Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita JPM 2022

Berita
Kerjasama pertahanan terus diperkembangkan
05/08/2022

‚Äčdpmm_050822.jpg

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, pagi tadi berkenan berangkat mengadakan lawatan ke Changi Naval Base, Republic of Singapore Navy. 

Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia di Singapore Maritime Crisis Centre (SMCC) dijunjung oleh Menteri Negara Kanan bagi Pertahanan dan Tenaga Manusia, Tuan Yang Terutama Zaqy Mohamad; Chief of Navy, Rear Admiral Aaron Beng; dan Commander Maritime Security Taskforce, Rear Admiral Yong Wei Hsiung. 

DYTM kemudiannya disembahkan taklimat mengenai Whole of Government Maritime Security Concept dan Singapore's Strategy for safeguarding Maritime Security' yang antara lainnya menerangkan mengenai kepentingan untuk mengenal pasti ancaman lebih awal, dengan memberi perhatian kepada perkongsian maklumat serta menyelaras antara agensi dengan lebih rapat. 

DYTM seterusnya berangkat menaiki kapal RSS Sovereignty Littoral Mission Vessel (LMV), di mana DYTM dijunjung oleh Commander of the Second Flotilla, Senior Lieutenant Colonel Ricky Low. 

Kapal tersebut adalah sebuah aset Republic of Singapore Navy yang direka khas untuk menepati keperluan operasi serta menggunakan teknologi terkini yang dapat menjadikan sistem operasi keseluruhan lebih cekap. 

Semasa di RSS Sovereignty LMV, DYTM disembahkan taklimat mengenai latar belakang kapal berkenaan dan Singapore's Maritime Security (MARSEC) area of operations. 

Ini diikuti dengan lawatan ke beberapa bahagian di kapal berkenaan seperti Integrated Command Centre serta menyaksikan demonstrasi operasi pencegahan secara Whole of Government Approach dengan melibatkan Police Coast Guard (PCG), Singapore Civil Defence Force (SCDF), Maritime and Port Authority of Singapore (MPA) dan Republic of Singapore Navy (RSN). 

Sebelum mengakhiri lawatan, DYTM disembahkenalkan kepada tiga orang pegawai daripada agensi keselamatan Kerajaan Negara Brunei Darussalam yang pada masa ini menjalani penempatan kerja di Republik Singapura. Salah seorang daripada mereka ialah antara 20 orang International Liaison Officers dari 18 buah negara yang ditempatkan di Information Fusion Centre. 

Di pusat tersebut, para International Liaison Officers berkongsi maklumat dan amalan terbaik, yang menyumbangkan kepada keselamatan maritim secara keseluruhan.

Lawatan berkenaan juga bertujuan untuk memperkembangkan lagi kerjasama pertahanan serta berkongsi ilmu pengetahuan dalam bidang maritim dan keselamatan serantau.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto


Manage PermissionsManage Permissions