Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita JPM 2022

Berita
Kebawah DYMM akan berangkat ke Majlis Tamat Latihan Kursus Asas Terjun Payung 1317, Penyampaian Lencana 'RAF Wings'
20/09/2022
hm_2009221.jpg

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam akan berangkat menghadiri Majlis Penutup Kursus Asas Terjun Payung 1317 dan Pengurniaan Lencana Terjun Payung 'RAF Wings' bagi Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri 920 Mejar (U) Pengiran Muda 'Abdul Mateen, yang akan berlangsung pada 23 September 2022, di Royal Air Force (RAF) Brize Norton, Carteton, Oxfordshire, United Kingdom. 

Kursus Basic Parachute Course 1317 adalah bagi anggota Angkatan Tentera British dikendalikan oleh Parachute Training Squadron of the Airborne Delivery Wing, yang berpangkalan di RAF Brize Norton. 

Kursus ini berasaskan dengan penilaian bertulis dan praktikal sebelum sebarang lompatan penerjunan payung dilaksanakan. 

Apabila berjaya menamatkan kursus tersebut, para peserta akan dianugerahkan lencana payung terjun dengan lambang sayap atau 'wing' oleh Sekolah Latihan Payung Terjun, dan seterusnya kembali ke unit masing-masing sebagai penerjun payung yang berkelayakan dengan mengenakan 'emblem' 'Parachute Badge with Wings' di pakaian masing-masing.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto

‚Äč

Manage PermissionsManage Permissions