Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menghantar titah perutusan takziah kepada Presiden Republik Filipina, Tuan Yang Terutama Ferdinand Romualdez Marcos Jr., kerajaan serta rakyat Republik Filipina berikutan dengan kejadian ribut Tropika Kristine (Trami) yang telah melanda Republik Filipina baru-baru ini sehingga mengakibatkan kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda awam.
Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto