Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita JPM

Berita
Perbadanan TAIB adakan Majlis Membaca Surah Yaa Siin, Tahlil
10/03/2025

mjpm_100325.jpg

Lebih 200 warga Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (Perbadanan TAIB) bersama anak-anak syarikatnya, Insurans Islam TAIB Holdings Sendirian Berhad dan Darussalam Holdings Sendirian Berhad telah hadir pada Majlis Membaca Surah Yaa Siin dan Tahlil di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong, hari ini.


Majlis ini diadakan sebagai tanda penghormatan dan doa untuk Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman, yang merupakan paduka ayahanda dan bonda kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.


Majlis ini juga turut didedikasikan kepada paduka anakanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim.


Acara dimulakan dengan bacaan Surah Yaa Siin, diikuti dengan bacaan Tahlil dan Doa Arwah yang dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid Tingkat Khas Masjid Omar 'Ali Saifuddien, Awang Zulkifli bin Haji Murat.


Hadir bagi mengetuai rombongan berkenaan ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Halbi bin Haji Mohd. Yussof selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan TAIB dan Menteri di JPM dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah selaku Penasihat kepada Lembaga Pengarah Perbadanan TAIB.


Turut hadir, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan selaku Timbalan Pengerusi Perbadanan TAIB; Dato Seri Setia Dr. Haji Dennie bin Haji Abdullah; Penolong Mufti Negara (Ifta) selaku Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Syariah Perbadanan TAIB serta Ahli-ahli Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Penasihat Syariah, pegawai-pegawai lelaki dan kakitangan Perbadanan TAIB serta anak-anak syarikatnya.


Majlis seumpama itu merupakan salah satu kegiatan keagamaan Perbadanan TAIB dan anak-anak syarikatnya pada bulan Ramadan, mencerminkan komitmen institusi tersebut dalam memperkukuh amalan rohani dan mempererat hubungan dengan masyarakat.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto