1: Tempat-tempat masuk/keluar dan pendaratan yang sah?
2: Cukai-cukai kastam?
3: Pemeriksaan barang-barang?
4: Barang-barang yang dibolehkan import & eksport?
5: Perlukah setiap barangan import & eksport diikrarkan kepada Kastam ?
6: Siapakah yang berkelayakan untuk mengikrarkan barang-barang yang diimport ?
7: Apakah syarat yang melayakkan pengimport/pengeksport untuk berurusan dengan Jabatan Kastam?
8: Dimana kah Pendaftaran Syarikat Dibuat?
9: Apakah dokumen yang diperlukan semasa pendaftaran?
10: Larangan dan sekatan bagi import dan eksport?
11: Apa yang dimaksudkan dengan lesen atau permit ?
12: Bagaimana lesen/permit diperolehi ?
13: Adakah terdapat syarat tambahan selain dari lesen/permit yang dikeluarkan oleh Jabatan/Agensi yang bertanggungjawab ?
14: Jenis barang-barang dan Jabatan / Agensi Kerajaan yang bertanggungjawab dalam mengeluarkan lesen/permit.?
15: Pelepasan Kastam?
16: Dokumen sokongan?
17: Kaedah pemerosesan?
18: Bagaimana permohonan diproses?
19: Kelulusan (pass for import) oleh Pegawai kanan?
20: Bahagian Pemeriksaan?
21: Pelepasan Akhir?
22: Pemeriksaan lanjut atau 100%?
23: Barang-barang persendirian?
24: Minuman Keras?
25: Pengecualian cukai import keatas barang-barang orang yang bertukar kediaman?
26: Kelayakan pengecualian cukai import keatas kenderaan bermotor?
27: Penilaian Harga?
28: Bagaimana kebenaran / A.P (Approval Permit) diperolehi ?
29: Barang barang Transit
30: Barang-barang yang boleh di “transit” ?
31: Bagaimanakan barang tersebut di kategorikan sebagai barangan transit ?
32: Perlukah barang-barang transit diikrarkan ?
33: Apakah dokumen yang diperlukan semasa pengikraran ?
34: Prosedur transit?
35: Apakah asas penilaian bagi menetukan harga barangan yang diimport ?
36: Adakah elemen-elemen tambahan yang perlu dimasukira selain harga barangan yang diimport ?
37: Kaedah?
38: Apakah tanggungjawab pengimport / Pengeksport keatas perjenisan ?
39: Bagaimana jika terdapat keraguan dalam perjenisan (classification) ?
40: Pra perjenisan barangan (Pre Entry Classification)?
41: Apa yang dimaksudkan dengan Pra perjenisan barangan?
42: Adakah perjenisan melalui sistem ini dikira sah atau boleh dibatalkan ?
43: Bagaimana dan dimana permohonan bagi sistem ini dihadapkan ?
44: Adakah bayaran (Fees) dikenakan ?
45: Berapa lamakah permohonan ini diproses ?
46: Kebenaran masuk (Approval Permit - A.P)?
47: Import Semula (Re-Import)?
48: Permohonan bagi kebenaran eksport?
49: Dokumentasi?
50: Apakah Cukai Import dikenakan keatas barangan yang dimasukkan semula (re-import) ?
51: IMPORT SEMENTARA?
52: Jenis barang-barang yang dibenarkan untuk import sementara?
53: Surat kebenaran atau pengesahan?
54: Jangka masa Import sementara yang dibenarkan?
55: Bolehkah tempoh masa dilanjutkan ?
56: Bagaimana jika gagal mengeluarkan (eksport) dalam tempoh yang ditetapkan ?
57: Perlukah sekuriti atau wang jaminan ?
58: Bolehkah wang jaminan dikembalikan ?
59: Apa dia Pulangan Balik Cukai (Refund) dan Tarikan Balik Cukai (Drawback) ?
60: “Pulangan Balik Cukai (Refund)” dan “Tarikan Balik Cukai (Drawback)” yang dibolehkan?
61: Kategori yang dibolehkan untuk “Tarikan Balik Cukai (Drawback)”?
62: Syarat dan peraturan kebenaran masuk (A.P) bagi barang am dan termasuk dibawah perintah sekatan & larangan Kastam bab 28 Akta Kastam?
63: Syarat dan peraturan kebenaran masuk ( A.P ) kereta terpakai?
64: Syarat dan peraturan kebenaran masuk ( A.P ) jentera berat (kenderaan)?
65: Syarat dan peraturan pengecualian cukai impot mesin industri?
66: SYARAT DAN PERATURAN PERMOHONAN PULANGAN BALIK CUKAI (REFUND)?
67: Syarat dan peraturan permohonan tarikan balik cukai (Drawback)?
68: Syarat-syarat bagi masuk sementara kenderaan persendirian dan perniagaan?
69: Syarat-syarat mengimpot minuman keras?
70: Tekad Pemendulian orang ramai (TPOR) Jabatan Kastam & Eksais Diraja?
1: Tempat-tempat masuk/keluar dan pendaratan yang sah?
Jawapan:
(I) Melalui Udara
- Lapangan Terbang Antarabangsa, Negara Brunei Darussalam
- Brunei Shell Air Strip
(II) Melalui Laut
- Pelabuhan Muara
- Terminal Feri Serasa
- Pos Kawalan Putat
- Dermaga Belait
(III) Melalui Darat
- Pos Kawalan Kastam Sungai Tujuh
- Pos Kawalan Kastam Kuala Lurah
- Pos Kawalan Kastam Puni
- Pos Kawalan Kastam Labu
2: Cukai-cukai kastam?
Jawapan:
(a) Setiap barangan bercukai yang diimport ke Negara Brunei Darussalam adalah tertakluk kepada Perintah Cukai Import Kastam yang berkuatkuasa pada masa ini.
(b) Tarif Keutamaan Sama Rata ASEAN (CEPT) boleh diberikan kepada pengimport menurut kelayakan yang diberikan oleh Kementerian Sumber-sumber Utama (MIPR).
(c) Sebahagian besar cukai import yang dikenakan berasaskan kepada kadar “Ad Valorem” dan sebahagian kecil sahaja kadar cukai berasaskan kadar “Specific”. Kadar “Ad Valorem” ialah kadar peratus yang dinilai dari harga barangan seperti 20%, manakala kadar “Specific” pula adalah kadar harga yang dikira dari jumlah berat atau kuantiti seperti $60. per Kg. atau $220 per tonne.
(d) Penentuan bagi perjenisan (classification) barangan yang diimport sama ada bercukai atau tidak adalah berpandukan kepada Brunei Trade Classification iaitu Harmonised Commodity Description and Coding System, versi 1996.
(e) Negara Brunei Darussalam tidak mengenakan sebarang cukai eksport bagi pengeksportan barangan dari negara ini sejak tahun 1973. Ianya adalah bagi menggalakan perusahaan tempatan
3: Pemeriksaan barang-barang?
Jawapan:
i) Lazimnya pemeriksaan akan dilakukan keatas sesuatu konsinmen iaitu dari kadar minima 10% sehingga kepada tahap pemeriksaan menyeluruh (bergantung kepada keadaan dan arahan tertentu keatas barangan tersebut).
ii) Pemeriksaan dijalankan juga disaksikan oleh pengimport atau wakilnya. Pengimport atau wakilnya juga bertanggunjawab untuk membuka, membungkus semula, menyusun atau menanda barangan tersebut dan mana-mana tindakan yang munasabah diarahkan oleh Pegawai Kastam yang bertugas.
iii) Pemeriksaan dijalankan di Pelabuhan mengimport / mengeksport atau tempat yang dibenarkan oleh Pengawal Kastam. Jika pengimport atau wakilnya memohon barangan mereka diperiksa diluar waktu berkerja mereka hendaklah membayar Kerja Lebih Masa kepada Kastam.
iv) Pemeriksaan dilakukan dengan memuaskan hati Pegawai Kastam yang bertugas.
4: Barang-barang yang dibolehkan import & eksport?
Jawapan:
Semua barang-barang boleh diimport atau dieksport kecuali barang-barang yang tergolong dibawah Bab 28 Akta Kastam 1984 iaitu barang-barang tegahan, sekatan dan kawalan.
5: Perlukah setiap barangan import & eksport diikrarkan kepada Kastam ?
Jawapan:
Setiap barangan yang diimport/eksport perlu diikrarkan ke Jabatan Kastam menggunakan borang deklarasi kastam kecuali barang-barang berikut;
- Barang-barang penumpang yang dibawanya sendiri atau yang digunakan sendiri sewaktu ketibaan penumpang berkenaan.
- Barang-barang yang didatangkan melalui pos kecuali barang-barang bercukai.
6: Siapakah yang berkelayakan untuk mengikrarkan barang-barang yang diimport ?
Jawapan:
- Pemilik
- Wakil
7: Apakah syarat yang melayakkan pengimport/pengeksport untuk berurusan dengan Jabatan Kastam?
Jawapan:
Pendaftaran Trader atau agen ID
- Setiap syarikat atau agen/forwarder dimestikan untuk mendaftar ke Jabatan Kastam bagi membolehkan mereka membuat sebarang urusan dengan Jabatan Kastam.
- Pendaftaran bagi orang-orang persendirian tidak dimestikan, bagaimanapun mereka dinasihatkan untuk menggunakan khidmat agen-agen Kastam (forwarders).
8: Dimana kah Pendaftaran Syarikat Dibuat?
Jawapan:
- Pemohon hendaklah melengkapkan borang permohonan yang disediakan di Unit Perkhidmatan Pelanggan, Ibu Pejabat Kastam dan Eksais Diraja, Jalan Menteri Besar.
- Permohonan yang diterima akan dimasukkan ke dalam sistem berkomputer (CCIS).
9: Apakah dokumen yang diperlukan semasa pendaftaran?
Jawapan:
- Salinan Sijil pendaftaran syarikat.
- Salinan Kad Pengenalan pintar.
10: Larangan dan sekatan bagi import dan eksport?
Jawapan:
Negara Brunei Darussalam masih mengenakan Larangan/Tegahan dan Sekatan/Kawalan keatas sebahagian jenis barangan sama ada untuk Import, Import semula, Eksport dan Eksport semula sepertimana yang terdapat dalam peruntukan Akta Kastam 1984 (Bab 28). Terdapat 4 jadual dalam Perintah Kastam (Larangan dan Sekatan) bagi import dan eksport.
Jadual Pertama: Larangan bagi import
Mana-mana orang adalah dilarang sama sekali untuk mengimport atau membawa masuk kedalam negara ini barangan yang disenaraikan dalam jadual ini.
- Dadah merbahaya seperti Opium, Heroin, Morphine, dan bahan-bahan Psychotrapic seperti LSD, DET, DMT, DOM, Mescaline, Barbiturates dan Amobarbital
- Arms and ammunitions
- “SALK” polio vaccine
- Java sparrows (padda oryzivora)
- Babi ternakan dalam negeri atau eksport dari Thailand
- Fire crackers (known as “double bangers”)
- Vaccines of Chinese Taipei origin
- Cigarettes without health warning written on their package
- Fabric of tissues consisting of any fibre whatsoever and of any other article whatsoever which fibre or tissue or other articles bear the imprint of any currency note, bank note or coin which are or have at any time been issue or current in any country whatsoever.
Jadual Kedua: Sekatan Bagi import
Mana-mana orang adalah disekat untuk mengimport atau membawa masuk kedalam negara ini barangan yang disenaraikan dalam jadual ini kecuali mendapat kebenaran dari atau bagi pihak Pengawal Kastam.
- Any living plant or planting material
- Live cattle and birds
- Pin table, fruit machines, slot machines and any other tables or machines of a like nature whether involving an element of change or not
- Persian glue
- Poisons and deleterious drugs
- Rice paddy and the products thereof
- Separated skimmed or filled milk
- Poh Ka,, Poh Kah or Poh Kau
- Koyoh or Koyok
- Liow Ko
- Ch’ow Ko
- Gula, Garam dan Converted Timber
- Used (including reconditioned) motorcars, motorcycles, lorries, omnibuses, including mini buses, tractor and trailers
- Alcohlic liquors
- Any radioactive materials
Jadual Ketiga: Larangan bagi eksport
Mana-mana orang adalah dilarang sama sekali untuk mengeksport atau membawa keluar dari negara ini barangan yang disenaraikan dalam jadual ini.
- Prawn refuse and copra cake
- Stone or Gravel
Jadual Keempat: Sekatan bagi eksport
Mana-mana orang adalah disekat untuk mengeksport atau membawa keluar dari negara ini barangan yang disenaraikan dalam jadual ini kecuali mendapat kebenaran dari atau bagi pihak Pengawal Kastam.
- Derris Species (tuba)
- Elaeis Quineesis (oil palm)
- Rice, Paddy and product their of
- Timber class 1A, 1B, 1C, Nibong, Rattans
- Article of an antique or historical nature made or discovered in Brunei Darussalam
- Kerosene
- Cigarettes
- Alcoholic Liquors
- Sugar
- Premium and Regular Gasoline
- Diesoline
11: Apa yang dimaksudkan dengan lesen atau permit ?
Jawapan:
Lesen atau permit adalah pengesahan atau kebenaran yang diberikan/keluarkan oleh Jabatan/Agensi Kerajaan yang berkaitan dan yang bertanggungjawab keatas barang-barang tersebut sebelum barang-barang tersebut diimport atau dieksport.
12: Bagaimana lesen/permit diperolehi ?
Jawapan:
Permohonan secara bertulis atau menggunakan borang tertentu (takluk kepada kehendak Jabatan/Agensi berkenaan) hendaklah dihadapkan kepada Jabatan/Agensi Kerajaan yang bertanggungjawab terhadap sesuatu barangan yang tergolong dalam sekatan dan kawalan.
13: Adakah terdapat syarat tambahan selain dari lesen/permit yang dikeluarkan oleh Jabatan/Agensi yang bertanggungjawab ?
Jawapan:
Terdapat sebahagian barang-barang sekatan atau kawalan memerlukan A.P Kastam (Approval Permit) yang dikeluarkan oleh Jabatan Kastam selain dari lesen/permit yang dikeluarkan oleh agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan sebelum ianya diimport atau eksport.
14: Jenis barang-barang dan Jabatan / Agensi Kerajaan yang bertanggungjawab dalam mengeluarkan lesen/permit.?
Jawapan:
|
Jenis Barang-Barang |
Jabatan / Agensi Kerajaan |
Talian(Hotlines) / email |
|
|
·Polis DiRaja Brunei |
·+673-2459500-
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
|
|
Daging-Daging Halal, Segar, Sejuk dan Beku |
|
|
|
|
·Polis Diraja Brunei |
·+673-2459500- This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it |
|
|
·Jabatan Pertanian |
·+673-2380144- This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it |
|
|
·Jabatan Perikanan |
·+673-2382068- This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it |
|
|
·Kementerian Kesihatan |
·+673-2381640- This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it |
|
|
·Jabatan Telekom |
·+673-2382382-
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
|
|
|
·Jabatan Pengangkutan Darat |
·+673-2451979-
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
|
|
|
·Jabatan Perhutanan |
·+673-2381013- This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it |
|
|
·Jabatan Adat Istiadat |
·+673-2243971- This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it |
|
|
·Jabatan Muzium-Muzium |
·+673-2244545- This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it |
|
|
·Kementerian Perindustrian dan |
·+673-2382822- This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it |
|
|
·Jabatan Teknologi Maklumat dan |
·+673-2423151- This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it |
|
|
·Jabatan Perdana Menteri |
·+673-2242780- This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it |
15: Pelepasan Kastam?
Jawapan:
Barang-barang dagangan yang diImport, Eksport, Re-import dan Re-eksport hendaklah terlebih dahulu diikrarkan kepada Jabatan Kastam dengan menggunakan Borang Khas. Permohonan tersebut beserta dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan terlebih dahulu diteliti dan diluluskan sebelum barang-barang tersebut dibenarkan keluar dari kawalan Kastam.
16: Dokumen sokongan?
Jawapan:
Borang Deklarasi Kastam yang dihadapkan hendaklah dalam 3 salinan dan disertakan beberapa dokumen sokongan seperti berikut;
a) Inbois atau surat belian.
b) Surat Bayaran Tambang dan Insuran
c) Delivery Order atau Air Waybill
d) Packing List
e) Surat wakil
Selain dari dokumen diatas, pengimport juga bertanggungjawab mengadakan dokumen-dokumen yang berkaitan dengan pengimportan barangan berkenaan mengikut keperluan pihak Kastam bagi maksud ketepatan / kelurusan barangan yang diikrar tersebut seperti berikut;
- Pengakuan asal (certificate of origin).
- Pengakuan Periksa (Certificate of analysis).
- A.P (Approval Permit) yang diluluskan oleh Jabatan Kastam.
- Lesen import yang diluluskan oleh Jabatan/Agensi Kerajaan yang berkaitan.
- Pengesahan Import dari Jabatan/Agensi Kerajaan yang berkaitan.
- Sijil Pengesahan dari Agensi yang diperakui diluar negeri.
- Lain-lain dokumen yang berkaitan.
17: Kaedah pemerosesan?
Jawapan:
Terdapat dua kaedah pemerosesan borang-borang deklarasi yang dihadapkan seperti berikut;
A. Penggunaan diskette (soft copy)
Data dan maklumat yang terdapat dalam diskette secara automatik dimasukkan kedalam sistem CCIS.
B. Penggunaan borang deklarasi sahaja
Data dan maklumat akan dimasukan secara manual kedalam sistem CCIS
Nota:
Borang Deklarasi Kastam (Customs Declaration Form) masih dikehendaki untuk dihadapkan kepada pegawai-pegawai kastam bertugas bagi kedua-dua kaedah ini yang dinyatakan diatas.
18: Bagaimana permohonan diproses?
Jawapan:
Pendaftaran
Pendaftaran borang deklarasi kastam dibuat oleh Pegawai-pegawai kastam yang bertugas, termasuk;
i. Mengesahkan penerimaan permohonan seperti tarikh dan waktu penerimaan.
ii. Meneliti kod perjenisan barangan (commodity code)
iii. Meneliti harga barangan (termasuk harga tambang, insurance dan lain-lain kos berkaitan dengan barang yang dimport selain dari cukai Kastam - CIFc)
iv. Menentukan cukai import bagi barangan bercukai.
v. Mengesahkan permohonan seterusnya memberikan bilangan pendaftaran seperti yang terdapat dalam CCIS.
Nota:
- Pengmport bertanggungjawab untuk memasti segala HS kod dan harga yang diikrar dibuat dengan betul bagi mengelak kelambatan.
- Pengmport atau pengeksport digalak untuk menggunakan kaedah diskette bagi mengelak kelambatan
Bayaran Cukai Import
- Permohonan borang deklarasi kastam yang diterima dan disahkan akan diproses bagi bayaran cukai import dan seterusnya mengeluarkan resit cukai import.
- Pembayaran cukai import boleh dibuat di Opis-opis kastam dalam waktu-waktu Pejabat.
- Bayaran cukai Import boleh dibuat secara Tunai atau Cek terjamin.
Pengesahan Manifest
Permohonan borang deklarasi kastam yang telah dibayar cukai import akan diteliti bagi;
I. Memestikan jumlah kuantiti dan tanda-tanda (marking) barangan betul.
II. Mengesahan Manifest.
19: Kelulusan (pass for import) oleh Pegawai kanan?
Jawapan:
I. Permohonan borang deklarasi kastam yang telah selesai diproses di bahagian kaunter Kastam akan disemak semula sebelum diluluskan oleh Pegawai kanan yang bertugas.
II. Permohonan yang diluluskan akan diserahkan kepada pemohon untuk dihadapkan ke Bahagian Pemeriksaan.
20: Bahagian Pemeriksaan?
Jawapan:
Sebelum pemeriksaan dijalankan Pegawai kanan bertugas terlebih dahulu akan menentukan nama atau bilangan Pegawai Pemeriksa yang akan ditugaskan untuk menjalankan pemeriksaan.
21: Pelepasan Akhir?
Jawapan:
Sebelum barangan tersebut dibenarkan keluar dari kawalan kastam, pengimport, wakil atau pemandu kenderaan dikehendaki menunjukkan salinan borang deklarasi kastam yang disahkan oleh pegawai yang menjalankan pemeriksaan kepada pegawai yang bertugas dipintu kawalan kastam.
22: Pemeriksaan lanjut atau 100%?
Jawapan:
Pemeriksaan lanjut atau 100% sesuatu konsinmen akan dilakukan sebelum barang-barang tersebut dibenarkan keluar. Pemeriksaan tersebut berdasarkan kepada beberapa sebab antaranya;
A. Jika dikesan sebarang penipuan seperti perbezaan jenis barang dan jumlah kuantiti dari yang diikrarkan.
B. Lapuran profil resiko barangan dan pengimport dari pihak perisikan, Bahagian Pencegahan.
C. Jika dikesan sebarang barang-barang tegahan yang tidak ada lesen atau kebenaran dari Jabatan/ Agensi Kerajaan yang berkaitan.
23: Barang-barang persendirian?
Jawapan:
Seksyen 9, Bahagain B Perintah Cukai Import Kastam 1973, penumpang-penumpang berumur 17 dan keatas yang tiba ke negara ini dibolehkan membawa barang-barang kepunyaan mereka sendiri dengan tidak melebihi konsesi yang diberikan seperti;
i. Barangan yang sudah digunakan sendiri (bukan baharu);
ii. Minyak wangi - 60 mililitres
iii. Air wangi - 250 grams
24: Minuman Keras?
Jawapan:
i. Bagi penumpang-penumpang yang tidak beragama Islam dan berumur 17 dan keatas yang tiba ke negara ini dibolehkan membawa dengan tidak melebihi konsesi yang diberikan seperti berikut;
2 botol minuman keras (liquor) kira-kira 2 Quart
12 tin beer
ii. Pemilik dikehendaki mengikrarkan minuman berkenaan kepada pegawai-pegawai kastam yang bertugas ditempat minuman didatangkan.
iii. Borang Khas bagi minuman keras boleh diperolehi di Pos-pos Kawalan atau Cawangan Kastam dan kapal-kapal penumpang.
iv. Syarat Syarat Mengimport Minuman Keras
25: Pengecualian cukai import keatas barang-barang orang yang bertukar kediaman?
Jawapan:
Seseorang atau sesiapa yang bertukar kediaman dari mana-mana negara ke Negara Brunei Darussalam boleh dikecualikan cukai import keatas barang-barang mereka seperti berikut;
- Barang-barang pakaian yang terpakai.
- Barang-barang persendirian dan perkakas rumah yang telah digunapakai diluar negara, tempat tinggal mereka yang terdahulu.
- Sebuah kenderaan bermotor kepunyaan sendiri.
26: Kelayakan pengecualian cukai import keatas kenderaan bermotor?
Jawapan:
Pengecualian cukai import keatas kenderaan bermotor milik persendirian yang dibawa bersama kerana bertukar kediaman hanya boleh diberikan setelah memenuhi syarat-syarat berikut;
- Hendaklah dimiliki dan didaftarkan atas nama pemohon sahaja,
- Pemilikan tersebut hendaklah tidak kurang dari 12 bulan dan ianya tidak termasuk pelayaran.
27: Penilaian Harga?
Jawapan:
Pemohon yang gagal memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan akan dikenakan cukai import.
I. Cukai yang dikenakan bergantung kepada penilaian (nilai susut) yang dibuat oleh Jabatan Kastam.
II. Nilai susut yang dibuat berasaskan kepada harga yang diperolehi dari pasaran tempatan.
III. Jika kenderaan tersebut tidak terdapat dalam pasaran tempatan maka asas harganya akan ditentukan mengikut jenis yang seakan-akan sama dengannya yang terdapat dipasaran tempatan.
28: Bagaimana kebenaran / A.P (Approval Permit) diperolehi ?
Jawapan:
Pemohon yang berhajat bagi mendapatkan pengecualian cukai import keatas kenderaan yang mereka bawa sebagai barang persendirian hendaklah terlebih dahulu mendapatkan;
I. Kebenaran dari Pengarah Jabatan Pengangkutan Darat.
II. Surat Kebenaran dari Jabatan Pengangkutan Darat dan dokumen-dokumen berkaitan hendaklah dihadapkan kepada Jabatan Kastam bagi mendapatkan A.P (Approval Permit). Dokumen sokongan yang dikehendaki adalah seperti berikut;
- Sijil eksport bagi kenderaan tersebut
- Inbois belian
- Pengesahan dari Agensi Kerajaan yang berkaitan
- Pengesahan belajar dari institusi pengajian yang berkenaan
- Salinan pasport pemohon
III. A.P (Approval Permit) hendaklah terlebih dahulu diluluskan sebelum kenderaan berkenaan didatangkan ke negara ini.
29: Barang barang Transit?
Jawapan:
Transit atau dikenali sebagai persinggahan bagi barang-barang yang didatangkan dari luar negara melalui jalan darat, laut atau udara sama ada didaratkan atau tidak atau dipindah muatan dalam negara ini khusus untuk dibawa ke lain-lain negara sama ada dengan pengangkutan yang sama atau dengan pengangkutan yang lain. Barang barang transit mestilah dinyatakan dalam MANIFEST bahawa penerima (CONSIGNEE) barangan tersebut dikhususkan untuk transit dan bukan lah untuk tujuan lain.
30: Barang-barang yang boleh di “transit” ?
Jawapan:
Semua barang-barang boleh di “transit” kecuali barang-barang yang tergolong dibawah barang-barang kawalan, dan larangan.
31: Bagaimanakan barang tersebut di kategorikan sebagai barangan transit ?
Jawapan:
Barangan tersebut perlu disokong oleh keterangan inward Manifest
Manifest hendaklah menyatakan distinasi barangan tersebut hendaklah dikhususkan untuk luar negara (bukan untuk kegunaan dalam negeri).
32: Perlukah barang-barang transit diikrarkan ?
Jawapan:
Barang-barang transit hendaklah diikrarkan dimana mana Pos Kawalan Kastam yang pertama barangan tersebut dimasukkan.
33: Apakah dokumen yang diperlukan semasa pengikraran ?
Jawapan:
Salinan Inbois
Kenyatan pembungkusan (Packing list)
Lain lain keterangan yang berkaitan dengannya.
34: Prosedur transit?
Jawapan:
Local Permit
- Permohonan bagi barang-barang yang telah diluluskan akan dikeluarkan local permit oleh mana-mana Cawangan atau Pos Kawalan Kastam yang berkaitan.
- Permohon hendaklah menyerahkan salinan asal local Permit di tempat Pos Kawalan terakhir (barangan tersebut dikeluarkan).
Segel (seal) Kastam
- Barang barang yang menggunakan kemudahan kontina akan disegel (seal) tanpa dikenakan bayaran deposit.
- Dengan keadaan apa sekalipun, segel (seal) kastam yang dipasang keatas kontina tidak boleh dibuka atau dipecahkan atau dirosakkan.
- Segel akan diperiksa oleh Pegawai Pegawai bertugas di distinasi Pos Kawalan Kastam yang terakhir.
- Pegawai bertugas di distinasi Pos Kawalan Kastam yang terakhir berkuasa untuk membuka dan memeriksa kontina tersebut jika ada keraguan atau atas sebab sebab tertentu.
- Barang barang bercukai yang dimuat selain mengggunakan kemudahan kontina (loose Cargo) akan dikenakan bayaran deposit.
Sekuriti
- Deposit dikenakan dalam bentuk jaminan bank tempatan (local Banker's Guarantee) yang juga dikenali sebagai "Custom's bond".
- Tempoh Customs Bond adalah mengikut kebenaran yang diberikan oleh bank tempatan dan tidak melebihi tempoh sehingga satu (1) tahun.
- Deposit dikenakan mengikut kadar cukai impot.
35: Apakah asas penilaian bagi menetukan harga barangan yang diimport ?
Jawapan:
Penilaian (harga) kastam bagi barangan yang diimport berasaskan kepada rule atau kaedah yang dipraktiskan didalam perjanjian WTO Valuation Code. Penilaian yang dibuat mengikut kaedah-kaedah seperti berikut;
Kaedah1 : Harga sebenarnya dibayar atau akan dibayar keatas barang-barang tersebut. Nilai tambang, insuran dan kos-kos pengangkutan juga akan dimasuk kira dalam menentukan nilai harga sebenar bagi maksud pengiraan cukai kastam
Kaedah 2 : Harga bagi barang-barang yang sama
Kaedah 3 : Harga bagi barang-barang yang serupa
Kaedah 4 : Nilai Tolakan (Deductive)
Kaedah 5 : Nilai Campuran (Computed)
Kaedah 6 : Kaedah Anjal dan Munasabah (Flexible and Reasonable)
Dalam membuat penilaian, pihak Kastam akan menggunakan rule atau kaedah secara hiraki bukan sebaliknya sebagai contoh jika kaedah 1 gagal untuk mencapai nilai (harga) sebenar maka kaedah ke 2 boleh digunapakai dan begitulah seterusnya.
36: Adakah elemen-elemen tambahan yang perlu dimasukira selain harga barangan yang diimport ?
Jawapan:
Negara Brunei Darussalam menetapkan bahawa selain dari nilai barangan yang ditentukan melalui kaedah, beberapa elemen atau kos seperti dibawah akan juga dimasuk kira bagi maksud mengenakan cukai import Kastam iaitu kaedah penggunaan CIFc antaranya;
i. Insuran
ii. Tambang
iii. Caj perkhidmatan dan
iv. Semua caj-caj yang dikenakan terhadap pembelian dan penghantaran barangan tersebut ditempat cukai import dibayar seperti Komesen Jualan, Royalti dan bayaran lesen.
37: Kaedah?
Jawapan:
Klasifikasi (classification) barangan yang dilaksanakan oleh Jabatan ini adalah mengikut piawaian (standard) Konvensyen antarabangsa keatas “Harmonized Commodity and Coding System” iaitu dalam versi 1996. Bagaimanapun buat masa ini Negara Brunei Darussalam belum lagi mengikuti piawaian (standard) tersebut dengan sepenuhnya.
38: Apakah tanggungjawab pengimport / Pengeksport keatas perjenisan ?
Jawapan:
Pengimport / pengeksport atau wakilnya bertanggungjawab untuk menentukan perjenisan (classification) keatas barangan yang mereka import atau eksport.
39: Bagaimana jika terdapat keraguan dalam perjenisan (classification) ?
Jawapan:
i) Pengimport / pengeksport atau wakilnya bolehlah mendapatkan khidmat perjenisan di Unit Klasifikasi Kastam, Ibu Pejabat Kastam dan Eksais Diraja, Jalan Menteri Besar.
ii) Rujukan dalam bentuk phamplets, brochures dan lain-lain ataupun contoh barangan (jika perlu) hendaklah dihadapkan bersama.
iii) Proses menentukan perjenisan boleh diselesaikan dalam masa 3 hari waktu bertugas.
40: Pra perjenisan barangan (Pre Entry Classification)?
Jawapan:
Bagi membantu dan memudahkan golongan peniaga dalam mengenalpasti dalam perjenisan barangan dengan lebih tepat terutama yang berkaitan dengan percukaian sistem pra perjenisan pemohon bolehlah menghadapkan permohonan kepada Unit Klasifikasi Kastam, Ibu Pejabat Kastam dan Eksais Diraja, Jalan Menteri Besar.
41: Apa yang dimaksudkan dengan Pra perjenisan barangan?
Jawapan:
- Pra perjenisan adalah kaedah bagi menentukan perjenisan sesuatu barangan sebelum barangan tersebut didatangkan.
- Kaedah ini juga boleh membantu golongan peniaga dalam menghindarkan sebarang keraguan yang berkaitan dengan perjenisan dan juga percukaian.
42: Adakah perjenisan melalui sistem ini dikira sah atau boleh dibatalkan ?
Jawapan:
- Perjenisan yang ditentukan melalui sistem ini dikira sah dan diterima pakai sewaktu pengikraran di kaunter-kaunter kastam dilakukan.
- Perjenisan melalui kaedah ini tidak akan dikira sah jika barangan yang didatangkan tidak menepati atau bercanggah dengan contoh-contoh barangan yang dikemukakan.
43: Bagaimana dan dimana permohonan bagi sistem ini dihadapkan ?
Jawapan:
- Sesiapa yang berhajat untuk mendapatkan khidmat tersebut bolehlah mendapatkan borang permohonan dan dihadapkan kepada Unit Klasifikasi Kastam, Ibu Pejabat Kastam dan Eksais Diraja, Jalan Menteri Besar.
- Borang tersebut hendaklah dihadapkan beserta dengan dokumen-dokumen sokongan yang lengkap dan betul seperti, phamplets, brochures dan lain-lain keterangan yang berkaitan ataupun contoh barangan (jika perlu).
44: Adakah bayaran (Fees) dikenakan ?
Jawapan:
Pada masa ini Jabatan Kastam dan Eksais Diraja tidak mengenakan sebarang bayaran atau fee bagi mendapatkan perkhidmatan pra perjenisan (pre entry classification).
45: Berapa lamakah permohonan ini diproses ?
Jawapan:
- Permohonan ini akan diproses dalam masa 7 hari waktu bekerja.
- Permohonan yang kurang lengkap akan dimaklumkan kepada pemohon oleh pihak Kastam bagi maksud mendapatkan sebarang maklumat atau sebagainya.
46: Kebenaran masuk (Approval Permit - A.P)?
Jawapan:
A.P Kastam merupakan permit yang dikeluarkan oleh Jabatan Kastam & Eksais Diraja bagi memudahkan jabatan mengambil tindakan bersesuaian kearah langkah-langkah kawalan dan keselamatan dan juga bagi tujuan perangkaan.
Permohonan A.P hendaklah dihadapkan ke Bahagian Perkhidmatan Kastam dan Teknik dan disertakan dengan dokumen sokongan sebagaimana dikehendaki, antaranya :
i. Borang A.P yang telah lengkap diisikan.
ii. Lesen atau kebenaran bertulis dari Agensi-agensi yang berkenaan.
iii. Pernyataan senarai barang-barang (packing list).
iv. Lain-lain dokumen jika berkenaan.
Salinan A.P yang diluluskan hendaklah dihantar (fax) ke cawangan-cawangan Kastam dimana barangan tersebut hendak dikeluarkan.
Pegawai Kastam bertugas Bahagian Perkhidmatan Kastam dan Teknik hendaklah menghubungi Ketua atau Pegawai Kanan cawangan Kastam berkaitan atau Pegawai Incharge (jika ketiadaan mereka) bagi memastikan A.P tersebut diterima untuk persediaan.
3.1 Syarat dan Peraturan Kebenaran Masuk (A.P.) am (General A.P.)
3.2 Syarat dan Peraturan Kebenaran Masuk (A.P.) Kereta Terpakai.
3.3 Syarat dan Peraturan Kebenaran Masuk (A.P.) Jentera Berat (Kenderaan)
3.4 Syarat dan Peraturan Pengecualian Cukai Impot Mesin Industri
47: Import Semula (Re-Import)?
Jawapan:
Import semula merupakan salah satu kemudahan yang membolehkan sesuatu barangan tempatan bercukai atau yang pada asalnya diperolehi dinegara ini dieksport bagi maksud-maksud tertentu dan kemudian diimport semula seperti berikut;
- Untuk proses dibaikpulih sama ada masih dalam lingkungan jaminan atau rosak.
48: Permohonan bagi kebenaran eksport?
Jawapan:
Sebelum barangan terutama barangan bercukai tersebut dieksport, pemilik atau wakilnya hendaklah terlebih dahulu menghadapkan permohonan ke Jabatan Kastam bagi mendapatkan kebenaran. Kegagalan dalam berbuat demikian menyebabkan barangan tersebut akan dikenakan cukai import penuh semasa ianya diimport semula.
49: Dokumentasi?
Jawapan:
Selain dari dokumen yang lazimnya dikehendaki, pengimport juga dikehendaki menghadapkan dokumen seperti berikut;
- Borang deklarasi eksport serta dokumen berkaitan yang digunakan semasa barangan tersebut dikeluarkan dan disahkan oleh pegawai Pemeriksa Kastam.
- Surat kebenaran eksport dari Jabatan Kastam.
- Dokumen-dokumen yang berkaitan
- Import deklarasi
50: Apakah Cukai Import dikenakan keatas barangan yang dimasukkan semula (re-import) ?
Jawapan:
(I) Cukai bagi barang-barang yang diimport semula (re-import) hanya dikenakan keatas elemen-elemen seperti berikut;
- Kos alat-alat ganti
- Kos-kos pembaikan
- Kos pembungkusan
- Kos Tambang dan Insuran (eksport atau eksport semula dan import semula)
- Lain-lain kos yang bersangkut paut dengan barangan yang diimport semula.
(II) Cukai penuh
Cukai penuh akan dikenakan atas sebab berikut;
• Jika pemohon yang gagal membuktikan atau mengadakan borang eksport deklarasi dan dokumen yang berkaitan semasa pengeksportan barangan tersebut. Mesin atau barangan yang diimport semula akan dikenakan cukai import penuh tertakluk kepada nilai semasa barangan tersebut yang akan ditentukan oleh Jabatan Kastam.
• Jika barang-barang yang diimport semula telah mendapat kebenaran “drawback” selepas ianya dikeluarkan.
• Jika rupa, bentuk dan sifatnya telah berubah dari bentuk asalnya.
51: Import sementara?
Jawapan:
Negara Brunei Darussalam belum lagi mengikuti A.T.A Carnet Convention. Bagaimanapun Jabatan Kastam begitu komited dalam memudahlancarkan aliran barang-barang yang dibawa masuk secara sementara tanpa dikenakan cukai import tertakluk kepada maklumat yang tercatit dibawah.
52: Jenis barang-barang yang dibenarkan untuk import sementara?
Jawapan:
- Barang-barang untuk pertunjukkan dan demonstrasi
- Barang-barang contoh perdagangan
53: Surat kebenaran atau pengesahan?
Jawapan:
(A) Bagi maksud pertunjukan atau demonstrasi kepada orang ramai, surat kebenaran hendaklah terlebih dahulu diperolehi dari Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.
(B) Barang-barang untuk demonstrasi kepada Agensi-agensi Kerajaan atau syarikat persendirian, surat pengesahan dari Agensi atau syarikat yang berkenaan hendaklah terlebih dahulu diperolehi.
(C) Surat permohonan untuk import sementara beserta surat kebenaran atau pengesahan dari agensi atau syarikat yang berkaitan hendaklah dihadapkan kepada Jabatan kastam.
54: Jangka masa Import sementara yang dibenarkan?
Jawapan:
- Dalam masa 3 bulan dari tarikh barangan tersebut dimasukkan.
- Hendaklah dikeluarkan selepas tempoh tarikh yang dibenarkan.
55: Bolehkah tempoh masa dilanjutkan ?
Jawapan:
- Tempoh masa kebenaran boleh dilanjutkan sehingga tidak melebihi 6 bulan dari tarikh import yang pertama tertakluk kepada kebenaran Pengawal Kastam.
56: Bagaimana jika gagal mengeluarkan (eksport) dalam tempoh yang ditetapkan ?
Jawapan:
Cukai import penuh akan dikenakan keatas barang-barang tersebut.
57: Perlukah sekuriti atau wang jaminan ?
Jawapan:
Wang jaminan dalam bentuk Tunai atau Cek bank yang terjamin akan dikenakan mengikut jumlah cukai import keatas barang-barang yang diimport sementara.
58: Bolehkah wang jaminan dikembalikan ?
Jawapan:
Wang jaminan akan dikembalikan semula sebaik sahaja barang-barang tersebut dikeluarkan dan segala syarat-syarat eksport dipatuhi.
59: Apa dia Pulangan Balik Cukai (Refund) dan Tarikan Balik Cukai (Drawback) ?
Jawapan:
A. “Pulangan Balik Cukai (Refund)” adalah merupakan pengembalian wang yang telah dibayar lebih oleh pengimport. Bab 13 Akta Kastam memberi kuasa kepada Pengawal Kastam untuk mengembalikan mana-mana wang yang telah dibayar lebih sebagai cukai kastam, sewa gudang atau lain-lain bayaran dibawah Undang-undang ini.
B. “Tarikan Balik Cukai (Drawback)” merupakan bayaran balik sebanyak 9/10 dari cukai import yang telah dibayar keatas mana-mana barang yang diimport kemudian dieksport semula.
60: “Pulangan Balik Cukai (Refund)” dan “Tarikan Balik Cukai (Drawback)” yang dibolehkan?
Jawapan:
Pulangan Balik Cukai (Refund) dan Tarikan Balik Cukai (Drawback) hanya dibolehkan jika tuntutan mengenainya dibuat dalam masa 12 bulan dari tarikh bayaran cukai import dibuat.
61: Kategori yang dibolehkan untuk “Tarikan Balik Cukai (Drawback)”?
Jawapan:
A. Barang yang telah rosak
B. Barang-barang pelawat dan barang-barang contoh perniagaan
C. Barang-barang yang diimport bagi kegunaan perusahaan iaitu campuran kepada mana-mana barang yang diperbuat dalam negara ini dan kemudian dieksport semula.
Syarat dan Peraturan Permohonan Pulangan Balik Cukai (Refund).
Syarat dan Peraturan Permohonan Tarikan Balik Cukai (Drawback).
62: Syarat dan peraturan kebenaran masuk (A.P) bagi barang am dan termasuk dibawah perintah sekatan & larangan Kastam bab 28 Akta Kastam?
Jawapan:
( i ) Syarat,
1. Permohonan Borang Kebenaran Masuk ( A.P. ) terlebih dahulu diperolehi atau diluluskan sebelum barangan/ kenderaan berkenaan dibawa masuk (diimpot) ke Negara Brunei Darussalam.
2. Mestilah ada Pengesahan (endorsement) atau Kebenaran dari Agensi-Agensi yang berkenaan (tertakluk kepada barangan tersebut).
3. Lesen mengimpot (bagi kenderaan baru) dari Jabatan Kerajaan yang berkenaan mestilah masih sah (bagi pengedar kenderaan bermotor tempatan).
( ii ) Peraturan,
DOKUMEN YANG DIKEHENDAKI BAGI PERMOHONANBORANG KEBENARAN MASUK ( A.P. ) BAGI BARANG AM DAN TERMASUKDIBAWAH PERINTAH SEKATAN & LARANGAN KASTAM Bab 28 AKTA KASTAM
1. Borang Kebenaran Masuk ( A.P. ) yang lengkap diisikan.
2. Surat Kebenaran / permit dari Agensi-Agensi yang berkenaan. (tertakluk kepada barangan berkenaan) seperti berikut:
i) Invois belian.
ii) Packing list
iii) Lain-lain dokumen yang berkaitan.
3. Setiap permohonan hendaklah dihadapkan dalam 3 salinan.
4. Setiap permohonan Kebenaran Masuk (A.P.) hendaklah dihadapkan terus kepada:
KAUNTER
UNIT PERKHIDMATAN PELANGGAN
IBU PEJABAT KASTAM
JABATAN KASTAM DAN EKSAIS DIRAJA
KEMENTERIAN KEWANGAN
JALAN MENTERI BESAR
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BB3910
PERINGATAN:
1. PERMOHONAN YANG TIDAK LENGKAP/TERATUR DAN TIDAK MEMENUHI SYARAT DAN PERATURAN YANG DITETAPKAN TIDAK AKAN DITERIMA.
2. SETIAP PERMOHONAN BORANG KEBENARAN MASUK ( A.P. ) YANG DILULUSKAN HANYA SAH SELAMA 6 BULAN.
3. PENGGUNAAN BORANG KEBENARAN MASUK ( A.P. ) YANG DILULUSKAN HANYA SAH BAGI BARANG-BARANG ATAU JUMLAH BARANG (KUANTITI) YANG DIPOHONKAN SAHAJA.
63: Syarat dan peraturan kebenaran masuk ( A.P ) kereta terpakai?
Jawapan:
( i ) Syarat,
1. Kebenaran Masuk ( A.P. ) hendaklah diperolehi terlebih dahulu sebelum diimpot ke Negara Brunei Darussalam.
2. Kereta terpakai hanya boleh diimpot oleh syarikat yang telah dilesenkan di bawah AKTA LESEN-LESEN RAMPAIAN ( Cap 127 ) bagi maksud penjualan dalam negeri.
3. Kereta terpakai yang diimpot atas nama persendirian adalah tidak dibenarkan kecuali pemohon yang berkelayakan di bawah Pengecualian AM Bahagian B Perintah Cukai Impot Kastam 1973 atau mana-mana kebenaran khas;
4. Kereta terpakai yang diimpot yang dibenarkan atas nama persendirian tidak boleh ditukar milik dalam tempoh 4 tahun. Tukar milik hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran dari Pengawal Kastam.
5. Nilai kereta terpakai bagi maksud percukaian adalah tertaklok kepada perkiraan penilaian kastam.
6. Kereta terpakai yang diimpot oleh syarikat yang dibenarkan mestilah TIDAK MELEBIHI UMUR 3 TAHUN daripada tarikh pendaftaran pertama dan berpacuan sebelah kanan.
7. Kereta terpakai yang diimpot atas nama persendirian bagi pemohon di para (3) mestilah TIDAK MELEBIHI UMUR 5 TAHUN daripada tarikh pendaftaran pertama dan berpacuan sebelah kanan;
8. Kereta terpakai yang diimpot hendaklah mematuhi spesifikasi berikut :-
a. ruang bagi ‘plate’ pendaftaran depan dan belakang tidak kurang daripada (216mm x 343mm atau 533mm x 152mm).
b. cermin pelindung angin depan, belakang dan cermin tepi hendaklah jenis putih jernih.
i. Aliran cahaya cermin mestilah melebihi 70%.
ii. Safety Glass Certificate hendaklah juga disertakan.
c. Lampu depan hendaklah berwarna putih, lampu isyarat (signal) berwarna kuning, lampu belakang bagi ‘brake’ dan lampu tepi hendaklah berwarna merah. Manakala lampu ‘sport light’ tidak dibenarkan.
d. kereta terpakai tidak boleh diubahsuai atau mana-mana tambahan manakala bagi ukuran rim dam tayar hendaklah mengikut spesifikasi asal.
e. kereta terpakai impot melebihi 1000 cc keatas mestilah dilengkapi dengan CATALYTIC CONVERTER.
9. Kereta terpakai yang tidak memenuhi syarat-syarat diatas atau spesifikasi semasa pemeriksaan teknikal Jabatan Pengangkutan Darat tidak akan dilesen dan didaftarkan. Kereta terpakai tersebut mestilah dihantar keluar dan tidak dibenarkan untuk dibawa masuk semula.
PERINGATAN:
1. BAGI KELAYAKAN SESEBUAH KENDERAAN ITU NANTI IANYA ADALAH TERTAKLUK KEPADA PEMERIKSAAN TEKNIKAL DI JABATAN PENGANGKUTAN DARAT, JALAN GADONG BERIBI, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM.
2. SYARAT-SYARAT DIATAS ADALAH TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN DARI MASA KESEMASA TANPA SEBARANG MAKLUMAN.
( ii ) Peraturan,
DOKUMEN YANG DIKEHENDAKI BAGI PERMOHONAN KEBENARAN MASUK ( A.P. ) KERETA TERPAKAI
1. Borang permohonan bagi mengimport kereta terpakai (A.P.) hendaklah dihadapkan ke Jabatan Pengangutan Darat terlebih dahulu.
2. Inbois belian.
3. Sijil Pendaftaran asal kereta.
- DOKUMEN TAMBAHAN BAGI PEMOHON PERSENDIRIAN DIDALAM SYARAT 3.
- DOKUMEN TAMBAHAN BAGI PERMOHONAN PENGECUALIAN CUKAI
6. Salinan Paspot.
7. Surat pengesahan dari Jabatan-jabatan yang berkenaan.
8. Pengesahan dari Institusi Pengajian (tempat pemohon mengikut pengajian).
9. Sijil Ekspot (salinan asal).
10. Resit VAT (Value Added Tax) bagi United Kingdom.
64: Syarat dan peraturan kebenaran masuk ( A.P ) jentera berat (kenderaan)?
Jawapan:
( i ) Syarat,
1. Pemohon hendaklah menghadapkan Borang Kebenaran Masuk ( A.P. ) yang lengkap beserta kebenaran impot dari Jabatan Pengangkutan Darat sebelum jentera berkenaan dibawa masuk (diimpot) ke Negara Brunei Darussalam.
2. Penggunaan Borang Kebenaran Masuk ( A.P. ) yang diluluskan hanya SAH bagi barang-barang atau jumlah barang (kuantiti) yang dipohonkan sahaja.
3. Jentera Berat terpakai hendaklah diimpot oleh Syarikat yang berdaftar.
( ii ) Peraturan,
DOKUMEN YANG DIKEHENDAKI BAGI PERMOHONAN KEBENARAN MASUK ( A.P. ) JENTERA BERAT ( KENDERAAN )
1. Surat permohonan.
2. Borang Kebenaran Masuk ( A.P. ) yang lengkap diisikan. (Borang boleh didapati di Kaunter Unit Perkhidmatan Pelanggan).
3. Surat Kebenaran asal (original) dari Jabatan Pengangkutan Darat.
4. Surat keterangan projek yang dikendalikan (persendirian/Kerajaan).
5. Salinan Kad Pengenalan (I.C.) pemohon.
6. Lesen pendaftaran perniagaan.
7. Inbois belian dan katalog serta dokumen yang berkaitan.
8. Surat wakil (jika berwakil).
9. Setiap permohonan hendaklah dihadapkan dalam 2 salinan.
10. Setiap permohonan Borang Kebenaran Masuk ( A.P. ) hendaklah dihadapkan terus kepada:
KAUNTER
UNIT PERKHIDMATAN PELANGGAN
IBU PEJABAT
JABATAN KASTAM DAN EKSAIS DIRAJA
KEMENTERIAN KEWANGAN
JALAN MENTERI BESAR
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BB3910
PERINGATAN:
1. PERMOHONAN YANG TIDAK LENGKAP / TERATUR DAN TIDAK MEMENUHI SYARAT DAN PERATURAN YANG DITETAPKAN TIDAK AKAN DITERIMA.
2. SETIAP PERMOHONAN BORANG KEBENARAN MASUK ( A.P. ) YANG DILULUSKAN HANYA SAH (VALID) UNTUK SELAMA 6 BULAN.
65: Syarat dan peraturan pengecualian cukai impot mesin industri?
Jawapan:
( i ) Syarat - syarat,
1. Surat permohonan berserta dokumen penyokong.
2. Surat sokongan dari Badan Kemajuan Industri Brunei (BINA).
3. Mesin-mesin yang dimohonkan adalah bagi kegunaan khusus untuk industri dan mestilah bersifat atau mempunyai ciri-ciri industri (industry in nature).
4. Mesin yang dimohonkan tidak ada dalam pasaran tempatan.
5. Mesin-mesin yang dimohonkan tidak ada dalam pasaran tempatan.
6. Pemeriksaan terhadap tapak perusahaan dan juga mesin (jika menggantikan mesin lama) oleh Pegawai dari Jabatan Kastam.
7. Mesin berkenaan TIDAK boleh dipindahalih / ditukarmilik / dijual / dimusnahkan kecuali mendapat kebenaran dari pihak Jabatan Kastam dan Eksais Diraja.
( ii ) Peraturan,
DOKUMEN YANG DIKEHENDAKI BAGI PERMOHONAN PENGECUALIAN CUKAI IMPORT MESIN INDUSTRI
1. Surat permohonan.
2. Borang Kaji Selidik (boleh diperolehi dari Bahagian A.P./Kaunter Unit Perkhidmatan Pelanggan).
3. Inbois belian dan senarai barangan yang lengkap serta lain-lain dokumen yang berkaitan.
4. Salinan lesen perniagaan dan dokumen yang berkaitan.
5. Bagi perusahaan baru, rajah bangunan menunjukkan kedudukan tapak / tempat perusahaan.
6. Surat sokongan daripada Agensi-Agensi berkaitan seperti BINA.
7. Mesin yang dimohonkan (jika diluluskan) MESTI ditempatkan ditapak perusahaan yang ditetapkan (seperti dalam permohonan).
8. Setiap permohonan hendaklah dihadapkan kepada :
KAUNTER
UNIT PERKHIDMATAN PELANGGAN
IBU PEJABAT
JABATAN KASTAM DAN EKSAIS DIRAJA
KEMENTERIAN KEWANGAN
JALAN MENTERI BESAR
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BB3910
66: SYARAT DAN PERATURAN PERMOHONAN PULANGAN BALIK CUKAI (REFUND)?
Jawapan:
( i ) Syarat,
1. Permohonan bertulis (permohonan refund) terlebih dahulu dihadapkan ke Jabatan Kastam untuk pertimbangan.
2. Permohonan Pulangan Balik Cukai (Refund) atau tuntutan hendaklah dihadapkan dalam masa 12 bulan dari tarikh cukai import dibuat.
3. Permohonan Pulangan Balik Cukai (Refund) yang disokong akan dibayar penuh.
4. Jumlah Pulangan Balik Cukai (Refund) yang disokong akan dikira dari kadar cukai import Kastam yang dikenakan semasa ianya diimport.
5. Bagi barang import sementara, Surat permohonan Import Sementara terlebih dahulu diluluskan oleh Jabatan ini sebelum barangan berkenaan diimport (permohonan boleh dihadapkan ke Ibu Pejabat Kastam, Bahagian Perkhidmatan Kastam dan Teknik).
6. Permohonan Pulangan Balik Cukai (Refund) bagi barang-barang yang hilang atau rosak (terjadi masih dalam kawalan Kastam) terlebih dahulu diperiksa dan disahkan oleh Pegawai Kanan Kastam ditempat barangan tersebut ditempatkan.
( ii ) Peraturan,
DOKUMEN YANG DIKEHENDAKI BAGI PERMOHONAN PERMOHONAN PULANGAN BALIK CUKAI (REFUND)
1. Surat permohonan.
2. Resit Cukai Import Kastam.
3. Borang Import Deklarasi Kastam yang bercukai dan tidak bercukai (jika ada) lengkap dengan inbois dan lain-lain dokumen yang digunapakai khusus sewaktu pengimportan.
4. Borang Eksport Deklarasi Kastam (Re-Export Declaration) bagi barang-barang Import Sementara.
5. Surat Kebenaran Jabatan Kastam (kebenaran bagi Import Sementara).
6. Setiap permohonan Pulangan Balik Cukai (Refund) hendaklah dihadapkan dengan lengkap dan teratur oleh pemohon itu sendiri atau wakilnya (surat kuasa atau wakil hendaklah diberikan oleh pemohon).
7. Setiap permohonan hendaklah dihadapkan dalam 3 salinan.
- 1 set salinan asal (original copy)
- 2 set salinan bergambar (copy)
- DOKUMEN TAMBAHAN BAGI PERMOHONAN PENGEDAR AUTOMOBIL TEMPATAN TERHADAP PENJUALAN KENDERAAN KEPADA DIPLOMAT ASING.
10. Borang D yang dikeluarkan oleh Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri.
11. Setiap permohonan Tarikan Balik Cukai (Drawback) hendaklah dihadapkan terus kepada:
|
KAUNTER UNIT PERKHIDMATAN PELANGGAN |
ATAU MELALUI |
BHG. PERKHIDMATAN KASTAM & TEKNIK |
PERINGATAN:
- PERMOHONAN YANG TIDAK LENGKAP / TERATUR DAN TIDAK MEMENUHI SYARAT DAN PERATURAN YANG DITETAPKAN TIDAK AKAN DITERIMA.
67: Syarat dan peraturan permohonan tarikan balik cukai (Drawback)?
Jawapan:
( i ) Syarat,
1. Permohonan Tarikan Balik Cukai (Drawback) yang disokong akan dibayar sebanyak 9/10 dari jumlah cukai import.
2. Permohonan Tarikan Balik Cukai (Drawback) yang dituntut dalam setiap konsinmen barang-barang yang dieksport (any one consignment of re-exported goods) hendaklah tidak kurang dari B$100.00.
3. Barang-barang yang hendak dieksport hendaklah terlebih dahulu diperiksa atau diidentifikasi kan dengan memuaskan hati Pegawai Kanan Kastam di Pelabohan Kastam atau tempat mengeksport barangan berkenaan.
4. Barang-barang tersebut hendaklah di EKSPORT dalam masa 12 bulan dari tarikh bayaran cukai import.
5. Permohonan Tarikan Balik Cukai (Drawback) hanya akan disokong selagi barang-barang yang dieksport tidak di TEGAH oleh Peraturan dibawah Undang-Undang Kastam.
6. Surat pemberitahuan dengan menyatakan bahawa permohonan Tarikan Balik Cukai (Drawback) akan dituntut hendaklah diberikan/hadapkan kepada Pegawai Kanan Kastam (Pegawai Kanan Kastam di Bahagian Perkhidmatan Kastam dan Teknik) pada atau sebelum barang-barang tersebut dikeluarkan (Export).
7. Surat kebenaran Eksport dari Jabatan Kastam, Negara Brunei Darussalam terlebih dahulu diperolehi sebelum barang tersebut dieksport.
8. Tuntutan Tarikan Balik Cukai (Drawback) hendaklah dihadapkan dalam masa 3 bulan dari tarikh barangan tersebut dieksport.
9. Barang-barang bagi permohonan Tarikan Balik Cukai (Drawback) hendaklah tidak pernah diGUNAKAN selepas ianya dimasukkan (after importation), kecuali seperti yang dibenarkan dibawah Section 87 Akta Kastam, seperti barang kegunaan persendirian, barang-barang contoh perdagangan yang diimport oleh “commercial travellers”.
10. Jumlah Tarikan Balik Cukai (Drawback) yang disokong akan dikira dari kadar cukai import Kastam yang dikenakan semasa ianya diimport.
