Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita JPM 2022

Berita
Berangkat menghadiri Istiadat Permakaman Negara Her Majesty Queen Elizabeth II
19/09/2022

‚Äčhm_190922.jpg

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, pagi tadi berkenan berangkat menghadiri Istiadat Permakaman Negara Her Majesty Queen Elizabeth II yang berlangsung di Westminster Abbey, London. 

Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen. 

Istiadat Permakaman Negara berkenaan juga turut dihadiri oleh ahli-ahli Kerabat-kerabat Diraja; Ketua-ketua Negara dan tetamu dari seluruh dunia. 

Sebelum Istiadat Permakaman Negara berlangsung, keranda Her Majesty Queen Elizabeth II diangkat ke usungan khas bagi satu perarakan yang dibawakan oleh the State Gun Carriage of the Royal Navy dari Palace of Westminster menuju ke Westminster Abbey, sambil diiringi oleh His Majesty King Charles III serta ahli-ahli Kerabat Diraja British dan the King's Household. Ini diikuti dengan upacara State Funeral Service.

Pada penghujung Istiadat Permakaman Negara, 'The Last Post' kemudiannya dimainkan, diikuti dengan bertafakur selama dua minit di Westminster Abbey serta seluruh jajahan United Kingdom. 

Istiadat berkenaan diakhiri dengan Lagu Kebangsaan negara berkenaan. Her Majesty Queen Elizabeth II seterusnya disemadikan di St. George's Chapel, Windsor. 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia sebelum ini telah mengurniakan titah perkenan bagi bendera kebangsaan untuk dikibarkan separuh tiang di bangunan-bangunan kerajaan dan pejabat-pejabat perwakilan Negara Brunei Darussalam di luar negara sebagai tanda penghormatan dan menzahirkan rasa belasungkawa atas kemangkatan Her Majesty Queen Elizabeth II. 

Her Majesty Queen Elizabeth II mangkat pada usia 96 tahun dan baginda telah memerintah sebagai Queen of the United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland bermula pada 6 Februari 1952 hingga 8 September 2022, iaitu melebihi 70 tahun pemerintahan.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto


Manage PermissionsManage Permissions