Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita JPM

Berita
Perutusan takziah kepada Republik Rakyat China
08/01/2025

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah-titah perutusan takziah kepada Presiden Republik Rakyat China, Tuan Yang Terutama Xi Jinping dan Premier of the State Council Republik Rakyat China, Tuan Yang Terutama Li Qiang, kerajaan dan rakyat Republik Rakyat China berikutan dengan gempa bumi yang melanda di Dingri County, Wilayah Autonomi Xizang (Tibet), Republik Rakyat China baru-baru ini.

Sumber berita Pelita Brunei​​