Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat memulakan Keberangkatan Negara ke Republik Peru dengan menghadiri Floral Offering Ceremony bertempat di Parque del los Proceres de la Independencia (Park of the Heroes of Independence), Lima, Republik Peru, hari ini.
Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah paduka anakanda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen.
Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dijunjung oleh President of the Council of Ministers of the Republic of Peru, Tuan Yang Terutama Gustavo Lino Adrianzén.
Baginda seterusnya berangkat melintasi Barisan Kawalan Kehormatan dan dijunjung ke tugu peringatan bagi Upacara Floral Offering Ceremony.
Park of the Heroes of Independence dirasmikan pada 27 Julai 1971 sebagai sebuah taman khas untuk memperingati wira-wira yang memperjuangkan menuju kemerdekaan Repub
Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto