Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita JPM 2022

Berita
Berangkat tiba di London, United Kingdom
18/09/2022

‚Äčhm_180922.jpg

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini, berangkat tiba di London, United Kingdom bagi menghadiri Istiadat Permakaman Negara bagi Her Majesty Queen Elizabeth II yang berlangsung pada Isnin, 19 September 2022 di Westminster Abbey.

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Lapangan Terbang Antarabangsa Stansted dijunjung oleh Deputy Lieutenant, Simon Brice selaku Wakil Peribadi His Majesty King Charles III.

Juga hadir bagi menjunjung keberangkatan tiba baginda ialah Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd. Yusof dan Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke United Kingdom dan Eire, Tuan Yang Terutama Laksamana Pertama (B) Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto


Manage PermissionsManage Permissions