( ii ) Peraturan,
DOKUMEN YANG DIKEHENDAKI BAGI PERMOHONAN PERMOHONAN TARIKAN BALIK CUKAI (DRAWBACK)
1. Surat permohonan.
2. Resit asal Cukai Import Kastam.
3. Borang Import Deklarasi Kastam yang bercukai dan tidak bercukai (jika ada) lengkap dengan inbois dan lain-lain dokumen yang digunapakai khusus sewaktu pengimportan.
4. Borang Eksport Deklarasi Kastam (Re-Export Declaration).
5. Borang Deklarasi Import atau Sijil Pendaratan (landing certificate) yang disahkan oleh pihak Kastam di negara penerima.
6. Borang C11 (Declaration for Drawback) boleh didapati di Ibu Pejabat Kastam, Bahagian Perkhidmatan Kastam dan Teknik.
7. Surat Kebenaran Eksport dari Jabatan Kastam, Negara Brunei Darussalam.
8. Setiap permohonan Tarikan Balik Cukai (Drawback) hendaklah dihadapkan dengan lengkap dan teratur oleh pemohon itu sendiri atau wakilnya (surat kuasa atau wakil hendaklah diberikan oleh pemohon).
9. Setiap permohonan hendaklah dihadapkan dalam 3 (set) salinan.
i. 1 set salinan asal (original copy)
ii. 2 set salinan bergambar (copy)
10. Setiap permohonan Tarikan Balik Cukai (Drawback) hendaklah dihadapkan terus kepada:
|
KAUNTER UNIT PERKHIDMATAN PELANGGAN |
ATAU MELALUI |
BHG. PERKHIDMATAN KASTAM & TEKNIK |
PERINGATAN:
• PERMOHONAN YANG TIDAK LENGKAP/TERATUR DAN TIDAK MEMENUHI SYARAT DAN PERATURAN YANG DITETAPKAN TIDAK AKAN DITERIMA.
SYARAT-SYARAT BAGI KELUAR SEMENTARA KENDERAAN PERSENDIRIAN DAN PERNIAGAAN
1. Kenderaan hendaklah dipunyai oleh pemohon. Bagi kenderaan bukan milik pemohon, hendaklah mendapatkan surat kebenaran daripada pemilik.
2. Kebenaran keluar sementara boleh digunakan tidak melebihi 3 bulan dari tarikh dikeluarkan di mana-mana pos Kawalan Kastam.
3. Kebenaran ini hendaklah ditunjukkan kepada Pegawai Kastam yang bertugas apabila hendak berlepas dari dan tiba ke Pos Kawalan Kastam.Setiap pemohon dan kenderaan yang digunakan bagi maksud kebenaran keluar sementara mestilah mematuhi Akta Lalulintas Jalan Raya, Negara Brunei Darussalam yang berkuatkuasa pada masa ini.
4. Sebarang ubahsuai dan penukaran alat-ganti terhadap kenderaan semasa di luar negeri hendaklah dilaporkan kepada Peagawi Kastam yang bertugas semasa ketibaan.

68: Syarat-syarat bagi masuk sementara kenderaan persendirian dan perniagaan?
Jawapan:
1. Pelawat hanya berkelayakan untuk memohon kebenaran masuk sementara kenderaan persendirian.
2. Kenderaan hendaklah dipunyai oleh pemohon. Bagi kenderaan bukan milik pemohon, hendaklah mendapatkan surat kebenaran daripada pemilik.
3. Kebenaran masuk sementara boleh digunakan tidak melebihi 1 bulan dari tarikh dikeluarkan di mana-mana pos Kawalan Kastam. Kebenaran ini hendaklah ditunjukkan kepada Pegawai Kastam yang bertugas apabila tiba dan sebelum berlepas dari Pos Kawalan Kastam.
4. Setiap pemohon dan kenderaan yang digunakan bagi maksud kebenaran masuk sementara mestilah mematuhi Akta Lalulintas Jalan Raya, Negara Brunei Darussalam yang berkuatkuasa pada masa ini.
5. Sebarang kerosakan atau kemalangan berlaku terhadap kenderaan tersebut semasa di dalam negara ini, yang mengakibatkan kenderaan tersebut untuk dimusnahkan di dalam negeri ini, mestilah dilaporkan dengan segera kepada mana-mana Pejabat Kastam.

Borang Masuk Sementara bagi Kenderaan Persendirian dan Perniagaan
69: Syarat-syarat mengimpot minuman keras?
Jawapan:
1. Pengimport adalah berumur lebih daripada 17 tahun dan bukan berugama Islam.
2. Pengimport masuk ke Negara Brunei Darussalam secara sah.
3. Minuman keras yang dibawa masuk adalah untuk kegunaan sendiri pengimport dan bukan untuk diberikan, dipindah milik atau dijual kepada orang lain.
4. Minuman keras hendaklah disimpan dan diminum ditempat kediaman sendiri.
5. Borang ini hendaklah ditunjukkan apabila diminta oleh mana-mana Pegawai Kastam.
6. Jumlah keseluruhan minuman keras yang diisytiharkan dan minuman keras yang ada didalam simpanan pengimport tidak melebihi 2 botol minuman keras ( maksima 2 liter ) dan 12 tin bir @ 330ml.
AMARAN
Adalah menjadi kesalahan di bawah Bab 124 Akta Kastam bagi sesiapa yang :-
i. membuat secara lisan atau bertulis, atau menandatangani mana-mana dokumen yang tidak benar atau tidak betul dalam mana-mana perkara; atau
ii. memalsukan atau pemalsuan mana-mana dokumen; atau
iii. dengan sengaja mengubah mana-mana dokumen atau memalsukan mohor (seal), tandatangan atau tandatangan ringkas mana-mana Pegawai Kastam.
70: Tekad Pemendulian orang ramai (TPOR) Jabatan Kastam & Eksais Diraja?
Jawapan:
Setiap Permohonan Lengkap Serta Memenuhi Syarat-Syarat Akan Disokong dan Diproses Hingga Diluluskan Mengikut Tempoh Masa Seperti Berikut :
|
Bil. |
JENIS PERKHIDMATAN |
TPOR |
|
1. |
PEMPROSESSAN PERMOHONAN A.P. ( APPROVAL PERMIT ) : ( A ) Kereta Baru - Persendirian / Syarikat |
1 HARI |
|
( B ) Kereta Terpakai - Perjenisan |
2 HARI |
|
|
( C ) Jentera Berat - Syarikat |
7 HARI |
|
|
( D ) Garam / Gula / Beras / Minuman Keras / Rokok |
2 HARI |
|
|
( E ) Daging Ayam / Kerbau / Lembu |
2 HARI |
|
|
( F ) Daging Babi |
2 HARI |
|
|
2. |
PEMPROSESSAN TARIKAN BALIK CUKAI (DRAWBACK) DAN PULANGAN BALIK CUKAI |
60 HARI |
|
3. |
PEMPROSESSAN DEKLARASI (DI LONG ROOM) |
1 HARI |
|
4. |
PEMERIKSAAN / PENGELUARAN BARANGAN : ( A ) BAHAGIAN PUSAT PEMPROSES MEL (MPC) |
|
|
( 1 ) Barang Biasa (Bungkusan Sederhana) |
1 HARI |
|
|
( 2 ) Barang Sekatan |
3 HARI |
|
|
( B ) BAHAGIAN KARGO LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA (LTA) |
|
|
|
( 1 ) Barang (Kargo) Biasa |
1 HARI |
|
|
5. |
PEMERIKSAAN KONTINA DIPELABUHAN MUARA: ( A ) PEMERIKSAAN SECARA 10% |
1 HARI |
|
( B ) PEMERIKSAAN SECARA 100% |
2 HARI |
|
|
6. |
PENGELUARAN LOCAL PERMIT DICAWANGAN/POS KAWALAN KASTAM |
1 HARI |
|
7. |
PEMERIKSAAN KENDERAAN DI POS KAWALAN KASTAM ( A ) PEMERIKSAAN KERETA SECARA BIASA |
15 MINIT |
|
8. |
PERMOHONAN KETETAPAN KLASIFIKASI : ( A ) Perjenisan DAN Taksiran |
9 HARI |
|
( B ) Percukaian |
6 HARI |
|
|
( C ) ProsEdur |
6 HARI |
|
|
9. |
PERMOHONAN PENGECUALIAN CUKAI : ( A ) Mesin-Mesin Industri |
14 HARI |
|
( B ) Kenderaan Terpakai |
7 HARI |
|
|
( C ) Jentera Berat Terpakai |
7 HARI |



Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED)

