Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam juga berkenan berangkat bersama Perdana Menteri Republik India, Tuan Yang Terutama Shri Narendra Modi bagi menyaksikan Majlis Penandatanganan bagi satu Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan Kerajaan Republik India.
MoU di antara Kerajaan Kebawah DYMM dengan Kerajaan Republik India adalah dalam kerjasama 'Cooperation and Telecommand Station for Satellite and Launch Vehicles and for Cooperation in the Field of Space Research, Science and Applications'.
Majlis Penandatanganan berkenaan disempurnakan oleh Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha bagi pihak Kerajaan Kebawah DYMM dan External Affairs Minister, His Excellency Dr. Subrahmanyam Jaishankar bagi pihak Kerajaan Republik India.
Majlis berkenaan berlangsung di Baitul Mesyuarah, Istana Nurul Iman, di sini.
Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto