Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita JPM 2022

Berita
Berkenan berangkat ke Majlis Resepsi
18/09/2022
hm_1809221.jpg

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat menghadiri Majlis Resepsi yang dihoskan oleh His Majesty King Charles III dan Her Majesty Queen Consort Camilla, hari ini, di Buckingham Palace, London, United Kingdom.

Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah paduka anakanda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen.

Semasa Majlis Resepsi yang juga dihadiri oleh ahli-ahli Kerabat-kerabat Diraja, Ketua-ketua Negara serta tetamu-tetamu daripada seluruh dunia itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam secara peribadinya menzahirkan rasa dukacita yang amat mendalam ke hadapan majlis His Majesty King Charles III atas kemangkatan bonda baginda, Her Majesty Queen Elizabeth II.

Seluruh rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam juga turut berdukacita atas kemangkatan seorang Ratu yang berwibawa dan unggul dari segi budi pekerti.

Hubungan akrab Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Her Majesty the Queen sudah sekian lama terjalin sejak berdekad lamanya, di mana baginda berdua sering berangkat mengadakan pertemuan bersama sebelum ini bagi sama-sama membincangkan dan berkongsi perkara-perkara yang menjadi kepentingan bersama.

Semasa majlis ini juga, Kebawah DYMM berkesempatan menghadiri satu sesi bersama His Majesty King Charles III dan Her Majesty Queen Consort Camilla.

Sesi tersebut turut disertai oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Abdullah II ibn Al Hussein, Raja Jordan dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Maharaja Naruhito, Maharaja Jepun serta Presiden Amerika Syarikat, Tuan Yang Terutama Joseph R. Biden Jr.

Selepas kemangkatan Her Majesty Queen Elizabeth II, His Majesty King Charles III dimasyhurkan menjadi King of the United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland yang baharu.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto

‚Äč

Manage PermissionsManage Permissions