Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita JPM

Berita
Bincang kerjasama dua hala berkepentingan bersama
23/01/2025

hm_2301251.jpg

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, berkenan menerima mengadap Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesatuan Luar Negeri, Republik Kesatuan Myanmar, Tuan Yang Terutama U Than Swe, yang mengadakan Lawatan Rasmi ke negara ini selama dua hari.


Semasa Majlis Mengadap tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Tuan Yang Terutama membincangkan isu-isu kerjasama dua hala, serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.


Perbincangan juga meliputi perkembangan di ASEAN dan perkembangan di Myanmar termasuk pelaksanaan Konsensus Lima Perkara (Five-Point Consensus) yang telah dipersetujui semasa Mesyuarat Pemimpin-pemimpin ASEAN pada 24 April 2021 di Jakarta.


Menyertai TYT semasa Majlis Mengadap tersebut ialah Director-General, Planning and Administrative Department, Kementerian Luar Negeri Republik Kesatuan Myanmar, Mr. Myint Naing Oo; dan Kuasa Usaha Sementara, Kedutaan Besar Republik Kesatuan Myanmar di Negara Brunei Darussalam, Ms. Khin Sandar.


Juga hadir semasa Majlis Mengadap di Istana Nurul Iman itu ialah Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd. Yusof.​

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto