Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita JPM 2022

Berita
Siap siaga terhadap krisis masa depan, kedayatahanan perniagaan
18/11/2022

hm_1811223.jpg

Tahun 2022 merupakan tahun yang bermakna bagi Centrality ASEAN, dengan kejayaan-kejayaan yang diperlihatkan oleh Kerajaan Kemboja sebagai Pengerusi ASEAN; Republik Indonesia sebagai Pengerusi G20, dan pada masa ini, APEC yang dipengerusikan oleh Kerajaan Thailand. 

Kejayaan Sidang-sidang Kemuncak berkenaan telah menunjukkan komitmen ASEAN dalam kerjasama di rantau Indo-Pasifik dan seterusnya dalam membentuk 'architecture' serantau yang inklusif dan terbuka. 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah demikian ketika berkenan berangkat ke APEC Leaders' Informal Dialogue with Guests. 

Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah paduka anakanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen. 

Baginda seterusnya bertitah mengiktiraf peranan yang dimainkan oleh Tetamu-tetamu Khas Pengerusi, iaitu sebagai Pengerusi Kesatuan Eropah dan Pengerusi Gulf Cooperation Council. 

Negara Brunei Darussalam tegas Kebawah DYMM menekankan kepentingan mencari pendokong atau 'complementarities' dalam pelbagai usaha pemulihan ekonomi yang berterusan, serta dalam meningkatkan kesiapsiagaan terhadap krisis masa depan dan kedayatahanan perniagaan. 

Dalam mengakhiri titah, baginda mengiktiraf kepelbagaian rakan kongsi di luar APEC dalam perkongsian amalan terbaik, kerjasama teknikal dan pemindahan teknologi dan dalam menggabungkan sektor kerajaan dan swasta bersama-sama melaksanakan pembaharuan perdagangan yang bermakna secara komersial, dengan menjadikan perdagangan antarabangsa lebih mudah, cepat dan secara 'cost-effective'. 

Sesi Dialog yang membawa tema 'Promoting Sustainable Trade and Investment between APEC and its Trading Partners' berkenaan turut dihadiri oleh Tetamu-tetamu Khas Pengerusi, iaitu His Royal Highness Prince Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al Saud, Putera Mahkota dan Perdana Menteri Kerajaan Arab Saudi; dan Presiden Republik Perancis, Tuan Yang Terutama Emmanuel Macron. ​

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto