Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita JPM 2022

Berita
Berkenan menerima mengadap TYT Commander U.S Indo-Pacific Command
08/08/2022

‚Äčhm_080822.jpg

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini berkenan menerima mengadap Commander, U.S Indo-Pacific Command (US INDO-PACOM), Tuan Yang Terutama Laksamana John C. Aquilino. 

Menyertai TYT ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Amerika Syarikat (AS) ke Negara Brunei Darussalam (NBD), Puan Yang Terutama Caryn R. McClelland; Executive Assistant, Kepten Melvin Smith; dan Chief, Office of Defense Cooperation, Leftenan Komander Samuel S. Kim. 

Juga hadir pada Majlis Mengadap tersebut, Timbalan Menteri Pertahanan, Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir; dan Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan. 

NBD dan AS mempunyai hubungan kerjasama pertahanan dan ketenteraan yang telah dimeterai melalui penandatanganan Memorandum Persefahaman dalam kerjasama pertahanan pada 29 November 1994. 

Hubungan pertahanan dua hala tersebut telah diperkukuhkan melalui kerjasama dalam bentuk pertukaran lawatan, mesyuarat pertahanan dan ketenteraan, eksesais, latihan, pertukaran profesional dan kursus. 

Kedua-dua buah negara juga saling bekerjasama di dalam peringkat pelbagai hala seperti Southeast Asia Cooperation and Training (SEACAT), Rim of the Pacific Exercise (RIMPAC), Chief of Defence Conference (CHOD) dan ASEAN Defence Ministers' Meeting-Plus (ADMM-Plus).

TYT Laksamana John C. Aquilino dan rombongan berada di NBD bagi lawatan selama tiga hari bermula dari 7 hingga 9 Ogos 2022. 

Majlis Mengadap tersebut berlangsung di Istana Nurul Iman.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto


Manage PermissionsManage Permissions