat saya telah mengubah penutup tahun kewangan syarikat berniaga.Apakah syarikat saya perlu memaklumkan kepada Bahagian Hasil?

Jawapan:
Ya, sebarang perubahan maklumat dalam Borang Maklumat Syarikat hendaklah dimaklumkan ke Bahagian Hasil, Kementerian Kewangan



PENGELUARAN BORANG PENYATA CUKAI PENDAPATAN




7: Bilakah Borang Penyata Cukai Pendapatan (IT.1) dikeluarkan?

Jawapan:
Borang Penyata Cukai Pendapatan dikeluarkan oleh Bahagian Hasil pada setiap awal bulan Januari pada setiap tahun. Borang ini akan dipos ke alamat syarikat-syarikat.



8: Syarikat saya belum menerima Borang Penyata Cukai Pendapatan. Bagaimanakah saya mendapatkan borang yang baru?

Jawapan:
Syarikat dikehendaki untuk menghubungi pejabat Bahagian Hasil untuk mendapatkan borang yang baru.



9: Berapa lamakah tempoh diberikan bagi mengembalikan Borang Penyata Cukai Pendapatan?

Jawapan:
Borang Penyata Cukai Pendapatan asal yang telah ditandatangani  hendaklah dikembalikan ke Bahagian Hasil, Kementerian Kewangan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh Borang tersebut dikeluarkan.



10: Akaun syarikat saya belum selesai disediakan, diaudit dan ditandatangani oleh Pengarah syarikat. Apakah syarikat saya boleh memohon pelanjutan tempoh bagi penghantaran Borang Penyata Cukai Pendapatan?

Jawapan:
Permohonan bagi tempoh lanjutan untuk mengembalikan Borang Penyata Cukai Pendapatan hendaklah dihadapkan ke Bahagian Hasil secara bertulis dengan menyatakan sebab-sebab kelambatan tersebut.



11: Apakah syarikat akan dikenakan sebarang denda jika gagal untuk mengembalikan Borang Penyata Cukai Pendapatan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan?

Jawapan:
Menurut Bab 78, Akta Cukai Pendapatan (Penggal 35), syarikat yang gagal untuk mengembalikan Penyata Borang Cukai Pendapatan adalah dianggap menyalahi Akta ini dan boleh dikenakan denda sebanyak $10,000 dan jika gagal membayar bolehlah dikenakan hukuman penjara selama 12 bulan.



12: Apakah dokumen yang perlu dihantar ke Pemungut Cukai Pendapatan semasa pengembalian Borang Penyata Cukai Pendapatan?

Jawapan:
Setiap syarikat hendaklah menyediakan penyata-penyata berikut:
i) Penyata Cukai Pendapatan
ii)Perkiraan Elaun Modal dan keterangan berkaitan dengannya
iii) Laporan Penyata Kewangan yang telah diaudit dan ditandatangani oleh Lembaga Pengarah termasuk Penyata Untung dan Rugi dan dan Kunci Kira-Kira.



PENGEMBALIAN BORANG PENYATA CUKAI PENDAPATAN




13: Adakah syarikat yang tidak aktif/tidak giat beroperasi perlu menghantar Borang Penyata Cukai Pendapatan?

Jawapan:
Ya. Borang Penyata Cukai Pendapatan adalah wajib dihantar selagi sesebuah syarikat itu masih berdaftar dengan Pejabat Pendaftar Syarikat-syarikat Negara Brunei Darussalam walaupun syarikat berkenaan tidak aktif/tidak giat beroperasi.



PEMBAYARAN KE ATAS NOTIS TAKSIRAN




14: Berapa lamakah tempoh diberikan bagi membuat pembayaran ke atas Notis Taksiran yang telah dikeluarkan?

Jawapan:
Menurut Bab 70, Akta Cukai Pendapatan (Penggal 35), cukai yang dikenakan melalui Notis Taksiran hendaklah dibayar dalam tempoh  30 hari dari tarikh Notis Taksiran dikeluarkan walaupun syarikat berhajat untuk membuat bantahan ke atas Notis Taksiran tersebut.



15: Apakah syarikat dibolehkan untuk membuat bantahan ke atas Notis Taksiran?

Jawapan:
Menurut Bab 65 (2), Akta Cukai Pendapatan (Penggal 35), syarikat boleh memohon bantahan ke Pemungut Cukai Pendapatan secara bertulis dengan menyatakan asas/dasar bagi bantahan tersebut dalam tempoh 60 hari dari tarikh Notis dikeluarkan.



16: Apakah yang akan terjadi jika syarikat saya gagal membalas pertanyaan daripada pihak Pemungut Cukai Pendapatan?

Jawapan:

Jika didapati syarikat gagal untuk membalas pertanyaan-pertanyaan pihak Pemungut Cukai Pendapatan Notis Tambahan akan dikeluarkan menurut Bab 62, Akta Cukai Pendapatan (Penggal 35)

Syarikat saya telah mengalami kerugian dalam beberapa tahun.Setelah itu, syarikat saya telah tidak giat menjalankan perniagaan. Apakah Kerugian dan Elaun Modal dari tahun-tahun lepas boleh dibawa ke hadapan?
Kerugian yang dibawa daripada Tahun-Tahun Taksiran lepas tidak dapat dikumpulkan pada tahun dimana syarikat berkenaan tidak giat berniaga. Kerugian tersebut hanya boleh dibawa ke Taahun Taksiran dimana ianya giat berniaga.

Manakala Elaun Modal  yang dibawa daripada Tahun-Tahun Taksiran lepas hendaklah diserapkan dengan jumlah Elaun Modal Pada Tahun Taksiran dimana syarikat berkenaan disahkan sebagai tidak berfungsi.



PEMBAYARAN CUKAI PENDAPATAN




17: Dimanakah pembayaran cukai dapat dibuat?

Jawapan:
Pembayaran Cukai Pendapatan secara wang tunai/cek dibayar atas nama ‘Kerajaan Brunei’ boleh dibuat di alamat berikut:

Kaunter Bahagian Hasil
Kementerian Kewangan
Level 1, Island Block
Kompleks Bangunan Kementerian Kewangan
Commonwealth Drive
Brunei Darussalam



18: Apakah dokumen yang perlu dibawa semasa membuat pembayaran?

Jawapan:
Syarikat/Ejen Pencukai hendaklah membawa Notis Taksiran yang dikeluarkan semasa membuar pembayaran.



19: Apakah kaedah-kaedah pembayaran lain yang dapat dibuat?

Jawapan:
Pembayaran juga boleh dibuat dengan menggunakan kaedah pemindahan telegraf(Telegraphic Transfer) atau Deraf Bank(Bank Draft). Syarikat/Ejen Pencukai bolehlah menghubungi Bahagian Hasil, Kementerian Kewangan bagi mendapatkan keterangan bank selanjutnya.



DENDA KE ATAS KESELAMATAN DALAM PEMBAYARAN




20: Apa yang akan terjadi jika syarikat saya lambat dalam membuat pembayaran?

Jawapan:
Jika tempoh 30 hari dari tarikh Notis Taksiran luput, Notis Tuntutan tambahan akan dikeluarkan bagi pembayaran denda sebanyak 5 % dari jumlah cukai yang tertunggak beserta jumlah cukai.



21: Apakah syarikat boleh dikenakan sebarang denda tambahan jika masih gagal membayar denda 5% beserta cukai tertunggak?

Jawapan:
Jika syarikat masih gagal membayar Notis Tuntutan setelah luput tempoh 60 hari dari tarikh Notis Tuntutan, denda tambahan 1% akan dikenakan bagi setiap tempoh mencukupi 1 bulan selama tidak lebih 12 kali(12 bulan).



22: Mengapakah syarikat saya dikenakan denda kerana tidak menjelaskan pembayaran sedangkan saya telah membuat bantahan ke atas Notis Taksiran?

Jawapan:
Walaupun syarikat Awang/Dayang telah membuat bantahan ke atas Notis Taksiran, syarikat Awang/Dayang hendaklah mengatur untuk membuat pembayaran dalam tempoh 30 hari dari tarikh Notis Taksiran dikeluarkan.



23: Bagaimanakah jika syarikat saya tidak mampu untuk membuat pembayaran disebabkan oleh masalah kewangan?

Jawapan:
Dinasihatkan untuk menghubungi Pejabat Bahagian Hasil di talian 2383933 untuk membuat rancangan pembayaran sebelum luput tempoh 30 hari dari tarikh Notis Taksiran.



PERMOHONAN BAGI BAYARAN BALIK CUKAI PENDAPATAN (TAX REFUND)




24: Apakah syarat-syarat bagi permohonan bayaran balik Cukai Pendapatan?

Jawapan:
Syarat-syarat bagi pembayaran balik Cukai Pendapatan adalah seperti berikut:

1. Jika Jumlah didalam Notis Taksiran Anggaran melebihi jumlah Notis Taksiran Sebenar dengan syarat permohonan diterima dalam tempoh 60 hari selepas tarikh Notis Taksiran Anggaran dikeluarkan seperti dinyatakan dalam Bab 65(2) Akta Cukai Pendapatan (Penggal 35)

2. Bayaran dua kali telah dibuat bagi Tahun Taksiran yang sama disebabkan kelambatan pembayaran melalui pemindahan telegraf

Contoh: Pada 15.05.2004, Syarikat XYZ Sdn Bhd yang beroperasi di Kanada telah membuat pembayaran cukai melalui pemindahan telegraf sebanyak $5,000.00 yang mana Notis Taksiran telah dikeluarkan pada 30.04.2004.

Oleh kerana tidak ada makluman dibuat mengenai pembayaran, Pemungut Cukai Pendapatan berpendapat syarikat berkenaan tidak membayar cukai dan Notis Tuntutan telah dikeluarkan pada 31.05.2004 mengingatkan syarikat berkenaan supaya membayar cukai dan penalti sebanyak $5,250.00. Syarikat berkenaan juga telah membayar cukai tersebut.

Dalam kes ini, syarikat berkenaan bolehlah membuat rayuan dalam tempoh masa 60 hari setelah tarikh Notis Taksiran dikeluarkan supaya pembayaran cukai yang dikeluarkan melalui Notis Tuntutan digugurkan dengan alasan pengambilan masa yang panjang ke atas proses pemindahan telegraf

3. Permohonan bantahan ke atas pembayaran cukai tambahan berdasarkan Notis Taksiran Tambahan yang dikeluarkan hasil daripada perubahan yang dibuat ke atas Laporan Penyata Cukai Pendapatan Syarikat

Contoh: Pihak Pemungut Cukai Pendapatan telah memotong separuh daripada jumlah perbelanjaan entertainment atas sebab ianya tidak berkaitan dengan perniagaan Syarikat ABC Sdn Bhd dan syarikat berkenaan telah membayar cukai tambahan tersebut setelah Notis Taksiran Tambahan dikeluarkan

Jika permohonan bantahan atau rayuan dibuat dengan memberikan alasan yang kukuh dalam tempoh masa 60 hari daripada tarikh Notis Taksiran Tambahan dikeluarkan seperti dinyatakan dalam Bab 65(2) Akta Cukai Pendapatan (Penggal 35), permohonan supaya bayaran cukai tambahan dibayar balik bolehlah dibuat



25: Apakah yang perlu dibuat oleh pihak Syarikat atau Ejen Cukai Syarikat setelah kebenaran diberikan ke atas permohonan bayaran balik cukai?

Jawapan:
Sebaik sahaja kebenaran diberikan oleh pihak Pemungut Cukai Pendapatan ke atas permohonan bantahan bagi bayaran cukai tambahan, pihak syarikat atau Ejen Cukai Syarikat akan diarahkan supaya mengembalikan resit asal pembayaran bagi kegunaan bayaran balik cukai.

Syarikat atau Ejen Cukai Syarikat akan menerima satu salinan baucer bayaran daripada pihak Jabatan Perbendaharaan sebagai pengesahan bahawa proses pembayaran balik telah dibuat

Bayaran balik cukai dibuat melalui cek yang mana akan dihantar melalui persuratan oleh pihak Jabatan Perbendaharaan



DEFINASI CUKAI BERTANGGUH




26: Apakah yang dimaksudkan dengan Cukai Bertangguh?

Jawapan:
Cukai Bertangguh ialah cukai yang dikenakan kepada faedah yang dibayar oleh syarikat yang membuat pinjaman kewangan ke dari luar negeri.
Kadar cukai yang dikenakan ialah sebanyak 20%.



DUTI SETEM




27: Apa dia Duti Setem?

Jawapan:
Duti Setem merupakan cukai yang dikenakan ke atas instrumen atau dokumen yang dinyatakan di dalam Jadual Satu di bawah Akta Setem (Penggal 34) yang mana pengiraannya adalah tertakluk kepada jenis instrument atau dokumen.
Mana-mana instrument atau dokumen yang dikenakan Duti Setem hendaklah dibayar dan ditandakan dengan  setem pengecapan (impressed) atau melekat (adhesive) dengan menyatakan harga Duti Setem ke atasnya.



28: Apa dia contoh jenis-jenis instrumen atau dokumen yang dikenakan Duti Setem?

Jawapan:
Antaralain instrumen atau dokumen yang dikenakan Duti Setem adalah seperti berikut:

i.    Perjanjian Sewa (Tenancy or Lease Agreement),
ii.    Share Certificate,
iii.    Transfer of Share,
iv.    Assignment of Monies, Bill of Exchange,
v.    Conveyance,
vi.    Convenant,
vii.    Declaration of Trust



PERMOHONAN BAGI PENGIRAAN DUTI SETEM




29: Apakah dokumen/instrumen perlu dibawa ke Pejabat Bahagian Hasil bagi proses pengiraan bayaran Duti Setem?

Jawapan:
Ya, dokumen/instrumen adalah diperlukan untuk dibawa ke Pejabat Bahagian Hasil bagi kemudahan pengiraan bayaran Duti Setem dan tujuan pengecopan (Stamping).
Menurut Bab 34 Akta Setem (Penggal 34), pemohon dinasihatkan supaya menghadapkan instrumen atau dokumen kepada pihak Pemungut sebelum ianya lagi ditandatangani



30: Berapakah bayaran yang dikenakan ke atas pengiraan bayaran Duti Setem?

Jawapan:
Bayaran perkhidmatan pengiraan sebanyak $25.00 setiap instrumen atau dokumen adalah dikehendaki dibayar terlebih dahulu seperti yang dinyatakan dalam Bab 31 Akta Setem (Penggal 34)



PEMBAYARAN DUTI SETEM




31: Dimanakah pembayaran Duti Setem boleh dibuat?

Jawapan:
Pembayaran bolehlah dibuat di Kaunter Bahagian Hasil, Kementerian Kewangan.
Jika pembayaran Duti Setem diterima daripada pemohon di luar negeri, hendaklah dipastikan bayaran setem pos disertakan bagi penghantaran balik instrumen atau dokumen berkenaan



KELAMBATAN EMBAYAR DUTI SETEM




32:    Apakah denda yang dikenakan jika instrumen atau dokumen lambat dihadapkan untuk dicop Duti Setem?
Bagi instrumen yang dibuat/dikeluarkan/ditandatangani  di Negara Brunei, (Bab 39 Akta Setem (Penggal 34)

Jawapan:
Denda akan dikenakan jika instrumen lambat diterima lebih 14 hari  sebanyak DUA (2) kali ganda dari jumlah cukai yang kurang atau denda $10, yang mana satu jumlah yang lebih besar.

Bagaimanapun, jika instrumen terlambat dihadapkan lebih dari 3 bulan akan dikenakan denda 5 (Lima)kali ganda jumlah cukai yang kurang atau denda $25, yang mana satu jumlah yang lebih besar.

Contoh:
i) Lebih 14 hari

Instrumen/Dokumen Duti Setem Jika 2 kali ganda Denda
Share Certificate 10 sen 20 sen $10.00


Denda yang dikenakan ialah $10.00

Contoh:
ii) Lebih tiga (3) bulan
Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE MicrosoftInternetExplorer4

Instrumen/Dokumen Duti Setem Jika 5 kali ganda Denda
Share Certificate 10 sen 50 sen $25.00


Denda yang dikenakan ialah $25.00



PENGELUARAN LESEN JURUAUDIT YANG DIBENARKAN




33: Bagaimanakah untuk memohon mendapatkan Lesen Juruaudit?

Jawapan:
Borang permohonan boleh didapati di kaunter Bahagian Hasil, Kementerian Kewangan.

Borang yang telah diisikan hendaklah dikembalikan dengan menyertakan dokumen-dokumen berikut:
•    curriculum vitae
•    sijil-sijil kelayakan
•    surat sokongan pihak firma juruaudit dimana pemohon pernah bekerja



34: Apakah syarat-syarat kelayakan untuk mendapatkan Lesen Juruaudit Yang Dibenarkan?

Jawapan:
Menurut Akta Syarikat-Syarikat (Aturan Juruaudit, 1997), pemohon hendaklah memenuhi syarat-syarat yang berikut bagi mendapatkan Lesen Juruaudit Yang Dibenarkan:-

•    Kelayakan pemohon - mempunyai kelulusan ikhtisas (ACCA, CPA dsb);
•    Berkhidmat dengan firma Juruaudit Antarabangsa tidak kurang dari 5 tahun;
•    Mempunyai pengalaman pengauditan tidak kurang dari 5 tahun;
•    Jawatan hendaklah sekurang-kurangnya Juruaudit Pelatih;
•    Mempunyai rakan kongsi Juruaudit tempatan (bagi pemohon yang mempunyai kad pengenalan hijau)



35: Berapakah bayaran yuran Lesen Juruaudit?

Jawapan:
Setiap juruaudit yang diberikan Lesen Juruaudit Yang Dibenarkan dikehendaki membayar yuran tahunan sebanyak B$500.00



36: Berapa lamakah tempoh kuatkuasa lesen yang diberikan?

Jawapan:
Lesen Juruaudit sah diperlakukan bagi tempoh SATU (1) tahun iaitu mulai Januari hingga Disember.



37: Berapa lamakah pemohon baru akan mendapatkan jawapan permohonan bagi mendapatkan Lesen Juruaudit Yang Dibenarkan?

Jawapan:
Ianya adalah tertakluk kepada maklumat-maklumat yang disertakan dan penelitian yang mana ianya akan mengambil masa sekurang-kurangnya selama dua (2) bulan.



38: Apakah tindakan-tindakan selanjutnya yang perlu dibuat oleh pemohon yang berjaya mendapatkan Lesen Juruaudit Yang Dibenarkan?

Jawapan:
Sebaik sahaja permohonan diluluskan, juruaudit berkenaan dikehendaki untuk membayar yuran tahunan Lesen Juruaudit Yang Dibenarkan sebanyak $500.00 dan resit bayaran akan dikeluarkan bagi pengesahan bayaran

Pemohon berkenaan akan diiktirafkan sebagai Juruaudit Yang Dibenarkan dengan diberikan Lesen tahunan dan surat kebenaran untuk mengaudit, dan diwartakan di dalam Warta Kerajaan bagi tahun tertentu



39:Adakah permohonan yang tidak diluluskan akan dimaklumkan kepada pemohon berkenaan?

Jawapan:
Ya, jika permohonan tidak diluluskan, pemohon akan menerima surat jawapan tidak disokong melalui persuratan yang mana mengambil masa sekurang-kurangnya lima (5) hari selepas proses permohonan tersebut



SYARAT-SYARAT PEMBAHARUAN LESEN JURUAUDIT




40: Apakah syarat-syarat untuk membaharui Lesen Juruaudit?

Jawapan:
Mana-mana Juruaudit yang telah diberikan Lesen bagi tahun tertentu ingin membaharui lesen berkenaan hendaklah menghantar permohonan tersebut tiga (3) bulan sebelum mansuh lesen berkenaan dengan menyertakan maklumat-maklumat seperti berikut:-
•    Seorang Juruaudit hendaklah berada di Negara Brunei Darussalam tidak kurang 90 hari dalam masa setahun bagi pemegang kad pengenalan berwarna hijau dan ungu;
•    Mempunyai rakan kongsi pemegang kad pengenalan berwarna kuning atau ungu;
•    Mempunyai rekod yang bersih; dan
•    Menyertakan program kerja firma audit bagi perancangan tiga (3) tahun akan datang.

Juruaudit berkenaan juga hendaklah menyertakan bayaran Yuran Lesen Tahunan (B$500.00) bagi membaharui lesen Juruaudit Yang Dibenarkan

Lesen pembaharuan akan diagihkan kepada Juruaudit berkenaan berserta surat kebenaran untuk mengaudit dan resit asal pembayaran yuran Lesen

Penyerahan akan dibuat pada awal bulan Januari yang mana Juruaudit yang diluluskan atau wakil akan dihubungi melalui telefon untuk mengambil lesen berkenaan di kaunter Bahagian Hasil

Pengesahan penerimaan daripada Juruaudit atau wakil akan dibuat yang mana penerima lesen berkenaan dikehendaki menandatangani di atas salinan surat kebenaran