Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita JPM

Berita
Berkenan menerima mengadap Perdana Menteri Republik India
04/09/2024

hm_040924.jpg

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam hari ini berkenan menerima mengadap Perdana Menteri Republik India, Tuan Yang Terutama Shri Narendra Modi.


Majlis Mengadap berkenaan berlangsung di Cheradi Laila Kenchana, Istana Nurul Iman, di sini.


Berangkat sama ke Majlis Mengadap berkenaan ialah ahli-ahli kerabat diraja.


Turut hadir ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar selaku Menteri Pengiring; serta rombongan rasmi Republik India.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto