Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita JPM 2022

Berita
Berkenan berangkat menandatangani Buku Takziah
13/09/2022
dpmm_130922.jpg

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, selaku wakil Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Rumah Kediaman Rasmi Pesuruhjaya Tinggi British ke Negara Brunei Darussalam di Bandar Seri Begawan, hari ini, bagi menandatangani Buku Takziah berikutan dengan kemangkatan Her Majesty Queen Elizabeth II, Queen of the United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland, baru-baru ini.

Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dijunjung oleh Pesuruhjaya Tinggi British ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama John Virgoe.

Turut hadir bagi penandatanganan Buku Takziah ini ialah Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd. Yusof.

Her Majesty Queen Elizabeth II mangkat pada Khamis, 8 September 2022 ketika berusia 96 tahun.

Berikutan kemangkatan Her Majesty Queen Elizabeth II, anakanda baginda iaitu His Majesty King Charles III diisytiharkan menjadi King of the United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland yang baharu.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto

‚Äč

Manage PermissionsManage Permissions